Apa Itu P/E Ratio (Price-To-Earnings Ratio)?

Price-to-earnings ratio atau pun ringkasnya P/E ratio merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh pelabur dan pedagang untuk menilai harga saham bagi sesebuah syarikat.

Contohnya : harga Saham A = RM1, harga Saham B = RM10. Saham mana lebih rendah nilainya?

Keliru tak? Harga saham saja tak cukup mencerminkan nilai sesuatu saham.

P/E ratio diperoleh dalam nilai gandaan apabila harga pasaran saham (market price per share) dibahagi dengan pendapatan bagi satu unit saham (earning per share).

P/E ratio yang negatif bermakna syarikat tersebut sedang mengalami kerugian, manakala P/E ratio yang tinggi berbanding syarikat yang berada dalam industri yang sama, menunjukan bahawa syarikat berkenaan dijangka untuk berkembang pada masa akan datang.

Namun begitu, P/E ratio yang tinggi juga boleh membawa maksud harga saham tersebut berada dalam keadaan overvalued.

Ratio ini sesuai digunakan bagi membandingkan harga saham di antara syarikat yang berada dalam industri dan perniagaan yang sama. Syarikat-syarikat ini kebiasaannya akan mempunyai P/E ratio yang hampir sama dan boleh dijadikan sebagai benchmark bagi industri tersebut.

P/E ratio dapat menentukan harga saham yang sesuai dengan keuntungan yang diperolehi syarikat.

Contoh 1:

Pada 31 Mac 2020, harga saham Ajinomoto Malaysia adalah RM13.00. Ia telah menjana sebanyak RM0.931 di dalam Earnings Per Share (EPS).

Maka, P/E Ratio bagi Ajinomoto adalah:
13.00 / 0.931 = 13.96

Contoh 2:

Pada 31 Mac 2020, harga saham Kossan Rubber Industries adalah RM5.13. Ia telah menjana sebanyak RM0.156 di dalam Earnings Per Share (EPS).

Maka, P/E Ratio bagi Kossan adalah:
5.13 / 0.156 = 32.88

Terdapat Dua jenis P/E ratio yang biasa digunakan bagi menganalisa saham dan menjangkakan nilai saham adalah Trailing dan juga Forward P/E.

Trailing P/E

Pengiraan bagi Trailing P/E menggunakan earning per share yang dilaporkan oleh syarikat berkenaan bagi empat suku tahunan yang lepas.

Dengan ini, penganalisa dapat mengenal pasti nilai P/E ratio pada masa kini dan juga harga saham yang bersesuaian dengan jumlah earning per share pada waktu itu. Kaedah ini digunakan bagi mengelakkan daripada melakukan kesilapan menggunakan jangkaan yang tidak tepat.

Namun, kaedah ini tidak dapat digunakan bagi membuat jangkaan nilai saham pada masa akan datang.

Forward P/E

Pengiraan bagi Forward P/E menggunakan jangkaan earning per share syarikat pada masa akan datang.

Dengan kaedah ini, penganalisa saham akan dapat membuat jangkaan nilai P/E ratio dan nilai saham pada masa akan datang. Kaedah ini digunakan bagi mengambil peluang untuk membeli saham dengan lebih cepat dan lebih murah.

Namun, dengan menggunakan kaedah ini, pelabur dan pedagang terdedah kepada risiko terlebih jangka earning per share syarikat tersebut dan berpotensi mengalami kerugian apabila jumlah earning per share sebenar diumumkan.

Nilai benchmark P/E ratio bagi setiap industri adalah berbeza. Oleh itu, penting bagi pelabur dan pedagang untuk mempunyai ilmu berkenaan industri dan perniagaan syarikat yang sedang dinilai.

Kalau nak tahu apa yang dimaksudkan dengan margin keuntungan, ROE, DCF, Dividend Yield dan bermacam-macam lagi; jemput baca Pengenalan Nisbah Kewangan (Financial Ratio).

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sektor Elektrik Dan Elektronik Antara Tumpuan Pelaburan Utama Tahun Ini – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) –Sektor elektrik dan elektronik (E&E) terutamanya semikonduktor, akan terus menjadi antara sektor utama untuk pelaburan berpotensi tahun ini, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian dalam merujuk kepada pelan pelaburan baharu itu dengan menyatakan bahawa MIDA telah lama menumpukan pada kepelbagaian industri.

“Di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS), MIDA akan terus melihat bagaimana kita boleh membina ekosistem yang telah kita bina selama 60 tahun untuk E&E dan semikonduktor.

“Kedua, dalam bidang kimia dan petrokimia, aeroangkasa, terutamanya dalam bidang kemampanan, kita bercakap mengenai teknologi hijau dan pelaburan hijau, ia juga penting.

“Kita mahu terus menjadi hab logistik utama. Itulah sebabnya, sebagai negara perdagangan yang terbuka kepada perdagangan, Malaysia perlu mengukuhkan habnya sebagai hab logistik untuk rantau ini, jika tidak pun untuk peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menghadiri siri penceramah Persatuan Alumni Felo Perdana bertajuk “Dari Bilik Lembaga Pengarah ke Pembinaan Negara: Pengajaran Kepimpinan daripada Perjalanan” (From Boardroom to Nation- building: Leadership Lesson from the Journey) di sini semalam.

Tengku Zafrul berkata apa yang paling penting ialah kesan limpahannya.

“Selain sumbangan kepada makroekonomi dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), inflasi dan jumlah pekerjaan, kita mahu memastikan bahawa apabila kuta memberi tumpuan kepada sektor-sektor ini, ia akan mewujudkan jenis pekerjaan yang betul.

“Anda dapat melihat bahawa ini adalah sektor-sektor di mana kerumitan ekonomi adalah tinggi. Justeru dengan jenis pekerjaan yang betul, kita boleh mendapat gaji yang lebih baik untuk graduan kita dan rakyat Malaysia,” katanya.

Tengku Zafrul berkata matlamat keseluruhan ekosistem adalah untuk mengintegrasikan syarikat tempatan ke dalam rantaian nilai global.

Beliau berkata selain daripada memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau syarikat di Malaysia, syarikat-syarikat ini juga harus menyokong syarikat multinasional, membolehkan mereka mengembangkan jangkauan mereka ke pasaran luar negara seperti India, China dan Amerika Syarikat.

“Akhir sekali, untuk Malaysia, kita ingin memastikan bahawa apabila anda melihat eksport negara, kita mahu membina industri yang akan memperkukuhkan kedudukan perdagangan kita di negara ini terutamanya apabila melibatkan eksport negara,” katanya.

Apabila ditanya mengenai sebarang projek atau memorandum persefahaman yang telah diformalkan, beliau berkata jumlahnya banyak tetapi menekankan bahawa pengumuman harus diserahkan kepada syarikat itu sendiri.

“Saya telah diberi taklimat bahawa perancangan itu kelihatan baik, kita baru bermula tahun ini dan terdapat banyak dari tahun lepas. Sehubungan itu, kita perlu menunggu pengumuman awam daripada syarikat-syarikat tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai anggaran nilai pelaburan daripada pelbagai sektor, Tengku Zafrul berkata tiada sasaran ditetapkan lagi kerana pihak pengurusan MIDA masih memuktamadkan butirannya.

“Seperti biasa, kita akan melihat bagaimana ekonomi global bergerak. Bagi sektor tertentu, kita tidak boleh hanya melihat kepada angka sahaja tetapi kita perlu melihat limpahan yang betul juga,” katanya.
— BERNAMA