Saham FAANG Di Amerika Syarikat Ditutup Pada Paras Tertinggi

Bagi mereka yang berkecimpung dalam pasaran saham global, terutamanya di Dow Jones atau Nasdaq; pastinya teruja dengan kebangkitan saham-saham berkaitan teknologi yang kebanyakannya telah mencecah all-time-high.

Biasa dengar FAANG tak? Bagi mereka yang tak biasa, FAANG merupakan gagasan syarikat gergasi teknologi dunia yang didagangkan di Amerika Syarikat. Facebook, Apple, Amazon, Netflix dan Google (Alphabet) adalah singkatan bagi akronim FAANG tersebut.

Jom kita tengok prestasi terkini mereka:

1. Facebook

Sumber: Google

Saham Facebook yang mengalami kejatuhan akibat daripada skandal Cambridge Analytica, membuat kebangkitan semula. Orang kata, kalau saham yang mempunyai fundamental kuat, pasti akan melepasi apa jua rintangan.

2. Apple

Sumber: Google

Siapa yang tak kenal dengan iPhone, iPad, MacBook dan sebagainya? Memang ramai peminat mereka di Malaysia.

3. Amazon

Sumber: Google

Kalau di Malaysia, kita ada Lazada yang dimiliki Alibaba; di Amerika Syarikat mereka ada Amazon. Platform e-commerce terkenal ini, kini menggunakan dron untuk membuat penghantaran. Tak main lah hantar parcel pakai van lagi…

4. Netflix

Sumber: Google

Nak tengok cerita atau drama terkini? Kini semuanya on-demand dengan membuat streaming ke televisyen anda. Malah boleh tengok dalam resolusi 4K lagi. Tak perlu terikat dengan jadual siaran atau cerita yang berulang-ulang. Anda pilih sendiri cerita yang anda nak, dan tontonlah pada waktu yang anda nak.

5. Google (Alphabet)

Sumber: Google

Di antara kelima-lima syarikat FAANG, hanya Google (Alphabet) sahaja yang belum membuat all-time-high. Tapi rasanya tunggu masa saja kan?

Bagaimana Pula Dengan Saham Teknologi Malaysia?

Kalau nak tahu, jom kita tengok dulu indeks teknologi Bursa Malaysia:

Sumber: iSaham

Nampak carta macam menarik. Dari bulan lepas lagi, indeks teknologi sedang membuat recovery.

Tapi apakah saham-saham yang ada dalam indeks teknologi ini?

Sumber: iSaham

Kita ada Inari, Vitrox, MPI, Penta, Gtronic dan banyak lagi. Dan kebanyakan daripada senarai syarikat di atas, saham-saham mereka pun sedang membuat recovery?

Agaknya bolehkah mereka juga mengikut jejak langkah ‘abang besar’ di Amerika Syarikat dengan membuat all-time-high masing-masing? Biar masa menentukan…

Baca juga Cara Beli Saham di NYSE, Nasdaq, SGX Menggunakan Akaun Trading Maybank

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tutorial: Cara Untuk Withdraw Duit Daripada Akaun Trading M+

Kelebihan melabur atau berdagang dalam saham dapat memberi sumber pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan. Peratus keuntungan juga tidak terbatas dan boleh meraih sehingga 100% keuntungan atau lebih.

Medium pelaburan saham juga menawarkan tahap kecairan yang rendah. Jadi anda boleh menjual sebahagian atau kesemua saham pada bila-bila masa. Malah dengan perkembangan teknologi kini anda boleh membuat pengeluaran secara online sahaja.

Sebagai contoh, kami sediakan langkah demi langkah jika anda merupakan pelanggan M+ (Malacca Securities). Pengeluaran duit dari akaun trading boleh dilakukan di laman web M+ (Tempoh pemprosesan setiap hari Isnin hingga Jumaat sebelum jam 4 petang)

# 1 Log in ke akaun trading M+ di https://www.mplusonline.com.my

# 2 Pilih Withdrawal -> Cash

2a) Isikan maklumat yang diperlukan dan klik submit

Pelanggan boleh memilih jenis pengeluaran sama ada melalui cek atau Inter Bank Giro (IBG) transfer ke akaun bank.

