
Photo by fotografierende from Pexels
Options Trading merupakan sebuah instrumen yang semakin diminati ramai. Memang best bila dapat untung beribu-ribu peratus, ada yang untung sebesar itu hanya dengan modal yang kecil.
Ada juga yang masih keliru (atau sengaja mengelirukan) di antara Options Trading yang terdapat di luar negara dengan Waran yang terdapat di Malaysia, sehingga menyangka kedua-duanya adalah benda yang sama.
Nak tahu lebih lanjut mengenai perbezaan dan persamaan di antara Waran dan Options, jemput baca Perbezaan Waran (Malaysia) dan Options Trading (Global).
Tapi apa yang kita patut tekankan adalah, apakah hukum Options Trading ni? Berikut merupakan penjelasan Dr Zaharuddin Abd Rahman mengenai isu ini.
Apakah Hukum Trading Contract For Difference (CFD), Binary Options, Stock Options, Sesuatu Ibu Saham, Company Di Luar Negara?
Yang pertama sekali options ini, Majlis Ulama’ AAOIFI (Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions) mengatakan semua Options Conventional adalah haram. Binary, stock options atau apa-apa semua sekali ini adalah haram sebab options ini dilarang.
Ia berikan hak tapi tiada kewajipan (give right but not obligation).
Berikan hak untuk laksanakan pada harga tetap, pada tarikh sebenar (execute, exercise, at the strike price, at the strike date) tapi tidak kewajipan. Dengan nak dapat benda itu, dia kena bayar premium, maka premium itu adalah macam duit taruhan.
Kalau dia exercise, macam mana? Orang yang tak faham jangan ingat exercise ini jogging pula.
Kalau dia laksanakan dia punya hak, maka dia dikira maknanya dia buat duit. Kalau dia out of the money, dia tak laksanakan, dia rugi premium.
Itu dia options, untuk binary, stock options, normal options atau exotic options, sama sahaja. Maka options oleh kerana itu tidak boleh diniagakan. Kerana dia sendiri adalah derivatif.
Dia pun sendiri adalah aset yang tak pasti, maka bagaimana kita nak meniagakan paper options yang tak pasti ini kerana dia sendiri tak boleh jadi aset pendasar (underlying asset) yang jelas.
Sebab dia belum ada hasil, bila sampai strike price nanti baru ada result.
Mudah untuk orang awam, contohnya ada individu A, dia beli nombor ekor, belum bagi hasil lagi tapi dia jual nombor ekor dia.
Boleh tak? Result belum keluar tapi mungkin nombor ekor itu kena atau mungkin tak kena, betul tak? Tapi dia jual nombor ekor tu. Boleh tak?
Mana boleh, jual judi. Dahla judi, lepas tu jual pula. Kononnya nak bertaubatlah. Tak boleh ya tuan-tuan.
Sumber Rujukan: