FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus?

Masih ramai yang keliru berkenaan status forex trading online ni, ada yang kata harus ada pula yang kata haram.

“Alah bro, nak ikut sangat ke fatwa tu? Itu panduan je kot….Cuba tengok, ada je fatwa kata merokok tu haram, tapi ramai je ustaz merokok?”

“Alah bro, jual-beli duit bukan terlibat dengan jual-beli babi.”

Allahu Akbar. Macam-macam orang kita ni.

“Kawan aku cakap Forex trading tu harus tapi boleh jadi haram dan judi kalau kau tak ada ilmu.”

Halal haram sesuatu itu bukan berdasarkan samada kita ada ilmu atau tidak. Forex trading online itu sendiri tidak patuh syariah.

Individual Spot Forex melalui platfom elektronik sudah difatwakan HARAM sejak 2012, walaupun Ustaz Ahmad Dusuki berpendapat ianya harus. Pendapat beliau ini yang selalu digunakan oleh para forex trader sebagai hujah mereka untuk menghalalkan forex trading online. Fatwa diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, bukan beliau. Walaupun bergelar ustaz, tidak bermakna beliau layak untuk mengeluarkan fatwa.

Jom kita lihat ringkasan yang diambil di FB muamalat.my yang ditulis oleh Dr Ahmad Sufian Che Abdullah, yang merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Pakar Muamalat di Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Ahli Jawatankuasa Syariah di Kenanga Investment Bank dan Ahli Lembaga Penasihat di Syarikat Takaful Malaysia.

Updated: 26 Julai 2017

1. Prof Dr Rafiq Yunus al-Misri (2010), “Tijarah al-‘Umlah ‘Ibra al-Internet”, Journal Jami’ah al-Malik ‘Abd al-Aziz: al-Iqtisad al-Islami, j. 23, bil. 1.

Keputusan: Hukumnya haram kerana spekulasi yang melampau, berbentuk gambling, dan tidak menepati kaedah sarf sebenar yang dikehendaki oleh Islam, iaitu riba serta penyumbang kepada krisis ekonomi.


2. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad Abdullah al-‘Awn (2011) “al-Hukm al-Syar’i li al-Tijarah al-‘Umlat Bi Nizam al-Hamisy”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1a.

Keputusan: Kajian ini memberi fokus kepada kaedah margin dan laverage yang digunakan dalam FOREX trading online. Kajian ini menganggap semua transaksi berasaskan marjin dan leverage adalah haram kerana terdapat unsur qard yang menghasilkan keuntungan kepada platform dan ini adalah riba. Selain itu tidak berlaku qabd walaupun secara hukmi seperti yang disyaratkan dalam akad sarf.


3. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad Abdullah al-‘Awn (2011) “Dawabit al-Syar’iyyah li al-Tijarah al-Iliktruniyyah fi al-Umlat al-Dawliyah”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1b.

Keputusan: Kajian ini memberi fokus kepada parameter urus niaga forex global secara elektronik. Berasaskan parameter yang diberikan, forex secara dalam talian gagal mematuhi parameter dan garis panduan Syariah kerana berunsur spekulasi sepenuhnya, tidak memenuhi syarat qabd walaupun secara hukmi. 


4. Rafik Fakhry Omar Eleri Jones , (2015),”Critical evaluation of the compliance of online Islamic FOREX trading with Islamic principles”, International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, Vol. 8 Iss 1 pp. 64 – 84

Keputusan: Kajian ini menilai semua urus niaga FOREX Online yang didakwa Islamic Trading. Penilaian dilakukan mendapati semua yang mendakwa islamic trading itu cuma menukar istilah, tanpa menukar apa-apa kontrak dan urus niaga masih tidak mematuhi kehendak Syariah terutama dalam bab sarf. Bahkan ia lebih jelas kepada bentuk perjudian kerana tahap gharar dan spekulasi yang tinggi


5. DR. MARJAN MUHAMMAD et.al (2011) Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing Oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan Dari Sudut Syariah. RESEARCH PAPER (No: 24/2011), Kuala Lumpur: ISRA.

Keputusan: Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard, leverage, riba al-nasi’ah, rollover interest, qabd, menjual mata wang yan tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi individual spot forex secara online tidak menepati tuntutan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli mata wang


6. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.


7. Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUIN) No: 28/DSN-MUI/III/2002 tentang Jual Beli Mata Uang (Al-Sharf)

Keputusan: Fatwa hanya mengharuskan jika FOREX dilakukan bukan tujuan spekulasi (mengambil untung atas perubahan harga), untuk keperluan, dan berjaga-jaga. Oleh kerana FOREX online adalah tujuannya spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan ini.


8. Fatwa Negeri Perak Tentang Forex

Keputusan: Jabatan Mufti Negeri Perak memutuskan FOREX adalah harus jika tidak bertujuan untuk spekulasi. Oleh kerana FOREX ONLINE adalah 100% berbentuk spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan yang disyaratkan itu. Bagi yang menggunakan fatwa perak mengatakan harus, baca baik-baik fatwa dan bandingkan dengan apa yang trader lakukan.


9. Majma’ Fiqh Islami Sedunia Tentang Trade With Margin tahun 2006.

Keputusan: Perniagaan dengan margin dan leverage jika melibatkan FOREX, adalah haram dan berunsur riba.


10. Dr Bisyr Muwaffaq Lutfi (2009), al-Tadawul al-Ilikruniki Lil al-‘Umlat. Amman: Dar Al-Nafa’is.

Buku ini merupakan tesis master beliau berkenaan forex Online. Versi khas ebook boleh dimuatkan turun di web portal beliau iaitu Iefpedia Pedia. Hasil kajian beliau, didapati forex Online mengandungi unsur haram sama seperti yang disebutkan dalam kajian ISRA (Nombor 5 di atas) kerana faktor trade with margin, roll over, leverage, qabd yang dipertikaikan, dan spekulasi tulen. Buku ini turut memuatkan keburukan dagangan spekulasi mata wang dalam perspektif ekonomi Islam. Bahkan dalam edisi elektronik dimuatkan tambahan berkenaan dengan forex Islamic. Pada kajian beliau forex Islamic pun tidak terlepas daripada unsur haram juga.

Kesimpulan

Semua kajian dan fatwa yang berasaskan kajian terperinci menganggap FOREX TRADING ONLINE adalah haram. Bandingkanlah kajian dan fatwa yang pelbagai ini dengan pendapat hanya seorang ustaz kuliah itu yang bercakap tanpa kajian, tanpa ilmu dalam bidang ekonomi dan muamalat. Buat perbandingan dengan hati yang terbuka.

Baca dan sebarkan! Semoga kita dan keluarga terselamat daripada dosa riba dan judi.

Disediakan oleh:
Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah
JSP – Jabatan Syariah dan Pengurusan,
Academy of Islamic Studies
University of Malaya

Penasihat Syariah Lain dan Mufti Pun Kata Haram

Untuk keterangan lanjut, jemput baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.