“Cut Loss” Dalam Pelaburan Saham

Sudah menjadi lumrah, dalam pelaburan sememangnya tidak lari daripada risiko untuk rugi. Perkara asas bagi pelaburan saham adalah “take action” untuk membeli (buy) dan menjual (sell).

Untuk menjadi pelabur saham yang hebat, kita harus mampu mengenal pasti 4 perkara penting:

  • harga semasa
  • waktu untuk entry (buy)
  • target harga untuk jual semula sekiranya untung
  • berapa kesanggupan untuk rugi sekiranya jatuh menjunam supaya tidak semakin melarat

Ianya juga dikenali sebagai Trading Plan. Anda Wajib Ada Trading Plan Sebelum Membeli Apa-Apa Pun Saham dan 5 Sebab Kenapa Perlu Ada Trading Plan.

Katakan kita membeli saham XYZ:

  • Harga semasa = 1.000
  • Harga beli (Buy) = 1.100
  • Jual sekiranya harga turun (Cut loss) = 0.950
  • Harga jual sekiranya untung (Target price) = 1.250

Jadi, salah satu cara paling selamat dan terbukti efektif adalah dengan melakukan proses cut loss.

Apa Itu Cut Loss?

Cut Loss bermakna memotong (cut) kerugian (loss), dan merupakan suatu tindakan dilakukan oleh trader untuk menghentikan kerugian dalam pelaburan yang telah dilakukan. Dalam bahasa mudah, satu had untuk jual semula saham sekiranya harga menjunam.

Gelaran ini sangat popular di kalangan otai trader, dengan cara menjual saham yang sedang mengalami pergerakan nilai harga menurun berulang kali atau kerugian, ianya mampu untuk menyelamatkan poket kita daripada hangus kesemuanya.

Contoh: Ketika kita sedang melakukan transaksi entry (BUY) pada 1.500 dengan kajian dan menjangka bahawa saham ini ada potensi untuk naik (Profit), malangnya syarikat ini mengalami penurunan nilai sehingga ke paras 1.400 dan memerlukan Cut Loss supaya kerugian tidak terlalu besar.

Tambahan pula, Cut loss juga membantu mengawal emosi dari membeli dan menjual mengikut perasaan atau membalas dendam disebabkan kerugian yang pernah dialami dengan menggunakan firasat menyangka.

Warren Buffet ada berkata:

 “If you cannot control your emotions, you cannot control your money”

Terdapat 2 teknik popular yang digunakan oleh trader-trader dalam menentukan titik cut loss.

1. Cut Loss Pada Harga Beli

Teknik ini biasanya digunakan apabila harga saham telah mencecah Target Price (TP) untuk kita jual, malangnya pergerakan menaik sedikit kemudian menjunam disebabkan faktor tertentu. Kita pula menjualnya semula pada harga yang kita beli. Ini bagi mengelakkan kerugian menjadi besar.

Cara ini tidak terlalu fleksibel kerana tidak dapat mempertimbangkan pergerakan harga saham dengan tepat.

2. Cut Loss Pada Paras Support

Cut loss juga boleh dilakukan berdasarkan kepada paras support. Apabila kerugian telah mencecah 5% atau 10% daripada modal pelaburan kita atau atau dah cecah harga support.

Dalam teknik ini juga, kita boleh menghadkan support yang pertama dan support yang kedua sebagai “backup support”.

Bagaimana Proses Cut Loss Dalam Pelaburan Saham?

Terdapat 2 cara dalam proses cut loss :

1. Langkah-langkah menjual (Cut Loss) Secara Automatik

  • Login CDS sebagai contoh saya menggunakan platform MPLUS
  • Pastikan ada memegang salah satu saham tertentu. Sebagai contoh saham MYEG
  • Tekan pada butang sell yang terletak di platform masing-masing.
  • Pastikan saham yang hendak dijual adalah saham yang anda miliki (contoh seperti yang di dalam kotak merah)
  • Tukar cara penggunaan daripada Limit kepada Stop Limit.
  • STOP PRICE adalah bahagian di mana anda masukkan harga paras cut loss. PRICE pula merujuk kepada had harga yang anda sanggup jual. Sekiranya anda masih keliru, masukkan sahaja harga yang sama seperti Stop Price, atau di bawah harga Stop Price.
  • Sesudah selesai mengisi semua yang kita inginkan Qty, Price, Stop Price Validity, Good Till, Type Sell). Klik Send Now, dan masukkan nombor pin trading berserta confirmkan order. Prosesnya sama sahaja seperti pembelian sebelum ini. 

2. Langkah-langkah menjual (Cut Loss) Secara Manual

  • Step 1, 2, 3, 4 sama seperti Cut Loss Automatik, Cuma pada step yang terakhir, tukar cara penggunaan Stop Limit kepada Limit.
  • Sesudah selesai mengisi semua yang diinginkan Qty, Price, Stop Price Validity, Good Till, Type Sell). Klik send now, kemudian masukkan nombor pin trading dan confirmkan order. Prosesnya sama sahaja seperti pembelian sebelum ini.

Kesimpulannya, jika keputusan yang diambil adalah tepat, bermakna kita sudah berjaya mengurangkan kerugian dalam pelaburan.

Akan tetapi, sekiranya keputusan cut loss yang dilakukan adalah salah, bermakna kita telah mensia-siakan peluang keemasan. Kerana pada kebiasaannya, bila kita jual saja saham tersebut, ianya akan naik, dan kita akan cuba untuk melakukan entry dalam keadaan emosi yang tidak stabil, terburu-buru dan anda berkemungkinan besar akan mengalami kerugian.

