8 Cara Mencipta Strategi Sendiri Dalam Pelaburan Saham

Biasaannya pelabur atau pedagang baru (newbie) lebih gemar mengkaji strategi candlestick yang lebih sukar berbanding mencari strategi yang sesuai dengan diri sendiri.

Ada juga yang berkata, “buat apa guna strategi sendiri, kan lebih mudah kalau kita ikut sifu-sifu yang dah berjaya!”

Ya. sifu atau trader yang berjaya, mereka suka kongsikan teknik dan cara yang mereka gunakan. Tetapi tiada yang pasti dalam pasaran saham atau boleh menjamin ianya akan sentiasa mendatangkan keuntungan.

Ini kerana setiap orang berbeza cara, pandangan, latar belakang dan yang paling penting sekali adalah emosi. Disebabkan inilah kita kena kenal diri kita sendiri dan mencipta strategi yang kena dengan jiwa kita.

Berikut adalah 8 pendekatan terbaik dalam membentuk strategi pelaburan saham: 

1. Pilih Saham Yang Sesuai

Terlalu banyak tempat dan peluang yang ada. Kita ada saham, waran, blue chip, penny stock, growth stock, dividend stock dan bermacam-macam lagi.

Ada orang dengan modal kecil, lebih suka beli saham-saham penny stock – kerana potensi kenaikan harga saham yang cepat. Tapi kena ingat, turun pun cepat.

Berbanding dengan saham di atas RM1, kenaikan dan penurunan harga saham tak begitu ketara. Saham yang ‘mahal’ juga kurang dimanipulasi harganya.

Baca: Jom Kenali 6 Kategori Saham Yang Ada

2. Letakkan Jangka Masa

Salah satu perkara yang sukar ditentukan adalah jangka masa pegangan dagangan yang sesuai. Sama ada Intraday (beli dan jual pada hari yang sama), BTST (beli hari ini dan jual esok hari), Swing (beli hari ini dan jual minggu depan atau Long Term (peram berbulan-bulan atau bertahun-tahun).

Bagi mereka yang mempunyai masa lapang, boleh cuba trade Intraday. Kelebihan bagi mereka yang minat intraday, mereka akan dapat tindak balas dan hasil yang lebih cepat berbanding Swing atau Long Term. Malah teknik yang ada pada intraday mampu membantu Time Frame untuk kita Swing dan Long Term.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk fokus terhadap pelaburan, kita boleh belajar bagaimana untuk menentukan teknik yang sesuai dengan diri sendiri untuk tempoh masa yang lebih panjang.

3. Pilih Satu Atau Dua Candlestick Yang Mampu Menentukan Kekuatan Trend Atau Peluang

Jangan sesekali trade menggunakan indikator ‘Buy Call Sifu’. Bila sifu-sifu atau otai-otai kata beli, ramai yang membeli.

Sebaliknya cuba tanya diri sendiri, “Kenapa otai-otai menyarankan untuk membelinya? Apakah tanda-tanda atau indikatornya?”

“Risk comes from not knowing what you are doing”

– Warren Buffet

Belajar dan kenali jenis-jenis chart pattern terlebih dahulu, sebagai contoh DOJI. Ada Doji yang membawa tanda menurun (bear), ada yang membawa tanda kenaikan (bullish).

Tentukan satu atau dua candlestick yang boleh membantu bagi menentu menilai kekuatan pasaran. (iaitu trend menaik atau menurun)

Tambahan juga, bagi menguatkan hujah sendiri pada candlestick, gunakan teknik seperti trend line.

Baca: 4 Elemen Penting Untuk Kita Membaca ‘Candlestick’ Saham

4. Pilih Satu Atau Dua Indikator Yang Mampu Menentukan Peluang Untuk Membeli (Entry Trigger)

Jangan sesekali membeli dengan ‘membabi buta’, pilih satu atau dua indikator yang kita betul-betul mahir dengannya sebagai permulaan.

Kedua-dua corak candlestick dan indikator adalah pencetus yang sangat berguna sewaktu membeli. Sekiranya anda lebih suka penunjuk, Stochastic dan Moving Average (MA), pastikan benar-benar yakin baru beli. 

Baca: Ilmu Technical Analysis: Relative Strength Index (RSI)

5. Rancang Untuk Jual (Exit Trigger)

Merancang tempat jual seperti agak mudah untuk dilakukan, namun sukar untuk di atasi kerana faktor emosi dan perasaan. Apabila saham yang dibeli sudah rugi tetapi perasaan kata boleh pergi lagi ni, kita sekarang menggunakan teknik harapan.

