Apa Itu Circuit Breaker?

Tahukah Anda?

Tahukah anda yang pasaran saham di Bursa Malaysia pernah dihentikan untuk tempoh 1 jam pada 10 Mac 2008?

Sumber: TradingView

Ya, pada tarikh tersebut, Bursa Malaysia telah mengaktifkan ‘Circuit Breaker’ apabila Indeks komposit jatuh sebanyak 130.01 mata, iaitu lebih 10% daripada penutupan sebelumnya pada 1,296.33 mata.

Kejatuhan mendadak ini menyebabkan aktiviti dagangan di Bursa Malaysia Securities Berhad serta produk derivatif berkaitan ekuiti di Bursa Malaysia Derivatives Berhad dihentikan sementara pada jam 2:58 petang. Pasaran hanya disambung semula sejam kemudian pada jam 3:58 petang, dan Indeks komposit tutup pada hari tersebut pada paras 1,173.22 mata.

Circuit Breaker di Malaysia

Circuit Breaker ialah satu langkah yang digunakan dalam pasaran saham untuk mengawal kejatuhan mendadak indeks utama dengan menghentikan dagangan buat sementara waktu semasa waktu dagangan biasa. Tujuannya adalah untuk beri masa supaya semua pihak dalam pasaran termasuk pelabur boleh mendapat maklumat yang tepat dan membuat keputusan pelaburan dengan lebih tenang dan rasional.

Apabila Circuit Breaker diaktifkan, ia beri peluang kepada semua pelabur dan peserta pasaran untuk memahami situasi semasa dengan lebih jelas sebelum dagangan disambung semula.

Di Bursa Malaysia, Circuit Breaker akan aktif secara automatik apabila indeks FBM KLCI jatuh sebanyak:

  • 10%
  • 15%
  • atau 20% (dalam satu hari dagangan berdasarkan penutupan hari sebelumnya)

Bila ini berlaku, semua dagangan di Bursa Malaysia Securities dan dagangan produk derivatif berkaitan ekuiti di Bursa Malaysia Derivatives akan dihentikan buat sementara.

Derivatif akan dihentikan buat sementara.

Jadual di bawah menunjukkan berapa lama dagangan akan dihentikan apabila Circuit Breaker diaktifkan. 

Sumber: Bursa Malaysia

Macam Mana Pelabur Nak Tahu Kalau Circuit Breaker Dah Aktif?

Sekiranya Circuit Breaker diaktifkan, Bursa Malaysia akan terus umumkan perkara ni melalui beberapa saluran:

  1. Website rasmi: www.bursamalaysia.com
  2. Kenyataan media
  3. Rangkaian firma broker (Participating Organisations)

So kalau tiba-tiba pasaran ‘pause‘, jangan panik kerana info rasmi akan cepat sampai supaya semua orang tahu apa yang berlaku.

Dalam tempoh tersebut, anda sebagai pelabur bijak harus membuat pertimbangan sama ada untuk kekalkan pegangan atau kosongkan portfolio anda.

Berminat nak buka akaun CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Masukkan kod remisier/MR SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Previous ArticleNext Article

ACSR Keluar Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk Membimbing Syarikat mengenai Piawaian ISSB

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) hari ini mengeluarkan Laporan Kemampanan Ilustrasi (ISR) berdasarkan Piawaian ISSB , untuk menyokong pendedahan kemampanan di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Dua ISR tersebut disediakan untuk sektor perladangan dan pembinaan. Matlamat keduadua laporan adalah untuk menyediakan rujukan ilustrasi kepada syarikat apabila menggunapakai keperluan IFRS S1 dan IFRS S2 dalam pendedahan kemampanan mereka.

Laporan ini adalah sebahagian daripada PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan), iaitu inisiatif ACSR yang menyediakan panduan dan pembinaan kapasiti untuk pelaporan kemampanan.

ISR telah disediakan dengan memberi fokus kepada industri untuk mencerminkan laporan sejajar ISSB praktikal. Dalam membangunkan ISR, ACSR telah melibatkan pemain industri untuk memahami cabaran praktikal dalam keperluan pelaporan.

Pengerusi SC dan ACSR Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, “ISR menawarkan panduan tepat pada masanya dan menyediakan contoh terperinci untuk membantu syarikat menyediakan laporan kemampanan mereka selaras dengan Piawaian ISSB.”

Inisiatif PACE lain termasuk Program Penyedia NSRF (NPP). RFN telah dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), cabang latihan SC. Sesi pertama telah dijalankan pada 15 Julai 2025, dengan sesi selanjutnya dijadualkan sepanjang tahun.

Ia termasuk modul mengenai pelaporan kemampanan menurut Laporan Kemampanan Ilustrasi, pengiraan dan pelaporan pelepasan GHG Skop 3, dan analisis senario berkaitan iklim.

ISR boleh didapati di www.sc.com.my/nsrf/resources. Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di [email protected].