7 Tokoh Pelabur Bertaraf Bilionaire Yang Masih Lagi Hidup

Pasaran saham merupakan tempat atau lubuk membuat duit bagi orang yang sabar dan sanggup mengambil risiko untuk berjaya, serta tidak berputus asa. Ramai di kalangan kita yang ingin menjadi kaya dengan cepat, sehingga sanggup ditipu oleh skim yang menjanjjikan seribu satu janji manis yang akhirnya menjerat diri sendiri.

Dalam pasaran saham, ada sebilangan kecil yang mampu menjadi billionaire. Berikut adalah senarai para pelabur tersohor dunia yang berjaya merubah hidup mereka dalam pasaran saham.

1. Warren Buffett

Warren Buffett merupakan pelabur yang paling kaya pernah hidup di dunia. Beliau terkenal dengan gelaran pelabur “value investing” yang mana membeli saham syarikat yang betul-betul memberi pulangan kepada beliau dalam tempoh jangka masa yang lama.

Apa yang menarik mengenai beliau, walaupun beliau kekayaan mencecah $84 billion USD, beliau masih lagi tinggal di rumah yang sama yang dibeli dengan harga $31,500 USD pada tahun 1958 atau dengan $250,000 USD nilai sekarang.

Beliau membina kekayaan dengan syarikatnya yang bernama Berkshire Hathaway. Syarikat ini merupakan syarikat konglomerat keempat terbesar di dunia dan mempunyai nilai saham yang paling mahal dengan harga $306,500 USD per unit saham. Warren hanya mengamalkan dua prinsip yang perlu dipatuhi oleh CEO syarikat di bawah selianya untuk melabur dalam pasaran saham.

Pertama jangan hilang duit pelaburan, kedua jangan lupa prinsip yang pertama.

Warren juga seorang dermawan yang mana akan menderma seluruh kekayaan yang dimiliki ke dalam yayasan Melinda dan Bill Gates untuk digunakan badan kebajikan selepas kematianya iaitu sebanyak $82.5 bilion USD.

Boleh baca mengenai kisah hidup beliau dalam artikel Tak Mampu Nak Beli Saham Nestle Seunit RM140? Tahu Tak Saham Berkshire Seunit RM1.2 Juta?

2. Michael Bloomberg

Michael merupakan bekas Gabenor New York dari tahun 2002 hingga 2012. Beliau merupakan salah seorang billioanaire top 15 dunia dengan nilai kekayaan 48 billion USD.

Beliau memulakan kerjaya di Bank Salomon (sebuah syarikat pelaburan) pada tahun 1966 dan dipecat 15 tahun kemudian. Beliau kemudiannya menubuhkan Syarikat Bloomberg LP iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan data harga saham di Wall Street.

Syarikatnya kini mempunyai pekerja seramai 19,000 orang di 176 lokasi serata dunia. Dengan memiliki sebanyak 88% pegangan saham dalam syarikat tersebut. beliau juga menyediakan khidmat berita mengenai pasaran di Wall Street secara aktif.

3. George Soros

Dilahirkan di Hungary dan memiliki dua warga negara iaitu Amerika Syarikat dan Hungary. Beliau merupakan trader lagenda yang paling hebat dalam perdagangan pertukaran mata wang dunia dan pernah mengejutkan dunia dengan short trading terhadap nilai Pound Sterling yang  menyebabkan Bank England mengalami kerugian sebanyak $1 bilion Pound.

Soros juga merupakan seorang hedge fund yang berjaya di  Amerika dan merupakan pejuang hak asasi manusia yang terkenal. Nilai kekayaan yang dimiliki oleh beliau adalah sebanyak $8.3 billion USD dan merupakan seorang dermawan yang telah menderma sebanyak $32 billion USD sepanjang hidupnya.

4. Ray Dalio

Ray Dalio merupakan seorang hedge fund bagi syarikat yang diasaskanya iatu Bridgewater Association. Syarikat ini merupakan hedge fund terbesar di dunia dari segi pengurusan aset dengan nilaian sebanyak $160 bilion USD.