Selain daripada M+, ada lagi beberapa broker yang mempunyai fungsi Cut Loss ini. Boleh rujuk Senarai Trading Platform Yang Ada Fungsi “Stop Loss” untuk tahu lebih lanjut.

Previous ArticleNext Article

2 Comments

  1. Bolehkah saya set “cut loss” dan “take profit” secara serentak pada saham yg saya beli? Wujudkan Trading platform yang membolehkan “cut loss” dan “take profit” di set kan secara serentak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bahan Asas: Permulaan Tahun Yang Kukuh

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: Press Metal (PMAH)

Perolehan bagi syarikat-syarikat yang kami kaji rata-ratanya mencapai anggaran yang ditetapkan semasa suku tahun terbaru ini. Kami terus memandang positif akan prospek untuk aluminium disebabkan oleh harga yang meninggi – didorong oleh kekurangan bekalan jangka panjang. Walaupun kami masih memandang positif akan prospek Malayan Cement (LMC) oleh sebab tahap kecekapan yang semakin baik, hal ini mungkin dilemahkan oleh kesan daripada kos arang batu lebih mahal, yang sepatutnya mula dirasai pada FY27. Permintaan untuk simen mungkin akan mengalami penurunan kecil akibat kegiatan industri yang mungkin lebih lemah, disebabkan oleh tekanan inflasi.

Purata harga LME sekarang mencecah USD3,647/tan QTD (+14% berbanding 1Q26)

Manakala kos alumina dan anod karbon meningkat 1% dan 6%. Sementara itu, purata premium Pelabuhan Utama Jepun (MJP) mencecah USD306/tan, sekali gus menyokong prospek untuk mencapai suku tahun berprestasi tertinggi dalam sejarah. Kos tambang muatan pula menokok 8% QoQ dan dijangka akan menaik 20-30% QoQ pada 2Q26F, walaupun ia hanya merangkumi <10% daripada jumlah kos, dan akan diimbangi oleh premium MJP yang lebih tinggi.

Potensi risiko kenaikan nilai FX

Walaupun Jabatan Ekonomi RHB mengandaikan tiada potongan kadar dibuat pada 2026, pasaran mengambil kira kebarangkalian 72% untuk kadar dinaikkan menjelang Disember, lalu membawa nilai USD/MYR kepada USD4.03 (+2% dalam tempoh seminggu). Hal ini merupakan berita positif buat PMAH, kerana >90% daripada barangannya dieksport. Berdasarkan anggaran kami, kenaikan setiap 2% pada USD mungkin meningkatkan perolehan sebanyak kira-kira 5%, sekiranya tiada perlindungan dibuat.

Kitaran pembinaan semula selepas peperangan di Asia Barat mungkin menjadi berita positif untuk permintaan aluminium

Dengan Arab Saudi mengumumkan tawaran projek baru bernilai sekitar USD16bn pada Apr 2026, iaitu paras tertinggi sepanjang YTD-2026, dan nilai projek diagihkan sama rata merentasi segmen pengangkutan (34%), perbandaran (33%) dan perindustrian (32%). Hal ini menandakan bahawa projek-projek pembangunan masih diteruskan di rantau tersebut. Walaupun Asia Barat membentuk hanya kira-kira 2% daripada permintaan aluminium dunia pada 2024, permintaan yang dipacu oleh pembinaan semula mungkin masih dapat memberi sokongan kepada harga aluminium semasa inventori lebih rendah YoY dan keadaan bekalan yang sudahpun berkurangan.

Prospek untuk LMC

Pihak pengurusan menjangka kos arang batunya untuk 4QFY26 akan menjadi agak stabil, kerana kumpulan ini masih mempunyai simpanan arang batu berharga rendah sebelum konflik di Asia Barat bermula – kesan daripada konflik ini dianggarkan akan dirasai mulai 4QFY26. Namun begitu, LMC telah memperoleh inventori arang batu untuk 2-3 bulan pada kira-kira USD90 untuk 1QFY27F (38% melepasi paras pada 3QFY26), sambil mengekalkan rebat MYR20/tan. Mengikut anggaran kami, kenaikan harga arang batu setiap USD10/tan mungkin akan merendahkan perolehan sebanyak 5-6% setahun dan menurunkan margin EBIT sebanyak 130bps, jika pelepasan kos adalah kecil dan harga arang batu berterusan menaik.

PMAH ialah Saham Pilihan Utama kami apabila melihat pada kekurangan bekalan aluminium

Dijangka akan berlarutan. TP kami diperoleh berdasarkan P/E FY27F 27.5x (+2SD daripada purata lima tahunnya). Kami berpendapat nilai ini wajar oleh sebab paras normal baharu untuk harga aluminium (>USD3,000/tan) yang dipacu oleh kekurangan bekalan jangka panjang. Purata YTD sekarang ialah USD3,378/tan (4% melebihi anggaran kami). Oleh itu, kami berpendapat penilaian saham ini wajar dinaikkan melepasi paras purata. Kami juga memandang positif akan LMC disebabkan oleh tahap kecekapannya yang bertambah baik, manakala penilaian tampak murah apabila saham ini diniagakan pada -1.5SD daripada paras purata. Kami menekankan bahawa margin EBITDA tetap kukuh, dengan kenaikan QoQ kepada 35.3% pada 3QFY26 (2QFY26: 32.9%).

Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli +603 2302 8114 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.