Ada Yang Minat Nak Melabur Saham Global? Jom Berkenalan Dengan Stallion Brothers

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang dah mula celik tentang ilmu pelaburan saham. Alhamdulillah juga, semakin ramai yang dah ada akaun CDS dan dah mula melabur di Bursa Malaysia.

Tetapi semakin ramai juga yang menunjukkan minat untuk melabur dalam saham global ni. Siapa yang tak kenal nama-nama besar seperti Facebook, Apple, Amazon, Netflix dan Google (Alphabet) ni kan? Patuh Syariah pula tu saham-saham syarikat ini.

Orang kata kalau nak belajar, kena cari guru yang berilmu, berpengalaman dan yang trusted.

Memperkenalkan 4 Anak Muda Yang Menggelarkan Diri Mereka Stallion Brothers

1. Luqman NulHakim

Beliau merupakan Remisier Maybank Investment Bank dan mempunyai Dual License iaitu Equity dan Futures Market. Kepakaran beliau adalah Short Term trading (Intraday) dan Option Market di pasaran global dengan menggunakan teknik trading Teknikal Analisis.

Tuan Luqman juga merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe).

2. Marzuki Fadalullah

Beliau merupakan Remisier Maybank Investment Bank. Beliau mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam bidang pelaburan saham. Kepakaran beliau adalah Swing & Momentum Trading di Bursa Malaysia & Global dengan menggunakan teknik trading Teknikal Analisis.

Tuan Marzuki juga berpengalaman membantu client membuat “Portfolio Restructuring” dan beliau merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe).

3. Hafiz Rusli

Beliau merupakan Senior Manager Institutional Equities RHB Investment Bank. Beliau mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam bidang pelaburan saham. Sebelum ini bekerja sebagai Institutional Dealer MIDF Investment Bank dan tugas utama beliau adalah menjaga akaun institusi kewangan seperti EPF dan PNB.

Kepakaran dan teknik trading beliau adalah kombinasi FA+TA atau TAFA dan lebih fokus kepada pelaburan Mid-long Term(SWING). Tuan Hafiz juga merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe).

4. Redza Sazali

Beliau merupakan seorang pengurus dana berlesen dan memegang jawatan Portfolio Manager di Phillip Capital Management. Beliau mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam pasaran modal termasuk pelaburan ekuiti Malaysia & Global, Futures, Option & Komoditi.

Kepakaran beliau adalah Portfolio Specialist, Strategy Buy On Dip (BOD), 2 Way Market Trading & Momentum Trading. Tuan Redza juga merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe). serta telah menjadi speaker di IFTA Milan Italy 2017.

2 Seminar PERCUMA Di Lembah Klang

Tempat: MENARA PGRM, CHERAS
Tarikh: Sabtu, 26 Januari 2019
Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Petang

Tempat: SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC)
Tarikh: Ahad, 10 Februari 2019
8.00 pagi – 1.00 petang

Berminat nak belajar bagaimana nak melabur saham global dan membeli saham-saham FAANG, McDonalds, Starbucks dan banyak lagi yang patuh Syariah?

Boleh follow FB Stallion Brothers atau hubungi mereka di Hotline +60103838768 atau emel ke [email protected]

Nak belajar dengan Stallion Brothers dengan lebih mendalam? Dapatkan promosi terbaik daripada mereka sekarang. Klik gambar di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.