Ray mula berjinak dalam dunia pelaburan saham semasa usianya 12 tahun lagi. Saham pertama yang dibelinya telah memberi keuntungan kepadanya iaitu sebanyak 3 kali ganda daripada nilai asalnya.

Di antara kejayaannya yang paling menonjol adalah ketika krisis ekonomi pada tahun 2008, di mana beliau bersama dengan pasukannya berjaya meramal tentang kemerosotan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun 2008 setahun sebelumnya. Oleh sebab itu, syarikatnya dapat menangani krisis kejatuhan ekonomi dengan begitu baik sekali, kerana telah bersedia daripada awal lagi.

Ray juga seorang penulis buku dan mengeluarkan buku yang popular yang bertajuk “The Principle”, yang membahaskan bagaimana untuk membuat keputusan yang tepat di dalam hidup dan kerjaya. Nilai kekayaannya yang dimilikinya adalah sebanyak 18.6 billion USD.

5.Carl Icahn

Carl Icahn merupakan seorang pelabur yang terkenal dengan teknik membeli saham sesebuah syarikat dan menukar tampuk pengurusan syarikat dengan kuasa mengundi yang ada pada kedudukanya sebagai pemegang saham syarikat tersebut.

Beliau seorang bilionaire dengan nilai kekayaan sebanyak $17.2 USD bilion. Icahn juga seorang pelabur yang aktif dalam jual beli syarikat teknologi seperti Netflix, E-bay, Dell Computer, Time Warner dan Apple.

Beliau juga pernah hedge fund sendiri yang dibukanya pada tahun 2004, namun telah menutupnya 7 tahun kemudian.

6. James Simons

Beliau digelar bilionaire terbijak dunia oleh majalah Financial Times. Ini kerana Simmons adalah seorang bekas profesor matematik di Universiti Harvard dan MIT. Beliau merupakan pengerusi hedge fund yang diasaskannya pada tahun 1980-an yang bernama Renaissance Technologies yang mana menggunakan formula matematik untuk memilih saham yang berpotensi untuk memberi keuntungan kepada syarikatnya.

Syarikat hedge fund yang diasaskannya itu merupakan syarikat hedge fund yang secara konsisten memberi pulangan sebanyak 40% setiap tahun semenjak tahun 1988 lagi.

7. Steven A. Cohen

Seorang hedge fund yang dikategorikan sebagai manager portfolio kelas A. Beliau mula berjinak dalam pasaran saham dengan menjalankan trading saham semasa masih bergelar mahasiswa, dengan menggunakan duit yuran pengajiannya yang sepatutnya digunakan untuk membayar kos pengajian.

Semasa usia remaja, beliau melibatkan dirinya dalam permainan poker (sejenis permainan yang melibatkan perjudian) dan telah memberi gambaran mengenai pengurusan risiko dalam kewangan.

Pada tahun 1984, Cohen bekerja sebagai junior trader untuk sebuah syarikat investment bank bernama Gruntal & Co, dan dapat membuat keuntungan sebanyak $100,000 USD sehari. Pada tahun 1992, beliau membuka hedge fund sendiri yang diberi nama Point 72 Asset Management. Kini nilai kekayananya adalah sebanyak $12.9 USD bilion.

Syarikat beliau pernah didenda oleh pihak SAC kerana terlibat dalam pengaturan dalam trading saham sebuah syarikat farmaseutikal. Namun begitu, tiada dakwaan yang membuktikan Cohen turut serta dalam skandal ini

Sumber Rujukan Utama: Groww

Sumber Rujukan Kedua:

  1. https://www.forbes.com
  2. https://www.cnbc.com
  3. https://www.investopedia.com/terms/s/steve-cohen.asp
  4. https://www.businessinsider.com
  5. https://www.thestreet.com
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3M Pelaburan Saham: Formula Mudah Untuk Jadi Pelabur Yang Lebih Bijak

Ramai orang memasuki dunia pelaburan saham dengan satu impian yang sama, iaitu mahu mengembangkan simpanan dan membina kekayaan untuk masa depan. Ada yang mahu menyediakan dana persaraan, ada yang ingin menjana pendapatan pasif, manakala ada juga yang melihat pelaburan sebagai jalan untuk mencapai kebebasan kewangan.