2b) Semak nombor akaun bank dan amaun pengeluaran, klik Confirm

2c) Paparan pengesahan pengeluaran seperti berikut

# 3 Bagi menyemak status permohonan pengeluaran tersebut, pilih Withdrawal -> Status

# 4 Cash Withdrawal History akan menunjukkan semua transaksi pengeluaran

Nota tambahan: Pengeluaran melalui cek per transaksi akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak RM 0.50. Jika pegeluaran melalui Interbank Giro, tiada transaksi tambahan dikenakan.

Sebelum ini juga, kami ada kongsikan Tutorial: Cara Masukkan Duit Modal Ke Dalam Akaun Trading M+.

Iklan

Kisah Lelaki Yang Menandingi Kekayaan Bill Gates

Bill Gates, siapa yang tidak mengenali public figure tersohor ini. Ketika artikel ini ditulis, nilai kekayaan beliau lebih kurang $103.7 bilion. Beliau juga merupakan di antara manusia terkaya dunia, seorang usahawan terkenal yang berkait rapat dengan revolusi komputer. Beliau sering dikritik kerana taktik perniagaannya, yang dianggap anti-competitive (anti-persaingan).

Sejak dari tahun 1987, Bill Gates telah tersenarai ke dalam senarai individu terkaya dunia Forbes, dan Forbes juga boleh ditakrifkan sebagai indeks pengukur kekayaan seseorang.

Siapakah Individu Yang Mampu Menyaingi Kekayaan Bill Gates?

Pada suatu hari, seseorang telah bertanyakan kepada beliau mengenai ‘siapakah individu yang mampu mengalahkan kekayaan yang dimilikinya?’ Bill Gates dengan bersahaja berkata, beliau memang pernah mengenali seseorang yang mampu mengalahkan aset kekayaan yang dimilikinya, dan individu tersebut beliau kenali sebelum mencapai status jutawan.

Menurut Bill Gates, ketika beliau masih belum kaya dan terkenal; beliau berada di lapangan terbang New York dan teringin untuk membaca suratkhabar. Beliau melihat seorang peniaga sedang menjual suratkhabar, namun Bill Gates tidak mempunyai tukaran wang kecil untuk digunakan membelinya dan demikian juga dengan peniaga tersebut.

Walaubagaimanapun beliau mengutarakan pendapat kepada peniaga kecil itu, agar dia meminjam sebentar suratkhabar tersebut dan berjanji akan memulangkannya apabila habis membacanya. Lalu peniaga tersebut memberi jawapan yang tidak pernah beliau fikirkan, peniaga tersebut telah memberinya secara percuma.

Perkara Yang Sama Berulang

Secara kebetulan selepas 2 ke 3 bulan berikutnya, Bill Gates berada di lapangan terbang yang sama dan melalui situasi yang sama. Beliau ingin membeli surat khabar, namun dia dan peniaga tersebut tidak mempunyai tukaran wang kecil.

Kemudiannya peniaga tersebut menawarkan suratkhabar tersebut secara percuma seperti sebelum ini. Namun begitu, pada kali ini Bill Gates terpaksa menolak, dengan alasan beliau tidak dapat menerimanya; kerana sudah 2 kali beliau ditawarkan suratkahbar secara percuma.

Walaubagaimanapun, peniaga tersebut dengan rendah hati mengatakan, beliau berbesar hati memberinya secara percuma, kerana sekeping suratkhabar tersebut tidak akan membuat beliau miskin; dan ianya terkandung dalam hasil keuntungan peniaga tersebut pada hari itu. Bill Gates dengan senang hati menerimanya.

Nak Jumpa Peniaga Tersebut Semula

Selepas peristiwa tersebut berlalu selama 19 tahun, Bill Gates yang dahulu kini sudah berubah. Beliau mula dikenali seluruh dunia dan hasil kekayaan beliau sangat melimpah-ruah. Lalu nostalgia mengenai perkara tersebut terlintas semula di fikiran beliau.

