Kenapa Sektor Besi Melambung Tinggi?

Baru-baru ini harga bijih besi melonjak pada paras tertinggi dalam masa 10 tahun (USD229/tan). Peningkatan komoditi besi ini meningkat adalah disebabkan negara pengeluar seperti Brazil dan Australia tidak dapat memproses pengeluaran bijih pada paras yang optimum sebelum pandemic COVID-19.

Hampir semua negara yang dilanda pandemik terpaksa memperlahankan ekonomi mereka.

Namun begitu, apabila sudah setahun berlalu dan pandemik sudah berjaya dikawal dengan baik, banyak negara sudah mula membuka ekonomi dan menjalankan perniagaan seperti biasa.

Negara ekonomi kedua terbesar, China telah mempercepatkan dan meningkat ekonomi mereka setelah mengalami kejatuhan yang teruk. Antara komoditi yang mendapat permintaan tinggi di China adalah bijih besi.

Hal ini kerana China merupakan pengeluar bahan pembinaan dan produk besi terbesar di dunia. Oleh yang demikian, dengan penawaran yang sedikit dari Brazil dan Australia dan permintaan yang tinggi dari China telah menyebabkan harga besi melambung tinggi.

Sumber : tradingeconomics.com

Pertubuhan Besi Sedunia (World Steel Association) menjangkakan permintaan besi akan terus meningkat dalam fasa pemulihan ekonomi iaitu 5.8% untuk tahun 2021. Dengan aktiviti ekonomi yang semakin rancak, banyak negara akan membelanjakan pakej stimulus mereka untuk membangunkan kembali negara masing-masing.

Untuk mengawal kenaikan harga bijih besi secara mendadak, negara China telah mengenakan anti-pollution rules kepada pengeluar besi terbesar di China. Ini telah menyebabkan pengeluar-pengeluar menggunakan grade besi yang lebih tinggi untuk mengawal pencemaran dan memenuhi permintaan besi domestik China.

Disebabkan tindakan kerajaan China ini, harga besi dapat dikurangkan seperti yang boleh dilihat pada carta di atas. Harga besi melakukan penurunan dari harga tertinggi USD229 kepada USD183 disebabkan sekatan anti-pollution rules China ke atas pengeluar besi.

This image has an empty alt attribute; its file name is Kenapa-Sektor-Besi-Melambung-Tinggi2-700x466.jpg
Kredit: pixabay.com

Kenaikan harga besi pada 1 Jun 2021 yang adalah disebabkan kerajaan China telah berbincang untuk meningkat pengeluaran besi dan mengurang sekatan. Hal ini kerana kerajaan China ingin memenuhi permintaan domestik mereka yang mana pada masa kini berada dalam fasa pemulihan.

Walaubagaimanapun, pasaran masih berharap supaya harga besi berada pada tahap yang munasabah. Hal ini kerana bagi negara pengguna besi mereka terpaksa membelanjaka wang yang banyak kerana harga besi telah meningkat hampir dua kali ganda sejak pandemik melanda.

Sektor besi di Malaysia meningkat seiring dengan peningkatan harga besi di dunia. Banyak syarikat pengeluar besi di Malaysia menikmati keuntungan yang berganda sempena kenaikan harga besi.

Kredit: Trading View

Di antara contoh saham-saham besi yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah Press Metal Aluminium Holdings. Harga saham syarikat telah meningkat sebanyak 104% dalam masa setahun.

Kredit: Trading View

Harga saham Lion Industries ini pula naik 112% dalam masa setahun.

Kredit: Trading View

Macam mana dengan kenaikan 250% yang dicatatkan oleh Hiap Teck Venture ini? OK ke OK?


Ada banyak bahan bacaan percuma yang ajar benda-benda asas untuk melabur di pasaran saham. Nak Google semua memang memakan masa.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.