Namun, perjalanan setiap pelabur tidak sama. Ada yang berjaya membina portfolio yang kukuh dan berkembang dari tahun ke tahun, manakala ada juga yang kecewa selepas mengalami beberapa kerugian lalu terus meninggalkan pasaran.

Persoalannya, apakah sebenarnya yang membezakan pelabur yang berjaya dengan pelabur yang mudah berputus asa?

Ramai beranggapan kejayaan bergantung kepada kebolehan memilih saham yang akan naik. Hakikatnya, memilih saham hanyalah sebahagian daripada keseluruhan proses. Kejayaan sebenar datang apabila seseorang mampu mengurus emosi, mengawal risiko dan mempunyai strategi yang jelas.

Dalam dunia pelaburan, terdapat satu konsep yang sering digunakan oleh pelabur dan pedagang berpengalaman, iaitu 3M yang merangkumi Mindset (cara berfikir), Money Management (pengurusan wang) dan Method (kaedah atau strategi pelaburan).

Ketiga-tiga elemen ini saling melengkapi. Jika salah satu daripadanya lemah, prestasi pelaburan juga boleh terjejas walaupun anda mempunyai ilmu analisis yang baik.

Mengapa Ramai Pelabur Tidak Bertahan Lama?

Tidak dinafikan, pasaran saham menawarkan peluang yang besar. Namun pada masa yang sama, ia juga penuh dengan cabaran. Ramai pelabur baharu memasuki pasaran dengan harapan dapat menggandakan modal dalam tempoh yang singkat. Mereka melihat kisah kejayaan di media sosial, membaca cerita keuntungan luar biasa dan mula percaya bahawa keuntungan besar boleh diperoleh dengan mudah.

Apabila harga saham naik, mereka berasa yakin. Apabila harga mula jatuh, keyakinan tersebut bertukar menjadi panik.

Ada yang menjual saham pada harga rugi kerana takut kerugian menjadi lebih besar. Ada pula yang terus memegang saham walaupun asas syarikat sudah berubah hanya kerana berharap harga akan kembali ke paras asal. Semua ini berlaku kerana keputusan dibuat berdasarkan emosi, bukannya disiplin. Di sinilah pentingnya konsep 3M.

M Pertama: Mindset – Cara Berfikir Menentukan Cara Melabur

Mindset merupakan asas kepada setiap keputusan pelaburan. Pelabur yang mempunyai mindset yang betul memahami bahawa pelaburan bukan satu jalan pintas untuk menjadi kaya.

Sebaliknya, ia merupakan proses membina kekayaan secara berperingkat melalui keputusan yang konsisten. Pelabur yang berjaya biasanya mempunyai beberapa cara berfikir yang hampir sama.

Mereka menerima hakikat bahawa kerugian adalah sebahagian daripada pelaburan. Mereka tidak menganggap setiap transaksi perlu menghasilkan keuntungan. Mereka juga tidak mengejar setiap saham yang sedang meningkat kerana sedar bahawa peluang sentiasa wujud di pasaran.

Contoh Situasi

Bayangkan Ahmad dan Hafiz membeli saham syarikat yang sama. Ahmad membeli kerana melihat ramai orang berkongsi keuntungan di media sosial. Hafiz pula membeli selepas membuat kajian terhadap laporan kewangan syarikat, prospek industri dan tahap penilaian saham.

Beberapa minggu kemudian, harga saham turun sebanyak 12%. Ahmad mula panik lalu menjual saham tersebut kerana takut kerugian bertambah. Hafiz pula menyemak semula sebab asal beliau membeli saham tersebut. Beliau mendapati asas syarikat masih kukuh dan kejatuhan harga hanya disebabkan sentimen pasaran. Beliau memilih untuk terus memegang pelaburan tersebut. Beberapa bulan kemudian, harga saham kembali meningkat. Perbezaan hasil mereka bukan kerana memilih saham yang berbeza, tetapi kerana mempunyai mindset yang berbeza.

