Hukum Bitcoin Oleh Para Ulama Kewangan Islam

Masih ramai tertanya-tanya adakah harus kita melabur dalam Bitcoin atau mata wang kripto yang lain seperti Ethereum, Ripple dan Litecoin?

Secara ringkasnya, terdapat dua jenis perbincangan dalam isu ini. Pertamanya adalah sama ada Bitcoin atau mata wang kripto ini adalah mata wang dan hukum berkaitan transaksi mata wang atau al-Sarf (jualbeli mata wang) dalam Shariah perlu diaplikasikan.

Kedua, sama ada Bitcoin atau mata wang kripto ini dikategorikan sebagai aset digital dan seperti aset-aset lain dalam pasaran wang, maka ia boleh dilaburkan atau tidak.

Berdasarkan fatwa oleh Majlis Agama di Malaysia antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Perlis, masing-masing menetapkan bahawa Bitcoin bukanlah mata wang daripada sudut Shariah, maka hukum al-Sarf (pertukaran mata wang) tidak terpakai. Kedua, didapati bahawa Bitcoin adalah aset digital yang diharuskan untuk kita melabur ke dalamnya.

Di bawah dikongsikan beberapa pandangan ulama Malaysia di dalam bidang kewangan terhadap Bitcoin dengan harapan dapat menambahkan ilmu kita:

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Dalam satu pembentangan pada 29 November 2017, beliau menyimpulkan bahawa Bitcoin adalah patuh Shariah dan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh perlu dikenakan zakat.

Beliau telah menolak hujah mereka yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen Gharar (ketidakpastian) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem digital itu sendiri akan runtuh pada bila-bila masa. Bagi beliau itu adalah risiko yang perlu diketahui dan ditanggung oleh para pelabur.

Beliau berkata risiko tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan Gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.

Contohnya pelaburan dalam emas, yang mana nilainya tidak stabil, namun ia tidak bermakna jual belinya perlu diharamkan. Langkah yang perlu diambil adalah memperkenalkan peraturan dan regulasi untuk mengawal kestabilan nilai dan mengurus transaksinya. Hal yang sama juga harus diperkenalkan untuk Bitcoin.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd)

Dalam beberapa perkongsian melalui media, Dr. Zaharuddin telah menyebut beberapa perkara penting berkenaan isu ini termasuklah mengakui telah mencuba sendiri Bitcoin ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang isu ini.

Menurutnya lagi, elemen Gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan Bitcoin itu sendiri, tapi ditemui sewaktu peringkat transaksi di dalam ‘exchange’ di mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.

Walaubagaimanapun, beliau mengharuskan penyimpanan Bitcoin dan mengingatkan bagi sesiapa yang telah melibatkan diri dengan Bitcoin untuk membayar zakat simpanan apabila cukup setahun (Haul). Beliau turut menambah kepentingan kajian yang mendalam bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan Bitcoin atau mana-mana mata wang kripto agar tidak terjebak dengan skim penipuan dan SCAM yang banyak muncul atas nama pelaburan Bitcoin yang wujud di kalangan masyarakat.

Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus kepada pengurusan kewangan, pembasmian kemiskinan, dan pembinaan masyarakat madani.

Jom bersama-sama Dr. Zaharuddin Abd Rahman, tokoh ilmuan kewangan dalam Seminar Jom Saham yang bakal diadakan pada hari Jumaat 1 Januari 2021 dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Kami nak lebih ramai orang yang melabur ke tempat yang sah dan patuh syariah.

Kami taknak orang ramai terjebak dengan skim pelaburan yang entah apa-apa. Akhirnya bukan pelaburan, tetapi peleburan.

Kami juga nak lebih ramai orang kaya agar lebih ramai orang yang akan bayar zakat. Lebih ramai orang kaya dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Selain Dr. Zaharuddin, kita juga ada Eza Ezamie dari MajalahLabur, Tuan Izrul Zainal pemenang Bursa Top Remisier Tahun 2018 dan Chef Saham.

