
Sub Topik
Pelaburan dalam unit amanah adalah di antara medium pelaburan yang popular di Malaysia selain daripada pelaburan hartanah, saham dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ikuti penerangan dari ejen unit amanah sendiri, Ahmad Samhan Awang untuk mengetahui bagaimana pelaburan dalam unit amanah dapat dilakukan.
Ada 3 Cara Utama
Kaedah pelaburan di dalam unit amanah melalui 3 cara iaitu:
1. Pelaburan secara lump sum
2. Pelaburan secara simpanan tetap bulanan
3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
Pelaburan Secara Lump Sum
Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).
Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
1) keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah
2) keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.
Contoh,
Jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi, maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800.
Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57 selepas 30tahun.
Pelaburan Secara Simpanan Tetap Bulanan
Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan.
Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).
Contoh,
Jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!
Pelaburan Melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM3,333 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun.
Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1.
Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.
Contonya:
Anda berumur 27 tahun,
Simpanan asas: RM20,000
Akaun 1: RM50,000
Anda boleh keluarkan 30% sahaja dalam masa 3 bulan.
Jadi,jumlah yang boleh dilaburkan,
(RM50,000-20,000)x 0.3
=RM9,000
Unit amanah sememangnya menjadi pilihan pelabur jika mereka tidak mempunyai masa untuk monitor pergerakan naik turun harga dana kerana ia dikendalikan oleh golongan profesional dan sesuai untuk mereka yang mempunyai matlamat pelaburan jangka masa panjang.
Bagi memulakan pelaburan jika anda mempunyai sejumlah wang yang banyak dan tidak digunakan dalam masa terdekat, jadi anda boleh pertimbangkan untuk melabur secara lump sum. Sebaliknya jika anda lebih selesa dengan pelaburan tetap secara bulanan maka potongan bulanan dari gaji atau potongan setiap 3 bulan mealui KWSP adalah pilihan terbaik untuk anda.
Kredit: Ahmad Samhan Awang
Buat Semakan Dulu Sebelum Bawa Duit Keluar Daripada KWSP
Ini kerana, ada 45 dana keseluruhannya yang boleh anda laburkan duit anda. Daripada 45 dana tersebut, untuk tempoh 5 tahun (Semakan dibuat pada 6 Jun 2017):
- 3 sahaja dana yang melebihi 10% annualize return
- 10 dana yang melebihi 7% – 9.9% annualize return
- 17 dana yang memberi pulangan di antara 5% ke 6.9%
- 12 dana memberi pulangan bawah 4.9% (lebih rendah dari dividen KWSP)
- 3 dana tak sampai usia 3 tahun
Untuk maklumat lanjut, jemput baca Perhatian Kepada Pelabur Unit Trust Yang Guna Duit KWSP.
Tetapi sebelum nak melabur tu, pastikan anda mempunyai
- Perlindungan Takaful sebanyak 10 kali daripada gaji tahunan anda
- Simpanan 3-6 bulan daripada gaji bulanan anda
Takut-takut nanti pelaburan anda melebur, perlindungan takde, simpanan pun takde.
Kini ada cara yang lebih mudah untuk melabur hanya dengan aplikasi telefon pintar, tanpa perlu isi borang, tanpa melalui ejen dan mempunyai yuran yang rendah. Jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja (Bonus RM40 Jika Anda Daftar Sekarang).
Assalamualaikum! Tuan/Puan,
apakah nama 3 dana yang melebihi 10% annualize return?