Cara-cara Mengatasi Tekanan Dalam Menguruskan Kewangan Dalam Perniagaan

Pengurusan kewangan dalam perniagaan melibatkan pengesahan jualan, keuntungan, perancangan belanjawan bulanan, aliran tunai dan bermacam-macam lagi. Ini merupakan aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari dan sudah pastinya, kita akan berasa stress jika terpaksa berdepan dengan rutin yang sama.

Pastinya anda sering bertanya-tanya bagaimana untuk mengatasinya?

Sudah pastinya setiap ahli perniagaan mempunyai masalah masing-masing, dan tidak lari daripada menghadapi tekanan dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, jangan benarkan tekanan itu menjadi satu “wabak” yang tidak dapat dibendung!

Pelbagai Cara Untuk Atasi Tekanan

Ya, untuk menangani tekanan dalam menguruskan kewangan perniagaan sebenarnya mempunyai banyak cara. Salah satunya, apabila anda berasa stress, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk berehat sebentar!

Lupakan seketika punca anda alami stress tersebut, dan alihkan perhatian anda kepada sesuatu yang lain.

Sebagai contoh, anda boleh pergi melepak dengan rakan-rakan anda, menonton wayang atau “reward yourself” dengan “window shopping”. Saya percaya, semua orang mempunyai hobi mereka sendiri.

Oleh itu, cara untuk “memerangi” tekanan  dalam menguruskan kewangan perniagaan ini adalah dengan “memanjakan” diri anda sendiri dengan melakukan hobi anda. Melalui cara itu, anda dapat mengurangkan tekanan anda dalam menguruskan kewangan perniagaan dan itu adalah cara yang singkat untuk mengatasi stress.

Jom Pergi Bercuti

Selain daripada itu, ada cara untuk anda “melepaskan diri” dari tekanan iaitu dengan pergi bercuti. Siapa yang tak suka bercuti kan? Sekali-sekala anda perlu relaks dan menghabiskan masa dengan orang-orang yang penting dalam hidup anda.

Menjadi seorang ahli perniagaan akan membuatkan anda begitu taksub dalam perniagaan terutama sekali apabila menguruskan kewangan. Tanpa anda sedari, anda tidak lagi menjadi rapat dengan keluarga anda sendiri dek kerana kesibukan bekerja.

Carilah masa dan ambil peluang untuk bersama-sama dengan orang yang tercinta. Inilah cara untuk mengatasi tekanan secara tidak langsung. Maka, apabila kita kembali untuk mengendalikan perniagaan, kita akan berasa lebih bersemangat dan dapat menguruskan perniagaan dengan lebih baik.

Kembali Kepada Tuhan

Sebagai manusia, kita mesti sedar akan peranan kita sebagai seorang “hamba”. Tidak kira betapa sibuk sekalipun dan betapa tertekan pun kita menguruskan kewangan perniagaan yang rumit, sedang berdepan dengan aliran tunai yang semakin meruncing, hutang-hutang supplier yang semakin menimbun; jangan pula abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba.

Luangkan masa untuk solat dan berbicara serta berdoa kepada Yang Maha Esa lima kali sehari, nak buat lebih lagi bagus. Suatu hari nanti, pasti segala keluhan dan permasalahan anda akan terungkai jua.

Atasi Tekanan, Urusan Kewangan Perniagaan Jadi Lebih Baik

Konklusinya, jika anda mampu mengatasi stress yang dialami, anda akan dapat menguruskan perniagaan anda secara lebih sistematik. Kehidupan juga akan menjadi lebih teratur, dan anda pasti boleh berkhidmat dengan lebih baik kepada semua orang – tidak kira dalam perniagaan mahu pun kepada keluarga anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.