Tiket hanyalah RM19, daftar sini sekarang -> SeminarJomSaham

Di antara topik yang akan dikupas adalah:

1. Asas Labur Saham
2. Labur & Judi?
3. Bagaimana melabur & berdagang Saham?
4. Prospek pelaburan saham tahun 2021
5. Beli dan Jual saham atas berita?
6. Analisa Teknikal Ilmu Tilik?
7. Mengapa pelaburan saham mesti dipertimbangkan?
8. Labur Saham di NASDAQ & S&P500 (saham Amerika)
9. Bagaimana elak riba dari broker konvensional semasa trade saham USA.
10. Saham dari sudut syariah
11. Persiapan melabur saham
12. Bagaimana boleh gandakan wang dalam pelaburan saham
13. RM 1 Juta dalam 5 tahun?
14. Cara santai labur saham
15. Saham adalah perniagaan
16. Risiko melabur saham
17. Fundamental – baca news (COVID – healthcare naik)

This image has an empty alt attribute; its file name is 210101-Webinar-Jom-Saham_opt2-700x875.jpg

Ayuh bangkit dengan azam tahun baru, jadikan pelaburan saham ini sebagai saham akhirat kita semua. Tapi pada masa yang sama, pastikan pelaburan kita diberkati.

Daftar sekarang, sebelum harga naik atau tiket habis -> https://www.majalahlabur.com/SeminarJomSaham

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Apa Itu Pelaburan Menerusi Private Mandate?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020, mesti ramai di antara kita mengisi masa yang ada untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan menyertai seminar atau kelas online yang diadakan. Di antara kelas yang popular adalah kelas bahasa, seminar hartanah, seminar business online dan bermacam-macam lagi.

Tidak kurang juga mesti ramai yang menyertai seminar pelaburan saham dengan niat nak buat duit lebih setiap bulan. Lagi-lagi lepas kena bakar dengan tagline “Tak hensem takpe janji kaya” yang selalu dimainkan di corong-corong radio.

Selepas dah belajar pelaburan saham, baru tahu bukan mudah rupanya nak mahir dalam pelaburan saham ni. Lagi-lagi jika kita ade kerja hakiki yang memerlukan kita memberikan komitmen yang lebih.

Ilmu dah mahal, tapi tengok orang lain beli kaunter viral kita pun ikut tanpa kajian dan akhirnya tersangkut di puncak bahagia. Dah buat kajian dan susun strategi rapi, tiba-tiba ade yang buat sidang media menyatakan “I have the numbers”.

Terus berdarah portfolio sampai tak sempat nak cut loss. Alang-alang dah rugi tu, maka bertukarlah daripada seorang trader kepada seorang investor.

Kita yakin pelaburan saham ini instrumen yang boleh menjana kekayaan tetapi kita masih takut-takut nak melabur sebab takut emosi koyak bila lihat portfolio banyak merah daripada hijau. Atas sebab inilah wujudnya perkhidmatan ‘private mandate’ yang selalu diceritakan oleh perancang kewangan dan Marketing Representative yang ada di media sosial.

Apa Itu Private Mandate?

Private mandate atau pelaburan mandat ini adalah sejenis intrumen pelaburan untuk melabur secara terus di pasaran saham melalui bantuan daripada pengurus dana yang berlesen. Kira macam kita upah orang untuk uruskan pelaburan bagi pihak kita.

Kebiasaanya, dana pelaburan kita akan dilaburkan mengikut selera kita atau ‘customised’ oleh pengurus dana. Ada juga pelaburan yang dah tetapkan jenis pelaburan yang akan dilaburkan dan kita hanya tinggal ikut saja.

Sebelum kita melabur, biasanya kita akan mengisi borang ‘ Investment Risk Profile’ dan pengurus dana akan menentukan tahap penerimaan risiko kita saham ada tinggi, sederhana atau rendah.

Dengan maklumat ini, pengurus dana tadi akan membantu kita membuat pelaburan dan memilih saham-saham yang berpotensi dan sesuai dengan tahap penerimaan risiko kita.

Perbezaan Private Mandate Dengan Unit Trust?

Salah satu berbezaan ketara adalah dengan pelaburan private mandate, saham-saham yang dibeli oleh pengurus dana adalah di atas nama kita. Jadi kita mempunyai hak untuk menyertai AGM dan mendapat dividen daripada syarikat.

Pelaburan menerusi unit trust pula, saham-saham yang dilaburkan itu tidak akan dimiliki secara terus oleh kita sebaliknya dimilki oleh syarikat yang menguruskan unit trust tersebut.

