Apa Itu FBM KLCI? Hari-Hari Keluar Suratkhabar Dan TV

“FBM KLCI cecah 1,800 mata”

“FBM KLCI moves higher past 1,800 mark”

Itu antara tajuk berita di akhbar, TV mahupun radio hari ini. Kita selalu dengar benda ni tetapi mesti ramai gagal memahaminya.

Sumber: The Star

Bila dah berjinak-jinak dengan dunia pasaran saham, macam-macam istilah baru kita perlu tahu. Salah satu petunjuk yang Bursa Malaysia kita ni tengah menaik atau menurun, benda yang kena tengok adalah FBM KLCI.

Ia juga dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia KLCI, dipendekkan menjadi FBM KLCI.

FBM KLCI Penanda Aras Bursa Malaysia

Sama seperti saham, FBM KLCI juga ada turun naiknya, tetapi kalau saham menggunakan harga untuk menilaikan saham tersebut – FBM KLCI pula menggunakan sistem mata (point). Yang lebih memberangsangkan kepada para pelabur, kita dapat lihat FBM KLCI telah meningkat sebanyak 9.44% bagi tahun 2017.

FBM KLCI ni terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.

Nota :
Market Capitalization = Nilai sesuatu saham
Market Capitalization = Harga Saham x Jumlah Volume Saham

Senang cerita, 30 syarikat terbesar Bursa Malaysia yang bergabung menjadi FBM KLCI. Maka apabila penanda aras menunjukkan tanda-tanda positif, pasaran saham di Malaysia turut mengalami kenaikan. Dan apabila penanda aras positif, pelabur dari dalam dan luar negara akan lebih bergiat aktif bagi mengaut keuntungan yang lebih besar.

FBM KLCI 3 Januari 2017: 1,641.73 Mata

FBM KLCI 29 Disember 2017: 1,796.81 Mata

Kenaikan Setahun: 155.08 Mata atau 9.44%

Cukup ke hanya dengan keuntungan 9.44% setahun dalam pelaburan saham? Mesti kita nak lebih kan?

30 Syarikat Terbesar Malaysia

Dah tau apa itu FBM KLCI, jom kita tengok senarai 30 syarikat tersebut:

 

 

Kita sebagai pelabur yang beragama Islam, sudah semestinya wajib memilih saham yang patuh Syariah. Jadi bukan semua 30 syarikat di atas kita boleh beli sahamnya, hanya yang mempunyai asterisk (*) sahaja ya.

Prestasi 3 Saham Terbesar Malaysia

  1. Maybank

Saya pasti ramai yang mempunyai akaun bank dan juga akaun CDS dengan Maybank atau Bank Rimau ini. Tahniah kerana pada tahun 2017, harga saham Maybank telah naik sebanyak 22.2%. Kadar dividen pun sebanyak 5.61%, banyak tu.

Harga Saham 3 Januari 2017: RM8.02

Harga Saham 29 Disember 2017: RM9.80

Kenaikan Setahun: RM1.78 atau 22.2%

Sumber: Bursa Marketplace

  1. Tenaga Nasional

Nak taknak, kita pasti guna perkhidmatan TNB untuk ‘menerangi’ dunia kita. Dan kadar dividen sebanyak 3.96%, kira OK jugalah.

Harga Saham 3 Januari 2017: RM13.80

Harga Saham 29 Disember 2017: RM15.26

Kenaikan Setahun: RM1.46 atau 10.6%

Sumber: Bursa Marketplace

  1. Public Bank

Bank ke-2 terbesar di Malaysia daripada segi market capitalization, saham Public Bank naik sebanyak 5.2%, dan ditambah pula dengan kadar dividen sebanyak 2.84%.

Harga Saham 3 Januari 2017: RM19.76

Harga Saham 29 Disember 2017: RM20.78

Kenaikan Setahun: RM1.02 atau 5.2%

Sumber: Bursa Marketplace

Dalam erti kata lain, hampir kesemua 30 syarikat yang menjadikannya penanda aras FBM KLCI adalah syarikat Super Big Caps, dengan market capitalization RM10 bilion dan ke atas.

Nak tahu syarikat Super Big Caps mana yang naik sampai 217% pada tahun 2017? Boleh baca 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2017 (Kategori Super Big Caps).

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cisco Melancarkan Program Rakan Kongsi Baharu Cisco 360, Dibangunkan Bersama Rakan Kongsi Untuk Era AI

Kuala Lumpur – Cisco (NASDAQ: CSCO) mengumumkan pelancaran Program Rakan Kongsi Cisco 360 selepas 15 bulan proses reka bentuk bersama rakan kongsi. Kejayaan Cisco dibina atas kerjasama rapat dengan rakan kongsi bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam dunia AI yang berubah pantas. Kini, Cisco memperkukuh sokongan kepada rakan kongsi sambil memudahkan mereka membantu pelanggan. Program baharu ini, yang dibangunkan untuk pembangun, perunding, penyedia perkhidmatan terurus, penjual semula dan model perniagaan rakan kongsi lain, melengkapkan rakan kongsi Cisco dengan lebih baik untuk menyampaikan hasil kepada pelanggan dalam bidang pusat data sedia AI, tempat kerja masa hadapan dan daya tahan digital.

