7 Pantang Larang Dalam Pelaburan Saham

Kesilapan dalam pelaburan saham akan membuatkan kita rugi berkali-kali. Ini kerana dalam saham, rugi itu pasti. Setiap kali kita beli saja saham, sudah ada kos-kos yang terlibat.

Sebab itulah ilmu pelaburan sangat penting agar kita tidak tersalah langkah. Pastinya terdapat pantang larang dalam pelaburan saham yang harus kita ikuti.

Pelabur saham yang berjaya bukan sahaja mereka yang memilih saham terbaik tetapi mereka juga akan berusaha untuk mengelakkan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Jom kami kongsikan 7 pantang larang dalam pelaburan saham yang harus dielakkan.

1. Jangan Melabur Jika Tiada Ilmu

Buku Malaysia Melabur Saham

Salah seorang pelabur paling berjaya di dunia iaitu Warren Buffett, sering menasihati mereka yang ingin menyertai dunia pelaburan agar memahami terlebih dahulu mengenai pelaburan sebelum memulakannya.

  • Saham ni bukan Forex trading, bukan ASB, bukan Unit Trust, bukan sejenis MLM, bukan kripto, bukan skim atau scam gerenti dapat duit.
  • Belajar dulu selok belok asas. Dah tahu apa 30 Terma Pasaran Saham Untuk Pelabur Saham Beginner ?
  • Pelaburan saham di Bursa Malaysia ni seumpama kita nak bertarung di medan perang. Persiapan yang rapi perlu dilakukan. Baca dahulu 5 Strategi Asas Pelaburan Saham.
  • Saham apa nak beli? Bila nak beli? Bila nak jual? Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan ini. Perlu belajar ilmu Analisis Fundamental dan Teknikal.

Kepada anda yang baru nak terlibat, tak silap ada 100 lebih video percuma tentang pelaburan saham dalam channel YouTube ini. Boleh klik > Koleksi Video Tutorial-Tutorial Pelaburan Saham

2. Jangan Melabur Mengikut Emosi

Tamak dan terlalu yakin. Dua sikap ini akan menyebabkan pelabur saham terlepas untuk mengira risiko yang  sedang ditanggung.

Beli saham sebab risau kita terlepas peluang adalah salah satu tanda ketamakan.

Bila terlalu yakin maka kita “all-in” duit modal yang ada. Tetapi sekiranya modal tadi adalah juga pergantungan kewangan untuk masa hadapan, mungkin akan menyebabkan kita trauma dan susah untuk bangkit semula.

3. Jangan Beli Saham Ikut Buy Call

Jangan beli saham bersandarkan saranan orang lain (WhatsApp group, sepupu, kawan, pakcik, bos) atau daripada individu yang tidak dikenali.

Anda digalakkan tidak bersandar 100 peratus kepada maklumat saham daripada orang lain atau mana-mana sumber yang tiada rujukan kerana maklumat saham boleh dicari sendiri daripada pelbagai sumber. Sumber tersebut sama ada diperolehi di internet, platform saham, rumah penyelidikan (research house) broker saham dan banyak lagi.

4. Jangan Berhutang Untuk Melabur

Nak melabur gunakan duit lebihan. Nak melabur gunakan duit lebihan. Nak melabur gunakan duit lebihan. Ulang lagi ayat ini 10 kali sampai ingat. GUnalah duit lebihan yang kita ada supaya tidak serabut kepala bila rugi.

Dulu zaman mak ayah kita ramai yang terlingkup dalam pelaburan saham sebab menggunakan kemudahan ‘hutang’ yang disediakan oleh pihak broker.

Jadi jika belum cukup duit, elakkan dari masuk ke pasaran saham. Tambahkan dahulu pendapatan, tidak perlu terburu-buru.

Sebab dalam pasaran saham, money makes money.
Bukannya no money, want to make money!

5. Jangan Melabur Sekiranya Tiada Disiplin Menyimpan

Sebelum nak terlibat dalam pelaburan saham, pastikan kita sudah mempunyai disiplin dalam menyimpan. Ini nak menyimpan pun payah, maka lupakan dahulu niat untuk melabur. Langkah betul untuk menjadi pelabur yang berjaya ialah kita mesti ada disiplin menyimpan yang kuat terlebih dahulu.

Bagaimana Nak Mula Menyimpan?

Buatlah satu Tabung Pelaburan. Selepas dapat gaji, buat potongan RM500 sebulan. (Kena belajar berjimat dan kurangkan keinginan)

Jika sudah berkahwin si suami simpan RM250 dan si isteri simpan RM250.

Selepas setahun kita telah ada RM 6,000 dalam tabung tersebut. Sedikit atau banyak bukan soalnya, janji kita berjaya membina tabiat menyimpan secara konsisten. Lebih cepat kita belajar menyimpan, lebih cepat kita boleh mula melabur.

Panduan percuma : Bagaimana Kembangkan Modal RM5,000 menjadi RM90,000 Dengan Pelaburan Saham?

6. Jangan Melabur Menggunakan Wang Simpanan Kecemasan

Melabur dengan menggunakan wang simpanan kecemasan juga adalah antara pantang larang yang perlu kita jauhi. Sekiranya wang kecemasan tersebut digunakan untuk melabur saham dan berlaku perkara yang tidak diingini, anda juga yang susah.

Wang simpanan kecemasan adalah untuk kecemasan sahaja.

7. Jangan Melabur Dalam Saham Tidak Patuh Syariah

Bagi anda yang beragama Islam, jangan sesekali melabur dalam saham yang tidak patuh syariah. Di sisi agama, perkara tersebut hukumnya haram dan wajib kita jauhinya.

Jenis-jenis saham yang tidak patuh syariah adalah tidak halal untuk dijual beli atau dimiliki untuk diurusniagakan. Contoh paling senang saham syarikat judi (Magnum Berhad).

Sehingga Mei 2021, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah isytihar 746 saham saham syarikat di Bursa Malaysia adalah patuh syariah. Pilihlah yang patuh syariah, tenang jiwa.

Baca juga Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

Akhir kata, sebagai seorang pelabur yang ingin berjaya, elakkan dari melakukan 7 pantang larang di atas. Pantang larang dalam melabur saham ini sangat penting untuk kita bermula dengan betul.


Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.