5 Apps dan Web Seorang Pelabur Saham Global Perlu Tahu

Alhamdulillah, semakin ramai yang berminat nak menceburi pelaburan saham di peringkat antarabangsa. Bagi membantu kita berdepan dengan cabaran pasaran saham global, jom kita dengar tips daripada Stallion Brothers mengenai 5 aplikasi telefon pintar dan laman web seorang pelabur global perlu tahu.

Gunakan Kelebihan Yang Kita Ada

Pelabur dan Internet memang tak boleh berpisah sebab internet ni macam makanan ruji untuk pelabur hari ni. Connection yang laju memang sangatlah penting bila nak trade. Kalau perlahan macam siput, memang koyak emosi. So, Stallion nak nasihatkan korang gunakan telco yang laju di lokasi yang korang selalu berada.

Lepas ada connection yang laju, pastikan Gadget anda berada pada tahap terbaik. Feedback dari student setakat ni, APPLE & HUAWEI adalah jenama paling consistent untuk TRADE menggunakan gadget. Sekarang, banyak BROKER dah ada APPs. Jadi, trade pakai gadget pon dah ok.

Selepas dah ada Internet connection yang laju dan gadget yang sesuai, korang kenalah melawat Website atau Apps yang Stallion suggest ni. Semua adalah percuma dan sangat informative! Sebelum tidur tu rajin-rajinlah scroll website ni untuk ambil mood melabur.

1. INVESTING.COM

Investing.com ni adalah ibu segala website untuk pelabur sebab kita boleh jumpa pasaran saham seluruh dunia kat situ. Dari sebesar-besar United States sampai lah sekecil-kecil Malaysia semua ada.

Dalam website ni, pergerakan saham adalah LIVE dan banyak berita terbaru ada dalam tu. Semua ni diberikan secara PERCUMA!

2. CNBC

CNBC ni adalah antara Website atau Apps yang paling berguna untuk pelabur bagi mendapatkan news yang telah diolah dengan pantas dan mudah. Kebanyakan information dalam ni adalah mudah difahami dan berbentuk ringkas.

So kalau tengah sibuk tapi masih nak tahu apa update terbaru tentang saham, CNBC adalah yang terbaik!

3. IDEAL RATINGS

Ini adalah Website yang digunakan untuk semak status shariah saham di pasaran global. Dah dapat idea nak beli apa, terus semak status kat sini. Lepas tu, baru buat kajian lebih terperinci dari segi TA atau FA.

Tips untuk guna apps ini, jangan pilih lokasi masa register atau switch on button maps kat phone korang bila guna apps ni. Sebabnya, nanti korang tak boleh akses stocks U.S.. Dia bagi list saham Bursa Malaysia je.

4. TWITTER

Selagi Donald Trump ni President of United States, korang semua WAJIB ada account Twitter sebab Donald Trump memang suka buat statement yang panas melalui Twitter.

Setiap ayat yang dikeluarkan boleh memberi impak yang besar kepada pasaran saham dunia.

5. FACEBOOK

Yang ini memang ramai yang ada, tapi tak ramai gunakan dengan sebaiknya. Daripada sibuk layan baca komen sambil makan popcorn lebih baik korang follow posting ilmiah.

Sebenarnya ada banyak lagi website yang tersangatlah padu untuk pelabur global sebagai guidance untuk membeli dan menjual tapi memerlukan tutorial untuk anda follow step by step. Okay, masa program Seminar Melabur Saham Global nanti, Stallion akan tunjuk website yang lebih padu dan tutorial kepada anda!

Sumber: Stallion Brothers

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters