Apakah Pelaburan Saham itu Syari’e?

[Peringatan : Posting ini agak panjang namun berbaloi untuk dibaca]

 

Mungkin ada yang bertanya tentang saham. Ada yang masih keliru, samada melabur dalam saham ni boleh atau tidak.

Selalu kita dengar orang sebut ‘main saham’. Barangkali inilah yang merisaukan sesetengah pihak.

Bukan main saham, tapi sebenarnya melabur dalam pasaran saham. Maka dalam kesempatan ini mari kita tengok secara ringkas, tentang kaitan saham dan beberapa syarat sah jual beli dalam Islam :

Pertama: Barang yang dijual adalah barang yang mubah (harus) manfaatnya.

Dari sini, barang yang haram pemanfaatannya seperti arak, babi, dan seumpamanya maka tidak boleh diperdagangkan. Justeru, dalam pelaburan saham, jenis-jenis saham yang tidak patuh syariah adalah tidak sah dan tidak halal untuk dijual beli atau dimiliki untuk diurusniagakan. Di dalam bursa Malaysia terdapat lebih 600 kaunter saham yang patuh syariah dan boleh diidentifikasi dengan mudah dalam platform dagangan atau “trading platform” dengan tanda bulat kecil di hujung nama setiap saham yang tersenarai.

Kedua : Barang dan wang mesti diketahui dengan jelas dan tidak boleh ada gharar (ketidak jelasan) ‘uncertainty’.

Ini bermaksud kita tidak boleh membeli barang yang tidak mampu dilihat atau tidak diketahui, seperti membeli janin yang masih dalam kandungan, atau membeli susu yang masih dalam kantungnya .

Dalam hadith Nabi s.a.w dilarang jual beli mulamasah, iaitu baju yang telah disentuh, maka itulah yang diambil dan dibeli. Begitu pula jual beli munabazah juga terlarang, iaitu seseorang melemparkan baju pada yang lain, maka itulah yang diambil dan dibeli. Kedua-dua jual beli ini mengandungi gharar atau ketidakpastian yang sangat tinggi, yaitu adanya ketidak jelasan ketika membeli. Boleh jadi yang didapat bagus dan boleh jadi yang didapat adalah yang tak baik.

Dari Abu Sa’id, meriwayatkan :

“Rasulullah s.a.w melarang dari munabazah, yaitu seseorang melempar pakaiannya kepada yang lain dan itulah yang dibeli tanpa dibolak-balik terlebih dahulu atau tanpa dilihat keadaan pakaiannya. Begitu pula beliau melarang dari mulamasah, yaitu pakaian yang disentuh itulah yang dibeli tanpa melihat keadaaannya” (HR. Bukhari no. 2144).

Antara yang dilarang juga adalah jual beli hasah (lemparan dengan batu kerikil), bermaksud jika lemparan kerikil jatuh pada pakaian atau sesuatu, maka itulah yang dibeli. Dari Abu Hurairah, ia berkata,

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari jual beli hasah (hasil lemparan kerikil, di mana jatuh, itulah yang dibeli) dan melarang dari gharar” (HR. Muslim no. 1513).

Masalah gharar (ketidakjelasan), inilah sebab utama yang membuat majoriti jual beli menjadi tidak sah. Namun ada gharar yang dimaafkan Yang mengandung spekulasi kerugian yang sedikit. Sebagaimana Ibnu Rusyd berkata :

“Para fuqaha’ sepakat bahwa gharar pada barang dagangan yang mengandungi ketidakpastian yang banyak itulah yang tidak bolehkan, sedangkan jika hanya sedikit, masih boleh ditoleransi (dibolehkan)”

Justeru, dalam pasaran saham ada yang mengatakan wujud unsur gharar, qimar(spekulasi) dan maysir (judi) jadi bagaimana?
Aktiviti spekulasi dan kegiatan jual beli di Bursa Malaysia tidak dapat dipisahkan, maka para ulama telah pun duduk berbincang mengenai isu spekulasi ini.

Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC), menerusi dua mesyuarat pada 16-17 Oktober dan 26 November 1997 telah mengesahkan aktiviti spekulasi ini adalah dibenarkan. Asas utamanya adalah aktiviti spekulasi adalah berbeza dengan berjudi. Hujah lanjut adalah seperti berikut:

Spekulasi adalah tindakan beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Ambil untung dari perbezaan dua harga itu tadi. Tujuannya untuk mendapatkan capital gain. Sedangkan itulah cara buat bisnes dalam mana-mana bidang sekalipun. Bai’ Muzayadah atau jual beli lelong pun berlaku aktiviti yang sama. Bai’ Murabahah juga begitu. Islam tidak melarang kegiatan ambil untung melalui aktiviti jual beli.

Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah membuat kawalan harga (price control) termasuk ketika ada orang ramai mengadu harga barang mahal. Justeru, apabila ada pihak yang untung apabila harga naik maka tu adalah dibenarkan. Pada masa yang sama, pihak peniaga perlu mengambil risiko sekiranya membeli pada harga tinggi dan harga kemudiannya jatuh pula. Apa yang utama adalah tidak ada penipuan dan manipulasi.

Walaupun aktiviti spekulasi dan perjudian nampak macam sama tapi ia TIDAK serupa. Justeru MPS (Majlis Penasihat Syariah) menasihatkan agar pelabur mempunyai pengetahuan secukupnya sebelum melakukan sebarang transaksi jual beli saham dan bukan bertindak seperti seorang kaki judi.

Maksudnya, selagi mana rukun dan syarat jual beli itu dapat dipenuhi, maka sama ada ia bersifat short term, atau long term, maka pembelian saham itu tadi adalah satu jual beli yang halal dan bersifat win-win situation dan bukannya zero sum game.

Sesuatu yang harus kita fahami, apabila kita membeli saham, kita membeli pemilikan dalam bisnes. Selaku pemilik bisnes, kita dapat hadir mesyuarat agung tahunan untuk mengundi, memilih pengarah syarikat, layak memperoleh dividen, layak memperoleh bonus dan juga terlibat dalam aktiviti korporat tertentu.

Beli saham bukan sekadar teka meneka harga.

Walaupun ada yang berbuat sedemikian, tetapi itu itulah perangai seperti KAKI JUDI. Sikap individu itu sendiri yang menjadikan aktiviti saham menjadi satu perjudian dan bukannya pasaran saham itu sendiri. Pasaran saham tak bersalah dalam hal ini [kredit to Pakdi.Net]

Kesimpulannya, jika ingin menentukan samada aktiviti melabur saham itu bersifat syari’e atau tidak so kena perhatikan beberapa hal berikut :

  1. Pastikan saham yang nak dibeli tu patuh syariah.
  2. MESTI tahu apa yang nak dibeli berdasarkan kajian samada menggunakan FA (fundamental analysis) atau TA (technical analysis) atau kedua-duanya sekali.
  3. Membuat perancangan jual beli saham yang teratur dan teliti (Trading Plan) supaya kita jelas apa yang nak dibeli dan bilakah masa yang sesuai membeli dan perancangan menjual yang tersusun. Ini boleh dilakukan dengan melihat kepada pergerakan saham berdasarkan carta dan graf serta melihat kepada beberapa teknik yang difikirkan seperti melihat bentuk ‘candlestick’, pattern pergerakan saham, ‘bullish’ atau ‘bearish sign’, ‘trading tactics’ dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut kena masuk kelas
  4. Jangan bersifat seperti kaki judi yang hanya melabur secara meneka-neka (main tikam) atau mendengar kata orang semata-mata tanpa membuat kajian anda sendiri sebelum membuat keputusan membeli saham.
  5. Teruskan mendalami ilmu tentang apa jua tindakan yang kita ingin lakukan. Kaedah menyebut : “Ilmu sebelum berbicara dan beramal.”

Plan Your Trade, Trade Your Plan…

Sekadar perkongsian, jika ada salah silap mohon dibaiki dan diperbetulkan oleh pakar-pakar di lapangan.
Wallahu A’alam.
Sumber asal : Ahmad Husni Abd Rahman

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.