Elakkan Mentaliti Mahu Cepat Kaya

Salah satu kesilapan terbesar pelabur baharu ialah terlalu mengejar keuntungan yang pantas.

Mereka sering bertanya:

“Saham apa yang boleh naik 100% dalam masa beberapa bulan?”

Soalan seperti ini menunjukkan fokus diberikan kepada keuntungan semata-mata.

Pelabur yang berpengalaman pula lebih banyak bertanya:

  • Adakah syarikat ini mempunyai prospek jangka panjang?
  • Adakah harga semasa masih menarik?
  • Apakah risiko yang mungkin dihadapi?

Mereka memahami bahawa pulangan yang konsisten dalam tempoh yang panjang jauh lebih bernilai berbanding keuntungan besar yang hanya berlaku sekali-sekala.

M Kedua: Money Management – Lindungi Modal Sebelum Mengejar Keuntungan

Ramai pelabur menghabiskan masa mempelajari cara memilih saham. Namun tidak ramai benar-benar belajar cara mengurus modal.

Hakikatnya, modal ialah aset paling penting dalam pelaburan. Tanpa modal, tiada peluang untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang muncul pada masa hadapan.

Gunakan Wang Lebihan

Pelaburan sentiasa mempunyai risiko.

Oleh itu, wang yang digunakan mestilah wang lebihan dan bukannya wang yang diperlukan untuk:

  • ansuran rumah,
  • perbelanjaan keluarga,
  • dana kecemasan,
  • atau yuran pendidikan anak.

Menggunakan wang keperluan akan menyebabkan emosi mudah terganggu apabila pasaran mengalami kejatuhan. Pelabur akan lebih cenderung membuat keputusan terburu-buru kerana bimbang wang tersebut diperlukan dalam masa terdekat.

Jangan Letakkan Semua Modal Pada Satu Pelaburan

Bayangkan anda mempunyai modal sebanyak RM30,000. Anda menggunakan keseluruhan modal tersebut untuk membeli satu saham kerana yakin ia akan naik. Beberapa minggu kemudian, syarikat mengumumkan keputusan kewangan yang kurang memberangsangkan.

Harga saham jatuh sebanyak 20%. Kini portfolio anda telah susut sebanyak RM6,000. Lebih membimbangkan, anda tidak lagi mempunyai tunai untuk membeli saham lain yang mungkin menawarkan peluang lebih baik. Pelabur yang bijak biasanya akan membahagikan modal kepada beberapa bahagian bagi mengurangkan risiko.

Tetapkan Had Risiko

Pelabur yang berjaya sentiasa mengetahui jumlah kerugian maksimum yang sanggup mereka tanggung.

Sebelum membeli saham, mereka sudah mempunyai pelan seperti:

  • Pada harga berapa akan membeli.
  • Pada harga berapa akan menjual jika mencapai sasaran.
  • Pada harga berapa akan keluar sekiranya pelaburan tidak menjadi.

Dengan cara ini, keputusan dibuat mengikut perancangan, bukannya dipengaruhi emosi.

M Ketiga: Method – Mempunyai Sistem Yang Konsisten

Elemen terakhir ialah Method atau kaedah pelaburan. Ramai pelabur sering menukar strategi. Hari ini menggunakan analisis fundamental. Esok menggunakan analisis teknikal.

Lusa membeli saham kerana mendengar khabar angin. Keputusan yang tidak konsisten akan menghasilkan prestasi yang tidak konsisten. Pelabur yang berjaya biasanya mempunyai satu sistem yang jelas dan mereka berdisiplin mengikutinya.

Pilih Strategi Yang Sesuai Dengan Objektif

Tidak semua pelabur mempunyai matlamat yang sama. Ada yang mahu membina pendapatan dividen. Ada yang mahu melabur untuk persaraan. Ada juga yang lebih gemar melakukan swing trading.

Oleh itu, pilihlah strategi yang sesuai dengan:

  • matlamat kewangan,
  • tempoh pelaburan,
  • masa yang boleh diperuntukkan,
  • tahap pengalaman,
  • dan toleransi risiko.

Jangan meniru strategi orang lain tanpa memahami sebab di sebalik strategi tersebut.

