“Ingat lif, ingat Unit Amanah” – Ingat tau!

PELABURAN FUND ‘TINGKAT 18’ BRAND OTIS

Minggu lepas terserempak dengan jiran sebelah rumah, Mr.Wong masa kami sama-sama naik lif.

Dia tanya saya kerja apa, selalu nampak ada kat rumah macam tak bekerja. Saya kata, saya keluar kerja bila ada appointment sahaja. Saya full time financial consultant terutamanya unit amanah.

Masa selebihnya saya kat rumah dengan anak-anak & wife Asmariza Yusoff.

“Wah, Unit Trust?! Bagus tuh, I dah lama invest dalam Unit Trust. Sejak zaman mula-mula kerja dulu” katanya sambil thumbs up.

“Sudah berapa lama jadi consultant?” dia tanya lagi.

“Saya start sejak 2003, dah dekat 13 tahun boss” saya jawab ringkas.

” Investment Unit Trust you sekarang ok ke Mr. Wong? Ada orang cakap, market not doing well, apa pendapat you?” saya cuba cucuk lebih mendalam.

“What do you mean by ok? I punya sentiasa ok. Unit Trust is long term investment. Macam you naik lif jugalah” katanya lagi.

Saya makin confuse, apa yang nak cuba dia sampaikan. Saya minta dia terangkan apa kaitan lif dengan Unit Trust.

“You tengok button lif ni. I mahu pergi tingkat 18. Itu I punya rumah. Semua orang mahu cepat sampai, but let’s say, lif stop tingkat 3,pastu stop tingkat 5, you mau keluar lif ke tak?” tanya dia bersungguh-sungguh.

“Mesti lah tak keluar, sebab belum sampai floor saya lor..” saya jawab dengan yakin.

“Haa..itu macam la Unit Trust. Semua orang mau cepat untung atau mau sempat sampai, tapi jika you sudah tau you punya target, you tak akan exit maa..tunggu sajalah, lambat cepat mesti sampai punya”

“Lif kadang-kadang slow, ada time dia rosak. Itu sudah biasa maa..you jangan panik, kena ingat apa target floor you. Kalu nak kurangkan risiko trap dalam lif, cari lif yang ada brand macam Otis, Mitsubishi & Schindler. Baru peace of mind” katanya lagi sambil tersenyum.

“Jika you risau lif tak sampai, boleh cuba naik tangga. Atau invest tempat yang lebih selamat. Tapi you sendiri kena ingat la, naik tangga memang selamat, tapi lambat sampai & you boleh pancit nanti”

Wah..banyak perkara saya belajar tentang lif dan Unit Trust dari Mr.Wong. Sebelum kami keluar lif, sempat lagi saya tanya fund Unit Trust mana yang dia invest.

“I sudah lebih 30 tahun invest dalam Fund ‘Tingkat 18’ brand Otis. You boleh tengok macam mana performance dia sekarang. Tapi i tak kisah sangat, sebab target i belum sampai.. hihi”

Terima kasih Mr. Wong.

Sumber : WM Syamzari, Perunding Unit Amanah

Previous ArticleNext Article

Public Mutual Umum Agihan RM184 Juta Bagi Sembilan Dana

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengisytiharkan agihan berjumlah lebih RM184 juta bagi sembilan dana.

Jumlah agihan kasar yang diisytiharkan bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2022, itu adalah daripada 0.20 sen seunit bagi Public Islamic Sector Select Fund hingga 2.40 sen seunit bagi Public e-Enhanced Money Market Fund-Class A.

Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia yang menguruskan lebih daripada 170 dana dan mempunyai sejumlah 31 cawangan merangkap pusat perkhidmatan pelanggan di seluruh negara.

Tahun ini, syarikat itu sekali lagi muncul sebagai pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards, menerima dua Anugerah Kumpulan dan 30 Anugerah Dana individu serta mendapat pengiktirafan global dengan memenangi 13 anugerah daripada Refinitiv Lipper Fund Awards 2022-Global Islamic.

Public Mutual juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana di bawah skim tersebut.

— BERNAMA