9 Bilionaire Yang Terjejas Teruk Akibat Wabak Covid-19

Covid-19 kini telah menjadi isu yang sangat besar di seluruh dunia. Keadaan ekonomi yang semakin rapuh menyebabkan banyak industri yang terkesan dengan penularan wabak ini.

Di Malaysia, rang awam yang mula panik telah memenuhi pasaraya untuk membeli barang keperluan disebabkan arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang mewajibkan langkah kawal pergerakan berkuatkasa dengan segera. Hanya negara China yang kini menunjukan penurunan yang semakin ketara disebabkan tindakan tegas yang dilakukan oleh negara tersebut mengekang wabak ini.

Virus yang tidak kenal golongan kaya atau miskin ini, telah memberi satu kejutan kepada dunia. Selain dari orang biasa yang mengalami kesukaran kesan dari virus ini, golongan bilionaire juga turut terkesan dan terjejas teruk.

Mari kita lihat senarai bilionaire dunia yang telah mengalami penyusutan kekayaan akibat daripada musibah yang berlaku ini.

1. Bernard Arnault dan Keluarga

Keluarga yang memegang saham barangan mewah terbesar dunia iaitu Louis Vuitton. Syarikat ini telah berkembang dengan pesat selari dengan perkembangan ekonomi China pada tahun lepas.

Mereka sekeluarga banyak mendapat keuntungan yang besar kerana kemakmuran ekonomi China yang memberi cukai percuma kepada baarngan mewah.

Kini, ekonomi China telah mengalami pengucupan dan menyebabkan kekeyaan yang dimiliki oleh Bernard Arnault telah susut sebanyak $14 bilion.

Nak tahu lebih lanjut mengenai bernault, klik di sini

2. Amancio Ortega

Bilionaire yang berasal dari Sepanyol. Beliau yang jarang muncul di media massa dan banyak maklumat yang kurang jelas mengenai kehidupan peribadinya.

Amancio Ortega merupakan pengasas syarikat pakaian yang terkenal iaitu ZARA. Model perniagaan syarikatnya adalah mengeluarkan pakaian dengan cepat mengikut trend yang terkini.Oleh sebab strategi unik ini yang bergerak seiring dengan perubahan masa, beliau telah menjadi lelaki terkaya di dalam industri pakaian.

Namun disebabkan Covid-19 ini, beliau telah mengalami penyusutan nilai sebanyak $12.8 bilion.

3. Françoise Bettencourt Meyers dan Keluarga

Merupakan wanita terkaya di dunia buat masa sekarang. Beliau merupakan anak perempuan tunggal dan cucu kepada pengasas syarikat kosmetik terbesar dunia iatu Loreal.

Beliau yang mempunyai hubungan dingin dengan ibu kandungnya disebabkan satu peristiwa yang dinamakan Bettencourt Affair.

Nilai kekayaan yang dimilikinya telah susut sebanyak $5.9 bilion.

Nak tahu lebih lanjut mengeai Bettencourt Affair? Klik di sini

4. Carlos Slim Helu dan Keluarga

Merupkan lelaki terkaya di Mexico. Pernah beberapa kali menduduki takhta sebagai lelaki terkaya dunia pada dekad yang lepas.

Carlos Slim mempunyai rangkaian perniagaan telekomunikasi yang terbesar di Amerika Selatan. Beliau juga seorang yang sangat dermawan dan kebanyakan duit sumbangan disalurkan ke negara-negara Amerika Latin yang kebanyakanya miskin.

Beliau telah kehilangan nilai sebanyak $7 bilion.

Nak baca kisah Carlos Slim Helu, klik di sini

5. Jeff Bezos

Jeff Bezos sudah lali dengan kehilangan wang yang berlaku kepadanya tahun lepas. Beliau dipercayai kehilangan lebih $30 bilion pada tahun lepas akibat daripada perceraian dengan isteri pertamanya.

Kali ini, beliau kehilangan sebanyak $6.4 bilion pula disebabkan Covid-19.

Klik di sini untuk baca kisah perceraian Jeff Bezos.

6. Mukesh Ambani

Pernah menjadi lelaki terkaya di Asia sebelum wabak Covid-19 menyerang dunia. Beliau merupakan CEO untuk syarikat konglomerat terkenal di India iatu Reliance Industries Limited.

Syarikat ini mempunyai pusat penapisan minyak mentah yang terbesar di dunia.Syarikat ini juga bergantung kepada sumber minyak sebagai perniagaan utama mereka.

Namun harga miyak mentah sekrang telah mengalami penurunan yang begitu ketara disebabkan banyak industri dunia telah lumpuh akibat virus ini.

Beliau kehilangan sebanyak $6.1 bilion, seterusnya kehilangan takhta sebagai lelaki terkaya di Asia kepada Jack Ma.

Nak baca lebih lanjut mengenai Mukesh Ambani, klik di sini

7. Elon Musk

Rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan tokoh industri yang popular ini. Selain daripada kisah hebat beliau mengurus syarikat Tesla dan Space X yang terkenal, kehidupan peribadinya juga menjadi perhatian pihak media.

Selepas bercerai dengan bekas isterinya, beliau mempunyai hubungan dengan perempuan di kalangan artis. Di antaranya adalah Amber Heard yang merupakan seorang pelakon dan bekas isteri Johnny Depp dan kini buah hati yang terbaru, Grimes yang merupakan seorang artis pop yang mana dipercayai telah mengandungkan anak bersama dengan Elon Musk.

Kini, saham Tesla mengalami penurunan yang ketara selepas mencatat kenaikan yang memberangsakan pada awal tahun ini.

Beliau dipercayai telah kehilangan sebanyak $5.5 bilion.

Nak tahu kenapa saham Tesla naik dengan mendadak pada awal tahun ini, klik di sini

8. Laurene Powell Jobs dan Keluarga

Keluarga mendiang pengasas syarikat popular iaitu Apple. Keluarga mendiang Steve Jobs ini mempunyai sebahagian besar saham di dalam Syarikat Disney dan juga Apple.

Apple telah mengalami bekalan yang terhad apabila pihak pengilang di China tidak dapat menyiapkan tempahan produk keluaran Apple. Industri elektronik di China telah lumpuh akibat serangan virus yang merbahaya ini.

Kekayaan keluarga mereka telah menyusut sebanyak $4.9 bilion.

9. Leonardo Del Vecchio dan Keluarga

Merupakan bilionaire yang mengusai perniagaan kaca mata dunia. Syarikatnya Luxottica merupakan syarikat yang menguasai industri kaca mata mewah.

Syarikat yang berpengkalan di Itali ini memiliki pelbagai jenama mewah seperti Rayban, Oakley dan banyak lagi.

Dengan merebaknya virus ini di Itali, beliau telah kehilangan sebanyak $4.9 bilion.

Nak baca dengan lebih lanjut kisah Leonardo Del Vecchio, klik di sini

Sumber Rujukan: https://www.forbes.com/sites/hayleycuccinello/2020/03/13/coronavirus-stock-market-losers-bezos-arnault-musk/#8ebfbaa296f2

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.