Sentiasa Nilai Semula Strategi

Pasaran saham sentiasa berubah. Strategi yang berkesan ketika ekonomi berkembang mungkin perlu disesuaikan apabila ekonomi memasuki fasa perlahan.

Pelabur yang baik sentiasa menilai semula strategi mereka berdasarkan perubahan keadaan pasaran dan bukannya kekal dengan pendekatan yang sama selama-lamanya.

3M Perlu Bergerak Serentak

Ramai pelabur hanya memberi perhatian kepada satu aspek sahaja. Ada yang sangat mahir membaca laporan kewangan tetapi gagal mengawal emosi. Ada yang mempunyai modal besar tetapi terlalu tamak sehingga mengambil risiko berlebihan. Ada pula yang mempunyai disiplin yang tinggi tetapi tidak mempunyai strategi pelaburan yang jelas.

Hakikatnya, ketiga-tiga elemen ini perlu bergerak bersama. Bayangkan sebuah meja yang mempunyai tiga kaki. Jika satu kaki patah, meja tersebut tidak lagi stabil. Begitu juga dalam pelaburan.

Mindset membantu mengawal emosi. Money Management melindungi modal. Method pula menjadi panduan membuat keputusan. Apabila ketiga-tiganya digabungkan, peluang untuk mencapai prestasi yang konsisten akan menjadi lebih tinggi.

Contoh Situasi Seorang Pelabur

Sarah dan Imran masing-masing mempunyai modal RM50,000. Kedua-duanya memilih saham yang hampir sama.

Sarah menetapkan had risiko bagi setiap pelaburan, menggunakan wang lebihan dan hanya membeli saham selepas membuat analisis yang lengkap.

Imran pula membeli berdasarkan cadangan daripada rakan dan menggunakan hampir keseluruhan modal dalam satu kaunter.

Apabila pasaran mengalami pembetulan, Sarah hanya mengalami kerugian kecil dan masih mempunyai tunai untuk membeli saham berkualiti pada harga lebih rendah.

Imran pula panik kerana hampir keseluruhan modalnya terjejas.

Setahun kemudian, portfolio Sarah berkembang secara konsisten manakala Imran masih berusaha memulihkan kerugian. Bezanya bukan pada jumlah modal atau saham yang dipilih, tetapi pada bagaimana mereka menguasai 3M.

Teruskan Belajar dan Perbaiki Diri

Pelaburan saham bukan kemahiran yang dipelajari dalam sehari. Ia memerlukan masa, pengalaman dan kesediaan untuk terus belajar.

Pelabur yang berjaya sentiasa menambah ilmu melalui pembacaan, menghadiri seminar, mengikuti perkembangan ekonomi dan menganalisis kesilapan yang pernah dilakukan.

Setiap pengalaman, sama ada untung atau rugi, boleh menjadi guru terbaik jika kita sanggup belajar daripadanya.

Kesimpulan

Ramai orang menyangka kejayaan dalam pelaburan saham bergantung kepada kebolehan mencari saham yang bakal melonjak naik. Walaupun kemahiran memilih saham penting, ia hanyalah sebahagian daripada keseluruhan proses membina portfolio yang berjaya.

Pelabur yang benar-benar konsisten memahami bahawa kejayaan jangka panjang dibina melalui tiga elemen utama, iaitu Mindset, Money Management dan Method. Cara berfikir yang betul membantu mengawal emosi ketika pasaran tidak menentu. Pengurusan wang yang baik memastikan modal sentiasa dilindungi walaupun berdepan kerugian. Kaedah pelaburan yang jelas pula membolehkan setiap keputusan dibuat berdasarkan analisis, bukannya spekulasi.

Akhir sekali, jangan terlalu mengejar keuntungan dalam masa yang singkat sehingga mengabaikan asas pelaburan. Sebaliknya, luangkan masa untuk membina disiplin, memperkukuh ilmu dan menguasai 3M. Apabila ketiga-tiga elemen ini menjadi sebahagian daripada cara anda melabur, peluang untuk menjadi pelabur yang lebih tenang, konsisten dan berjaya dalam jangka panjang akan menjadi jauh lebih besar.