Program Rakan Kongsi Cisco 360 direka untuk memberikan kejelasan dan memperkasakan rakan kongsi bagi memacu keuntungan yang lebih boleh diramal. Pada masa yang sama, melalui alat Cisco Partner Locator yang baharu, pelanggan kini boleh mencari rakan kongsi yang sesuai merentas portfolio utama Cisco seperti Keselamatan, Rangkaian, Kolaborasi, Perkhidmatan, Splunk serta Infrastruktur Awan dan AI.

“Bersama rakan kongsi kami, kami telah memperkukuh ekosistem bertaraf dunia untuk menyampaikan nilai yang lebih besar serta membantu pelanggan bersama kami berhubung, dilindungi dan berkembang maju,” kata Tim Coogan, Naib Presiden Kanan Jualan Rakan Kongsi Global Cisco.

“Program Rakan Kongsi Cisco 360 membantu kami membezakan diri berdasarkan kepakaran. Kami menghargai bahawa kami dinilai berdasarkan nilai yang kami bawa; ini memberi manfaat kepada pelanggan bersama kami,” kata Nicko Roussos, Naib Presiden Kanan Strategi & Transformasi Cisco, TD Synnex.

Indeks Kesediaan AI Cisco yang terkini menunjukkan bahawa kesiapsiagaan AI merupakan kelebihan daya saing bagi syarikat. Memenuhi keperluan ini bergantung kepada kerjasama rakan kongsi pakar untuk menyediakan infrastruktur, perkhidmatan dan keupayaan AI-native yang penting. Program Rakan Kongsi Cisco 360 mengiktiraf kepakaran rakan kongsi dan memberi ganjaran kepada penciptaan nilai sepanjang kitaran hayat pelanggan memperkasakan rakan kongsi untuk menyediakan penyelesaian yang selamat dan tangkas bagi menyokong pelanggan melalui fasa transformasi.

Program Rakan Kongsi Cisco 360: Penjajaran dengan Keutamaan Rakan Kongsi dan Pelanggan

Pendapatan lebih jelas dan boleh diramal untuk rakan kongsi melalui Cisco Partner Incentive
Kini beroperasi, Cisco Partner Incentive (CPI) memperkemas elemen program terdahulu; menawarkan pendapatan yang lebih jelas dan boleh diramal merentas portfolio Cisco; serta membantu rakan kongsi merancang pertumbuhan dengan menyelaraskan fokus jualan dan strategi go-to-market dengan pelan hala tuju Cisco.

Membantu pelanggan mencari kepakaran yang tepat
Penetapan rakan kongsi baharu Cisco membantu pelanggan mengenal pasti rakan kongsi dengan keupayaan yang sesuai. Semua peserta diiktiraf sebagai Rakan Kongsi Cisco berdaftar. Rakan Kongsi Portfolio Cisco menunjukkan kepakaran jualan dan teknikal yang terbukti, kematangan amalan serta komitmen kukuh terhadap penglibatan pelanggan. Rakan Kongsi Terpilih Cisco melangkah lebih jauh dengan menawarkan kemahiran teknikal lanjutan, amalan kitaran hayat dan penerimaan yang mantap, serta keupayaan menyampaikan penyelesaian hujung ke hujung yang komprehensif.

Sumber Dipertingkatkan: Rebat Baharu, Indeks Nilai Rakan Kongsi, Dana Pembangunan dan Pembantu AI

Rakan kongsi mempunyai akses kepada sumber baharu untuk membezakan dan mengembangkan penawaran kepada pelanggan:

  • Cisco Partner Incentive (CPI) – Cisco memperkenalkan bonus CPI untuk meningkatkan potensi pendapatan rakan kongsi, dengan fokus kepada One Cisco termasuk pengkhususan Rangkaian Selamat dan Infrastruktur AI Selamat yang baharu. Bonus sementara ini akan tamat pada akhir Julai 2026.
  • Indeks Nilai Rakan Kongsi (PVI) – Rangka kerja pengukuran utama Cisco akan menambah indeks khusus untuk Pembangun/Penasihat, Infrastruktur Skala Besar dan Pengedar, dengan laluan pembelajaran serta peluang yang disesuaikan bagi meningkatkan nilai dan keuntungan.
  • Dana Pembangunan Pengedar – Dana baharu ini direka untuk memacu penjajaran dan kejayaan yang lebih kukuh antara Cisco dan pengedar, dengan tumpuan kepada pertumbuhan dan pemerkasaan rakan kongsi.
  • Pembantu AI Cisco Dipertingkatkan – Pembantu AI Cisco yang lebih intuitif untuk Platform Pengalaman Rakan Kongsi (PXP) membantu rakan kongsi bekerja dengan lebih bijak dan fokus menyampaikan nilai kepada pelanggan.

Maklumat lanjut boleh didapati dalam gambaran keseluruhan Program Rakan Kongsi Cisco 360. Rakan kongsi boleh mengetahui butiran tambahan di laman web Program Rakan Kongsi Cisco 360, manakala pelanggan boleh mencari rakan kongsi Cisco melalui alat Partner Locator.