Dengan pantas Bill Gates mengumpul maklumat selama sebulan lebih untuk mencari semula peniaga tersebut, lalu menjemputnya untuk menjadi tetamu istimewa beliau. Ketika bertemu semula dengan peniaga tersebut Bill Gates menanyakan soalan ‘Adakah kamu mengenali saya?’. Peniaga tersebut menjawab, ‘Ya kamu adalah Bill Gates, bilionaire terkenal’.

Lalu Bill Gates bertanya semula ‘Adakah kamu ingat, kamu pernah berikan saya suratkhabar percuma?’ Peniaga tersebut menjawab ‘Ya saya ingat, sebanyak dua kali saya telah berikan’.

Disebabkan hati budiman peniaga tersebut, Bill Gates ingin menghargainya dengan menawarkan peniaga tersebut peluang membuat apa saja permintaan dalam kehidupannya; dan Bill Gates akan berjanji akan menunaikannya. Tahukah anda apa yang berlaku selepas itu?

Sungguh Terharu Dengan Seorang Peniaga Kecil

Peniaga tersebut menjawab dengan kata-kata yang tidak pernah beliau bayangkan, ‘Bagaimana saya mampu menerima pelawaan anda, sedangkan saya hanya beri suratkhabar tersebut ketika saya dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa, kemudian anda berjanji menunaikan permintaan impian saya, sepanjang hayat yang jauh lebih bernilai daripada sekeping suratkhabar ?’

Disebabkan kata-kata inilah beliau baru sedar bahawa, peniaga tersebut jauh lebih kaya berbanding dengan semua yang beliau miliki, kerana peniaga tersebut memberi sesuatu dalam keadaan dia sendiri tidak mempunyai apa-apa. Sedangkan beliau sendiri, cuba memberi sesuatu apabila dia sudah menjadi seorang yang kaya-raya.

Pengajaran daripada kisah ini, seseorang tidak perlukan kekayaan untuk membantu orang lain. Selagi kita ikhlas dan mampu untuk membantu orang yang memerlukan, itu adalah lebih besar nilainya berbanding nilai kekayaan.

Kami yakin, rakyat Malaysia masih ramai yang berhati budiman seperti peniaga ini. Semoga ianya mampu membantu kita untuk lebih berinspirasi dan berhati budiman untuk membantu lebih ramai orang di masa akan datang.

Iklan

Bagi Seorang Pelabur, Pentingkah Pulangan Dividen Daripada Pelaburan?

Seperti yang sedia maklum, dividen adalah pemberian sebahagian keuntungan syarikat yang di persetujui oleh lembaga pengarah syarikat kepada pemegang sahamnya. Kebiasaannya dividen ini datangnya dari lebihan tunai yang dibayar secara berkala mengikut suku tahun, dengan kata lain – syarikat mempunyai tahap kewangan yang baik.

Baca lebih lanjut di Apa Itu dividen?

Kebiasaanya pelabur melabur di dalam pasaran saham kerana:

  • Mereka percaya bahawa harganya akan naik dan menjualnya semula untuk mendapatkan keuntungan.
  • Mereka berniat untuk mengumpul dividen sebagai sumber pendapatan dari pelaburannya.

Sebenarnya, kepentingan dividen sebenarnya bergantung kepada strategi pelaburannya. Oleh itu, terdapat 3 jenis golongan dalam pelaburan:

1. Golongan yang sukakan strategi Saham Pertumbuhan (Growth Stock)

Golongan ini lebih melihat kepada potensi keuntungan harga dalam pertumbuhan masa hadapan. Kebiasaanya pertumbuhan syarikat pada masa sekarang sedang berkembang pada kadar yang lebih cepat berbanding kadar pertumbuhan syarikat di dalam industri yang sama.

Setiap sektor pasaran mempunyai saham sebegini, tetapi ianya lebih tertumpu pada sektor seperti teknologi, tenaga alternatif, dan bioteknologi. 