Ini kerana pasaran mampu untuk melawan trader bilis macam kita, akan tetapi trader bilis tak mampu melawan arus market. Salah satu teknik yang terbaik adalah dengan menggunakan Stop Loss.

Baca: Cut Loss Dalam Pelaburan Saham

Dalam masa yang sama, kita kena rancang tempat jual ketika mendapat profit atau bila dah cecah Target Price, kerana pasaran tidak akan selamanya menaik. Oleh itu, tentukan tempat mengambil keuntungan.

6. Kenali Kemampuan Untuk Menanggung Risiko

Setelah strategi beli dan jual disusun dengan baik, maka di sinilah terdapat jurang yang membezakan kemampuan seseorang dalam menanggung risiko, kerana gaya setiap orang di dalam pelaburan tidak sama. Setiap orang adalah unik.

Di antara perkara yang membezakan kita adalah:

  • Tahap keberaniaan dalam menanggung kerugian
  • Tahap kerajinan mengkaji
  • Tahap aliran tunai
  • Tahap kerakusan dalam mengambil risiko

Cara paling mudah untuk mengurangkan risiko adalah meletakkan tahap kesanggupan modal untuk rugi setiap kali kita melabur.

Apabila tahap keberanian dan kerakusan semakin tinggi, barulah mengorak langkah untuk menggandakan risiko dengan menambah pegangan.

Baca: Risiko Dalam Pelaburan

7. Tuliskan Langkah-Langkah Dan Peraturan Trading

Pada tahap ini strategi kita untuk trading seharusnya mudah difahami dan mudah untuk diingati.

Semasa melalui proses menjadi seorang trader, terlalu banyak input yang kita akan terima. Bagi mengurangkan keraguan dan mengenalpasti kelemahan, tulis kaedah dan cara sendiri.

Ianya berguna untuk kita terus-menerus memperbaiki kelemahan yang ada.

Baca: Anda Wajib Ada Trading Plan Sebelum Membeli Apa-Apa Pun Saham

8. Kaji Dan Perbaharui Semula Strategi

Kadangkala, beberapa trading pertama tidak sentiasa menjadi. Akan tetapi, dengan mengkaji semula strategi dan mengenali kelemahan serta memperbaikinya, ianya pasti berupaya untuk mendatangkan keuntungan.

Langkah terakhir ini kita kena buat berterusan, walaupun sudah menjadi seorang pelabur dan pedagang yang berjaya.

Apa yang penting, kita kena cuba jaya sehingga menjumpai style dan cara trading sendiri. Teruskan usaha dan semoga konsisten dalam mencapai kejayaan dalam pasaran saham.

Mengenali candlestick merupakan salah satu kunci untuk menyelamatkan diri dari kerugian dan terbang bersama profit. Sebagai trader berhati-hati dan perhatikanlah candlestick apa yang memberi indikator untuk masuk atau keluar kaunter.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman (MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA MILIKI DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

 BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

 https://thekapital.my/candlesticksaham
 https://thekapital.my/candlesticksaham
 https://thekapital.my/candlesticksaham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pinduoduo: Ancaman Baharu kepada Shopee dan MR DIY?

Selama ini, pengguna Malaysia sudah terbiasa membeli barangan murah melalui Shopee. Untuk barangan rumah, aksesori, perkakasan dan keperluan harian pula, MR DIY menjadi antara pilihan utama pengguna yang mementingkan harga berpatutan.

Tetapi kini, muncul satu lagi pemain yang berpotensi mengubah landskap persaingan tersebut: Pinduoduo.

Platform e-dagang dari China ini mula menjalankan kempen khusus untuk pengguna Malaysia pada Disember 2025. Menjelang Mac dan April 2026, aplikasinya semakin mendapat perhatian apabila pengguna berkongsi penemuan produk yang dijual pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran tempatan.

Menurut laporan The Edge Malaysia pada September 2026, seorang pengguna membeli krim pada harga RM8 berbanding lebih RM24 di pasaran tempatan. Seorang lagi membeli 30 gulung tisu tandas pada harga RM20.

Malah, laporan yang sama membandingkan harga selipar di kedai fizikal, sekitar RM16 dengan produk serupa di Pinduoduo pada harga RM3.50. Perbezaan harganya kira-kira 78%!

