Terbaik Pengagihan Pendapatan 4.25% + 0.75% Amanah Saham Bumiputera (ASB) Tahun 2020

Baru tadi berakhirnya pengumuman pengagihan pendapatan ASB oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, selaku Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pengagihan 4.25 Sen seunit + Ehsan 0.75 Sen seunit

Alhamdulillah, di kala pandemik dan kegawatan ekonomi yang berlaku, kita masih boleh menikmati keuntungan pelaburan yang memuaskan.

Rugi ke? Sejujurnya pelaburan dalam ASB adalah sangat berisiko rendah tetapi keuntungannya adalah sederhana.

Tengok saja prestasi tahun-tahun sebelum ini, maka bersyukurlah kita masih boleh meraih pulangan yang menguntungkan.

Sumber: FB Live Amanah Saham Nasional Berhad

Jemput baca juga:

Nak cari pulangan yang lebih tinggi? Jom kita bersama-sama Dr. Zaharuddin Abd Rahman, tokoh ilmuan kewangan dalam Seminar Jom Saham yang bakal diadakan pada hari Jumaat 1 Januari 2020 dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Kami nak lebih ramai orang yang melabur ke tempat yang sah dan patuh syariah.

Kami taknak orang ramai terjebak dengan skim pelaburan yang entah apa-apa. Akhirnya bukan pelaburan, tetapi peleburan.

Kami juga nak lebih ramai orang kaya agar lebih ramai orang yang akan bayar zakat. Lebih ramai orang kaya dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Selain Dr. Zaharuddin, kita juga ada Eza Ezamie dari MajalahLabur, Tuan Izrul Zainal pemenang Bursa Top Remisier Tahun 2018 dan Chef Saham.

Tiket hanyalah RM19, daftar sini sekarang -> SeminarJomSaham

Di antara topik yang akan dikupas adalah:

1. Asas Labur Saham
2. Labur & Judi?
3. Bagaimana melabur & berdagang Saham?
4. Prospek pelaburan saham tahun 2021
5. Beli dan Jual saham atas berita?
6. Analisa Teknikal Ilmu Tilik?
7. Mengapa pelaburan saham mesti dipertimbangkan?
8. Labur Saham di NASDAQ & S&P500 (saham Amerika)
9. Bagaimana elak riba dari broker konvensional semasa trade saham USA.
10. Saham dari sudut syariah
11. Persiapan melabur saham
12. Bagaimana boleh gandakan wang dalam pelaburan saham
13. RM 1 Juta dalam 5 tahun?
14. Cara santai labur saham
15. Saham adalah perniagaan
16. Risiko melabur saham
17. Fundamental – baca news (COVID – healthcare naik)

This image has an empty alt attribute; its file name is 210101-Webinar-Jom-Saham_opt2-700x875.jpg

Ayuh bangkit dengan azam tahun baru, jadikan pelaburan saham ini sebagai saham akhirat kita semua. Tapi pada masa yang sama, pastikan pelaburan kita diberkati.

Daftar sekarang, sebelum harga naik atau tiket habis -> https://www.majalahlabur.com/SeminarJomSaham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.