Dalam pelaburan private mandate, kemungkinan akan ada sejumlah dana yang dilaburkan ke dalam unit trust yang dipilih oleh pengurus dana yang dirasakan sesuai dengan penerimaan risiko pelabur. Segala aktiviti pertukaran dana, penjualan untuk mengambil keuntungan dan pengimbangan semula portfolio akan diuruskan oleh pengurus dana yang dilantik.

Berbeza dengan melabur secara terus ke dalam unit trust, di mana semua aktiviti tadi perlu dibuat sendiri oleh pelabur di atas nasihat ejen atau dilakukan sendiri.

Yang paling menarik dalam pelaburan private mandate ini adalah, saham-saham di dalam portfolio kita akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional. Kita tidak perlu susah hati memikirkan bila nak jual, bila nak beli, boleh hold lagi ke tak dan gangguan emosi apabila melihat portfolio hijau menjadi merah.

Berapa Modal Minima Private Mandate?

Modal pelaburan untuk private mandate kebiasaan dalam lingkungan RM30,000 ke RM50,000 atau lebih. Wang kita akan diuruskan oleh orang hebat, maka modalnya pun perlu hebat juga.

Ada yang boleh gunakan wang simpanan daripada KWSP ada juga yang hanya boleh menggunakan wang tunai sahaja.

Dalam pelaburan private mandate ini, ada perkhidmatan pelaburan yang fokus kepada pasaran saham tempatan sahaja dan ada juga yang hanya fokus kepada pelaburan global terutamanya di Wall Street.

Untuk pelaburan di Wall Street, selalunya pulangannya lebih tinggi sedikit berbanding pelaburan tempatan, sesuai dengan risiko yang dihadapi.

Apa Kos Yang Terlibat?

Semestinya kita akan dikenakan bayaran tertentu di dalam pelaburan private mandate ini, biasanya dalam bentuk tahunan. Kebiasaanya syarikat yang menawarkan perkhidmatan private mandate ini akan mengenakan bayaran dalam lingkungan 5% setahun untuk jumlah keseluruhan dana yang kita miliki.

Ada juga yang mengenakan performance fee dalam lingkungan 20% untuk nilai keuntungan bersih yang kita perolehi.

Contohnya jika kita melabur sebanyak RM50,000 dan kita berjaya memperolehi keuntungan sebanyak 50% dalam setahun, maka untung kita adalah sebanyak RM25,000.

Daripada keuntungan RM25,000 ini, sebanyak 20% atau RM5,000 akan dikenakan sebagai performance fee.

Performance fee ini biasanya akan menjadi petanda aras high watermark. High watermark ini bermaksud performance fee untuk tahun berikutnya hanya boleh dikenakan sekiranya pulangan pelaburan kita melebihi pulangan pelaburan tahun sebelumnya.

Sebagai contoh, keuntungan kita adalah 50% dan dikenakan performance fee sebanyak 20% pada tahun pertama. Untuk tahun berikutnya, pengurus dana perlu membuat pelaburan yang memberikan pulangan lebih daripada 50% untuk dikenakan performance fee sebanyak 20% tadi.

Jika tahun berikutnya pulangan tidak melebihi pulangan tahun sebelumnya, pengurus dana tidak layak mendapatkan performance fee daripada pulangan pelaburan kita.

Di sinilah pengurus dana perlu berusaha sedaya upaya untuk menjana pulangan yang tinggi setiap tahun.

Contoh Portfolio Pelaburan Private Mandate

Pelaburan yang dimulakan dengan USD29,971 ini telah meningkat menjadi USD49,750 dalam masa kurang setahun. Tinggi juga pulangan sebanyak 65%, tanpa perlu kita aktif jual dan beli saham.

Jika berminat dan nak tahu lebih mengenai Private Mandate ini, isi di sini -> Pelaburan Private Mandate.

*Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kerugian wang yang anda laburkan dan prestasi lalu tidak menjamin prestasi masa akan datang. Sejarah pulangan, pulangan dijangka dan unjuran kebarangkalian disediakan untuk tujuan maklumat dan ilustrasi sahaja dan tidak menunjukkan prestasi masa akan datang yang sebenar.

Iklan

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!