Ini bukan lagi sekadar persaingan antara dua aplikasi membeli-belah. Ia membuka persoalan lebih besar tentang bagaimana produk dihasilkan, diedarkan dan dijual kepada pengguna.

1. Apa sebenarnya kelebihan Pinduoduo?

Pinduoduo diasaskan di China pada 2015 dan syarikat induknya, PDD Holdings, disenaraikan di Nasdaq pada 2018.

Model perniagaannya menggabungkan beberapa pendekatan yang menarik.

Pertama, platform ini menghubungkan pengguna dengan rangkaian pengeluar dan penjual, termasuk pengeluar yang mampu membekalkan barangan pada kos rendah.

Kedua, Pinduoduo membangunkan model social commerce, termasuk pembelian berkumpulan atau team purchase. Pengguna boleh berkongsi tawaran dengan orang lain bagi mendapatkan harga yang lebih menarik.

Ketiga, platform ini memanfaatkan skala permintaan. Apabila ramai pengguna membeli produk yang sama, penjual mempunyai peluang untuk meningkatkan jumlah jualan dan mengoptimumkan kos pengeluaran serta pengedaran.

Walau bagaimanapun, harga murah bukan bermaksud semua produk semestinya lebih berkualiti rendah atau setiap produk pasti lebih murah daripada Shopee. Pengguna masih perlu membandingkan spesifikasi, kualiti, kos penghantaran dan syarat pembelian.

2. Berapa murah produk Pinduoduo berbanding pasaran tempatan?

Laporan The Edge Malaysia memberikan beberapa contoh yang menunjukkan jurang harga yang ketara.

ProdukHarga di PinduoduoHarga perbandingan tempatan
KrimRM8Lebih RM24
30 gulung tisu tandasRM20Dilaporkan 30%–40% lebih murah berbanding kedai runcit tempatan
SeliparRM3.50Sekitar RM16 di kedai fizikal

Sumber: The Edge Malaysia, September 2026. Harga ialah contoh yang dilaporkan, bukan purata harga pasaran atau perbandingan bagi semua produk.

Bagi selipar, perbezaan RM12.50 bersamaan kira-kira 78.1% daripada harga runcit RM16.

Namun, perbandingan ini perlu dilihat secara berhati-hati. Produk yang kelihatan serupa mungkin berbeza dari segi bahan, ketahanan, spesifikasi, jaminan dan kos selepas jualan.

Selain itu, laporan tersebut menyatakan bahawa penghantaran percuma melalui laluan laut boleh mengambil masa sekitar 15 hingga 30 hari untuk transit, tidak termasuk keseluruhan proses pemenuhan pesanan.

Maka, pengguna sebenarnya membuat pertukaran antara harga dengan masa menunggu dan kemudahan mendapatkan produk.

3. Adakah Shopee berada dalam bahaya?

Shopee bukan pemain kecil yang mudah diketepikan.

Shopee dikendalikan oleh Sea Limited, syarikat teknologi yang turut mempunyai perniagaan permainan digital Garena serta perkhidmatan kewangan digital Monee.

Berdasarkan keputusan kewangan tahun penuh 2025, Sea Limited mencatatkan:

  • Hasil kumpulan sebanyak US$22.9 bilion, meningkat 36.4% berbanding 2024.
  • Keuntungan bersih sebanyak US$1.6 bilion, berbanding US$447.8 juta pada 2024.
  • Shopee merekodkan nilai barangan kasar atau GMV sebanyak US$127.4 bilion, meningkat 26.8%.
  • Hasil Shopee mencapai US$16.6 bilion, meningkat 33.4%.
  • Shopee mempunyai kira-kira 400 juta pembeli aktif dan 20 juta penjual sepanjang 2025.

Angka ini menunjukkan bahawa Shopee masih mempunyai skala operasi yang besar.
Sumber: Sea Limited, keputusan kewangan 2025.

Tetapi skala besar tidak bermaksud tiada tekanan persaingan.

Shopee perlu mengekalkan keseimbangan antara harga yang menarik, kos penghantaran, subsidi promosi, komisen penjual dan keuntungan platform.

Jika pengguna mula membandingkan setiap produk dengan harga terus dari China, penjual yang bergantung kepada produk generik mungkin berdepan tekanan margin keuntungan.

Sebahagian penjual juga mungkin perlu mengurangkan harga, mencari pembekal lebih kompetitif atau menawarkan produk yang mempunyai nilai tambah.