Kebanyakan saham pertumbuhan lebih cenderung menjadi syarikat yang mempunyai produk inovatif dan yang berupaya memberi kesan besar pada pasaran di masa hadapan.

Saham pertumbuhan mampu memberikan pulangan yang besar, tetapi kebanyakan syarikat masih kecil dan kurang stabil, mungkin juga mengalami turun naik harga yang besar.

Jika strategi pelabur adalah terhadap saham pertumbuhan, maka pelabur tidak boleh terlalu berharap kepada dividen. Ini kerana keuntungan syarikat biasanya akan dilaburkan semula untuk mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi.

2. Golongan yang sukakan strategi Saham Nilai (Value Stock)

Strategi ini lebih sesuai bagi golongan yang suka membuat ‘homework’ dalam mengkaji status kewangan syarikat atau Analisa Fundamental. Mereka ini suka syarikat di bawah nilai semasa yang mampu memberikan keuntungan jangka masa panjang.

Ada yang tengok kepada pemberian dividen yang tinggi atau financial ratio yang rendah seperti : Price-to-Book ratio (P/B) atau Price-Earnings ratio (P/E).

Dengan kata lain, Saham Nilai (Value Stock) dianggap mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding Saham Pertumbuhan (Growth Stock).

Harga juga akan ada turun naik bergantung kepada persepsi dan prestasi kewangan syarikat. Sebagai contoh syarikat yang mempunyai Penyata Kewangan yang bagus dan harga saham sedang bergerak dengan baik, tetapi terdapat skandal dengan pihak pengurusan syarikat. Disebabkan ini, harganya turun sedikit kerana ada pelabur yang tak suka terpalit dengan kontroversi.

Pelabur lain pula sedar bahawa ini adalah masa yang tepat untuk membeli saham berkenaan, kerana setelah orang ramai melupakan kejadian tersebut; harganya akan kembali ke paras asal.

Jika strategi pelaburan adalah Saham Nilai, maka pemberian dividen adalah nilai tambah kepada pelaburan.

3. Golongan yang sukakan strategi Saham Pendapatan (Income Stock)

Strategi Saham Pendapatan pula sesuai dengan pelabur yang tidak mahu mengambil risiko yang tinggi. Dengan saham-saham begini, pelabur cenderung untuk memilih saham-saham blue chip yang stabil dan konsisten dalam keuntungan dan juga pemberian dividen setiap tahun.

Ada syarikat yang mempunyai polisi untuk mengisytiharkan dividen setiap 3 bulan sekali, iaitu apabilia Quarter Report syarikat dikeluarkan.

Dividen adalah sebab utama pelabur membeli saham syarikat. Daripada sudut harga saham pula, ianya tidak naik terlalu banyak atau tidak turun terlalu banyak. Maka sebarang Keuntungan Modal (Capital Gain) adalah bonus kepada para pelabur.

Sumber Rujukan : Investopedia

Sekarang dah tahu apa yang dimaksudkan dengan Saham Pertumbuhan (Growth Stock), Saham Nilai (Value Stock) dan Saham Pendapatan (Income Stock), anda pelabur yang mana satu?

Iklan

Cara Buka Akaun Saham (CDS) RHB Investment Bank

Sebelum ini kami sudah berkongsi cara-cara buka akaun saham (CDS) dengan Maybank Investment Bank & Hong Leong Investment Bank.

Oh ya, tiada had untuk buka berapa banyak pun akaun CDS. Pada pandangan kami, setiap broker atau Bank Pelaburan ada kelebihan masing-masing.

Jika anda berminat menggunakan platform RHB semasa nak jual beli saham di Bursa Malaysia, kenalah buka akaun saham dengan RHB Investment Bank (bukan cawangan bank RHB biasa tu ya)

Ikut panduan bergambar seperti di bawah:

Dan kalau nak buka akaun CDS dengan broker lain, boleh rujuk:

Nak buka akaun CDS dengan RHB secara percuma? Sila layari www.asriahmadacademy.com dan hadir seminar yang mereka anjurkan bersama Bursa Malaysia-i.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!