3 mitos pasal pelaburan saham. Ada lagi rupanya yang masih percaya

  1. “Takut lah aku nak melabur dalam saham, tu kan game orang kaya je.”

  2. “Susah kot pelaburan saham ni, aku bukan belajar tinggi-tinggi pun.”

  3. “Satgi bankrap pulak aku, simpan kat tempat lain lah.”

Di atas ni adalah beberapa dialog yang biasa kita dengar tatkala orang ramai berbicara pasal pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Tapi apakah kebenarannya?

Pelaburan saham bukan lagi game orang kaya sebab sekarang minima perlu beli 100 unit sahaja berbanding dulu 1000 unit. Kalau harga saham tu RM1, modal permulaan cuma RM100 (tidak termasuk kos-kos lain yang sangat kecil)

Melabur saham ni memang susah kalau kita buta huruf sebab tak boleh membaca.

Anda tak boleh bankrap jika terlibat dalam pelaburan saham. Senang cerita, kalau harga saham jatuh dan kita rugi 100% sekalipun kita tidak jatuh miskin sebab dari awal kita melabur menggunakan duit lebihan dan bukan pinjam duit orang lain.

Duit yang kita nak laburkan adalah duit kita, jadi kenalah bertanggungjawab sepenuhnya. Janganlah main ikut orang, kena study betul-betul dulu, :

  1. Saham syarikat mana kita nak beli?
  2. Apa perniagaan syarikat tersebut?
  3. Siapa yang menerajui syarikat tersebut?
  4. Pada harga apa kita patut beli?; dan bermacam-macam lagi.

Sama je macam kita nak buat keputusan beli rumah; mesti nak pastikan lokasi tu ok, atau tempat mana kita nak melancong, kereta apa kita nak beli.

Dengan adanya ilmu, barulah kita boleh buat keputusan yang cepat dan tepat.

Ilmu tu pulak, anda boleh baca dari buku, tapi jangan terkejut kalau kajian mengatakan rakyat Malaysia ni hanya membaca dua helaian kertas je setiap tahun.

So nak tak tau cara ‘short-cut’ untuk belajar pasal pelaburan saham ni? Kuncinya belajarlah dari kesilapan mereka yang telah berjaya.

Ramai sifu-sifu di luar sana tu. Tapi kalau betul-betul “ZERO” tentang saham ni, apa kata anda belajar dari mentor saham ni. Pasti anda nak belajar dari seseorang yang berpengalaman luas dalam industri pelaburan? atau seseorang yang diangkat sebagai ikon oleh Bursa Malaysia dan telah melahirkan ribuan pelabur saham berjaya?

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, boleh belajar dengan mentor saham ni yang juga merupakan ikon BursaMktPlc, Tuan Hj Mohd Asri

Ia bakal mengubah hidup anda kepada yang lebih baik, dengan izin Allah.

Previous ArticleNext Article

SC Umum Majlis Penasihat Syariah Baharu

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan barisan Majlis Penasihat Syariah (MPS) baharunya untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2029.

Barisan baharu terdiri daripada ahli berikut:

  1. Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar – Senator, Dewan Negara (Lantikan Baharu)
  2. Profesor Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali – Profesor Kehormat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pelantikan Semula)
  3. Dato’ Dr Ashraf Md Hashim – Perunding Syariah (Kewangan Islam) (Pelantikan Semula)
  4. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim – Mufti Pahang (Pelantikan Semula)
  5. Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr Haji Anhar Haji Opir – Mufti Selangor (Pelantikan Semula)
  6. Dr Marjan Muhammad – Timbalan Presiden Penyelidikan, Institut ISRA, Universiti INCEIF (Pelantikan Semula)
  7. Encik Burhanuddin Lukman – Bekas Penyelidik, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) (Pelantikan Semula)

Ditubuhkan pada 16 Mei 1996 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993, MPS merupakan pihak berkuasa untuk menentukan aplikasi prinsip Syariah untuk perniagaan atau transaksi pasaran modal Islam (ICM).

Di samping itu, MPS menyokong pertumbuhan pasaran melalui resolusi dan panduan dasar, di samping mengekalkan integriti Syariah.

MPS terdiri daripada cendekiawan Syariah, ahli akademik dan pengamal pasaran terkemuka dengan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang Syariah, kewangan Islam, pasaran modal dan undang-undang.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata MPS memainkan peranan penting dalam memastikan ICM Malaysia kekal responsif terhadap perkembangan pasaran yang sentiasa berubah, sambil menegakkan prinsip Syariah yang berlandaskan Maqasid alShariah. “Panduan yang diberikan oleh MPS terus menyokong inovasi, kemampanan dan pertumbuhan jangka panjang ekosistem ICM.”

“Komposisi baharu MPS, dengan kepakaran dan pengalaman kolektif ahlinya, berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan panduan yang mantap dan berpandangan jauh mengenai hal ehwal Syariah. Dengan kepimpinan Islam yang dipandu oleh Maqasid al-Syariah sebagai pembeza utama, MPS akan memacu pertumbuhan dan kepimpinan global ICM Malaysia,” katanya.

Bagi pihak SC, Dato’ Faiz merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli MPS yang akan bersara atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dan perkhidmatan berdedikasi kepada industri ICM. “Pandangan dan kepimpinan mereka telah menyumbang ke arah memajukan ICM Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”

Untuk maklumat lanjut mengenai MPS, sila lawati https://www.sc.com.my/development/icm/shariah/members-of-the-shariah-advisorycouncil