Dalam jangka panjang, persaingan bukan hanya tentang siapa yang mempunyai aplikasi paling popular, tetapi siapa yang mampu menawarkan gabungan harga, kualiti, penghantaran dan pengalaman pelanggan yang paling menarik.

4. Bagaimana pula dengan MR DIY?

Bagi MR DIY, ancamannya berbeza daripada Shopee.

MR DIY mempunyai rangkaian kedai fizikal dan menawarkan pelbagai barangan perkakasan, aksesori rumah, produk dapur, alat tulis serta keperluan harian.

Pengguna boleh datang ke kedai, melihat barangan dan membawanya pulang pada hari yang sama. Kelebihan ini tidak mudah digantikan oleh penghantaran rentas sempadan yang mengambil masa lebih lama.

Namun, terdapat kategori produk yang lebih mudah dibandingkan dari segi harga, seperti bekas penyimpanan, aksesori dapur, barangan plastik, hiasan rumah dan peralatan kecil.

Jika produk serupa boleh diperoleh pada harga yang jauh lebih rendah melalui platform luar negara, sebahagian pengguna mungkin mengubah tabiat membeli-belah mereka.

Prestasi kewangan MR DIY masih menunjukkan pertumbuhan

Bagi tahun kewangan 2025, MR DIY mencatatkan:

  • Hasil sebanyak RM4.95 bilion, berbanding RM4.65 bilion pada 2024.
  • Keuntungan bersih sebanyak RM632.69 juta, berbanding RM568.94 juta pada 2024.
  • Rangkaian sebanyak 1,556 cawangan, meningkat 8.4% berbanding tahun sebelumnya.
  • Jumlah transaksi sebanyak 197.8 juta, meningkat 8.2%.
  • Purata nilai setiap bakul pembelian menurun 1.6%.

Angka tersebut dilaporkan oleh Bernama berdasarkan keputusan kewangan MR DIY.
Sumber: BernamaBiz, Februari 2026.

Data ini penting kerana ia menunjukkan bahawa MR DIY masih berkembang ketika persaingan e-dagang semakin sengit.

Penurunan purata nilai bakul pembelian pula tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan Pinduoduo. Ia hanya satu petunjuk yang wajar diperhatikan bersama faktor lain seperti strategi harga, campuran produk dan keadaan pengguna.

Bagi MR DIY, cabarannya ialah memastikan pengguna masih mempunyai sebab untuk membeli di kedai fizikal walaupun terdapat alternatif lebih murah dalam talian.

5. Berapa harga saham PDD Holdings, Sea Limited dan MR DIY?

Jika mahu melihat isu ini daripada perspektif pelaburan, tiga saham yang boleh diperhatikan ialah PDD Holdings di Nasdaq, Sea Limited di New York Stock Exchange dan MR DIY di Bursa Malaysia.

Berikut ialah harga penutupan pada 23 Oktober 2026.

SyarikatKod sahamHarga penutupanPasaran
PDD HoldingsNASDAQ: PDDUS$79.04Amerika Syarikat
Sea LimitedNYSE: SEUS$74.63Amerika Syarikat
MR DIY GroupBursa: 5296RM1.15Malaysia

Sumber: StockAnalysis, Sea Limited Investor Relations dan The Star Market Watch. Harga dalam mata wang asal dan bukan harga masa nyata.

Saham PDD Holdings, syarikat induk kepada Pinduoduo dan Temu, pernah mencecah paras tertinggi 52 minggu pada US$139.41 pada 29 Oktober 2025. Namun, pada 23 Oktober 2026, sahamnya ditutup pada US$79.04, iaitu penurunan sekitar 43.3% daripada paras tertinggi tersebut. Berdasarkan semakan terkini pada Oktober 2026, saham PDD Holdings diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah oleh beberapa platform saringan saham Islam seperti Musaffa dan HalalScreener.

Ini bermakna harga penutupannya kira-kira 43.3% di bawah paras tertinggi 52 minggu yang dipaparkan. Walau bagaimanapun, pergerakan tersebut tidak boleh dianggap berpunca daripada persaingan di Malaysia kerana PDD Holdings mempunyai operasi besar di China dan turut mengendalikan Temu.

Bagi Sea Limited, harga penutupannya ialah US$74.63. Sea turut mempunyai pendedahan kepada permainan digital dan perkhidmatan kewangan, jadi prestasi sahamnya tidak mencerminkan Shopee sahaja.

Sementara itu, saham MR DIY ditutup pada RM1.15, penurunan 25.81% sejak awal tahun (YTD), bersamaan susut RM0.40 sesaham daripada RM1.55 pada awal tahun.

Nota: Ketiga-tiga saham ini tidak boleh dibandingkan secara terus berdasarkan harga seunit. Jumlah saham diterbitkan, struktur modal, mata wang, pertumbuhan keuntungan dan penilaian pasaran mereka berbeza. Harga saham yang menurun juga tidak membuktikan bahawa Pinduoduo telah menjejaskan prestasi kewangan pesaingnya.

6. PDD Holdings sendiri mencatatkan hasil lebih RMB400 bilion

Saiz perniagaan syarikat induk Pinduoduo turut menjelaskan mengapa model perniagaannya wajar diberi perhatian.

Bagi tahun kewangan 2025, PDD Holdings melaporkan:

  • Hasil sebanyak RMB431.85 bilion, meningkat kira-kira 9.7% berbanding 2024.
  • Keuntungan bersih sebanyak RMB97.84 bilion, menurun daripada RMB112.43 bilion pada 2024.

Angka ini merangkumi perniagaan kumpulan PDD Holdings, termasuk Pinduoduo dan Temu, bukannya prestasi Pinduoduo di Malaysia sahaja. Sumber: Laporan tahunan PDD Holdings 2025 kepada SEC.

Hasil yang besar memberikan gambaran tentang skala operasi kumpulan tersebut. Namun, penurunan keuntungan bersih pada 2025 menunjukkan bahawa pertumbuhan hasil tidak semestinya membawa kepada pertumbuhan keuntungan pada kadar yang sama.

Bagi pelabur, perkara yang lebih penting ialah sama ada syarikat dapat mengekalkan pertumbuhan, mengurus kos, mempertahankan margin dan memenuhi keperluan kawal selia di pasaran yang diceburinya.

7. Isu lebih besar: Adakah semua pemain bersaing di padang yang sama?

Persaingan harga bukan semata-mata isu antara platform e-dagang.

Peniaga tempatan perlu menanggung pelbagai kos, termasuk sewa premis, gaji pekerja, caruman berkanun, pergudangan, pengedaran dan pematuhan peraturan yang berkaitan.

Penjual yang menghantar barangan terus dari luar negara mungkin mempunyai struktur kos yang berbeza. Perbezaan ini boleh memberi kesan kepada harga yang mampu ditawarkan kepada pengguna.

Dalam laporan September 2026, The Edge Malaysia mengetengahkan kebimbangan pemain industri tentang kesamarataan syarat persaingan, termasuk isu pematuhan dan struktur kos.

Pada masa yang sama, pengguna mendapat manfaat daripada pilihan yang lebih banyak dan harga yang lebih kompetitif.

Cabaran kepada pihak berkuasa ialah memastikan peraturan dilaksanakan secara adil tanpa menafikan manfaat e-dagang rentas sempadan kepada pengguna.

Bagi peniaga Malaysia, jawapannya juga bukan sekadar meminta perlindungan daripada pesaing luar. Mereka perlu meningkatkan produktiviti, memperkukuh jenama, memperbaiki pengalaman pelanggan dan membangunkan produk yang tidak mudah digantikan oleh barangan generik.

Kesimpulan: Persaingan baharu bukan lagi sekadar siapa menjual paling murah

Kehadiran Pinduoduo memberi isyarat bahawa persaingan runcit semakin merentas sempadan.

Shopee mempunyai skala pembeli dan penjual yang besar. MR DIY mempunyai rangkaian kedai fizikal serta kemudahan pembelian segera. Pinduoduo pula membawa pendekatan yang menekankan harga rendah dan hubungan terus antara pengguna dengan penjual.

Ketiga-tiganya mempunyai kekuatan dan cabaran yang berbeza.

Bagi pengguna, perkembangan ini membuka lebih banyak pilihan. Bagi peniaga dan pelabur, ia menimbulkan persoalan tentang kemampuan mengekalkan margin keuntungan apabila pengguna semakin mudah membandingkan harga di seluruh dunia.

Akhirnya, syarikat yang mampu menggabungkan harga kompetitif, kualiti, kemudahan, kepercayaan dan keuntungan yang mampan akan mempunyai kedudukan lebih baik dalam persaingan jangka panjang.

Persoalannya, adakah peniaga tempatan mampu menyesuaikan diri dengan era harga terus dari China, atau mereka akan terus bersaing menggunakan model perniagaan yang sama?

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global (China, Hong Kong, Singapura, Indonesia)

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.