Fakta merisaukan mengenai ASB. 71.5% pelabur hanya ada kurang RM536 dalam akaun

Amanah Saham Bumiputera

Adakah anda terkejut dengan tajuk di atas? Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh Bumiputera di Malaysia pada hari ini, dan ianya bukan sesuatu yang perlu dibanggakan.

Kalau anda tidak percaya, mohon muat turun kajian yang telah dilakukan oleh Khazanah Research Institute di pautan berikut:

The State of Households II <

Bagi siapa yang tidak mengenali siapa KRI ini, ianya merupakan sebuah organisasi bukan untuk keuntungan yang ditaja oleh Khazanah Nasional Berhad – sebuah badan pelaburan untuk kerajaan Malaysia.

Disebabkan ASB merupakan salah sebuah instrumen pelaburan yang dijamin kerajaan dan selamat, ramai yang memilih untuk melabur di dalam ASB. Malah, terdapat banyak bank-bank yang menawarkan ASB loan dengan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kadar dividen tahunan.

Menurut kajian ini, purata simpanan bagi pelabur di dalam ASB adalah RM15,928 pada tahun 2014.

Tetapi bagi golongan terbawah sekali iaitu sebanyak 71.5% pelabur hanya mempunyai pelaburan berjumlah kurang daripada RM536 di dalam akaun ASB mereka. Dan 0.2% pelabur teratas mempunyai purata simpanan sebanyak RM745,038.

Maka betul lah adanya jurang yang sangat besar di antara golongan terkaya dan golongan termiskin di Malaysia, jika kita ambil fakta ini sebagai rujukan.

Rakyat Malaysia Kurang Menyimpan

Jadi dimanakah rakyat Malaysia menyimpan duit mereka?

Ya, rakyat Malaysia kebanyakannya mempunyai simpanan di KWSP.

Itupun disebabkan ianya wajib dari segi undang-undang bagi mereka yang bekerja untuk mencarum sebahagian daripada gaji yang diterima ke dalam KWSP dan tidak boleh dibawa keluar sewenang-wenangnya.

Purata jangka hayat Malaysia adalah 75 tahun. Purata umur persaraan adalah 55 tahun. Namun seorang daripada lima pencarum KWSP yang menghampiri tempoh persaraan, mempunyai kurang daripada RM10,000 di dalam akaun KWSP mereka. Jom kita tengok pula jadual di bawah:

Kadar simpanan pencarum KWSP untuk kumpulan umur 51-55, pada tahun 2014

Purata Simpanan (RM)
Golongan 13.5% Terbawah5,621
Golongan 6.5% Seterusnya9,585
Golongan 1.6% Teratas1,600,000

 

Lagi sekali kita lihat, jurang yang amat besar di antara golongan 20% terbawah di kalangan pencarum KWSP dengan golongan 1.6% teratas. Lagi sekali ia menyokong fakta bahawa terdapat jurang yang sangat besar di antara golongan terkaya dan golongan termiskin di Malaysia.

Bagaimana Nak Atasinya?

Selain daripada menerima ketentuan daripada Allah, anda perlu hadam realiti terlebih dahulu.

Teruskan usaha untuk belajar bagaimana untuk menjadi pelabur bijak, dengan menggunakan wang yang sedikit dan gandakannya. Ada pelbagai alternatif kepada ASB. Pertimbangkan untuk melabur di Unit Trust & pelaburan saham di Bursa Malaysia (patuh syariah) yang boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Pertama sekali anda perlu bijak mengurus wang dengan mengamalkan simpanan wajib setiap bulan. Paksa diri anda untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji yang anda terima ke dalam akaun berasingan untuk tujuan pelaburan.

Pelaburan ada satu X-Factor yang lain daripada yang lain, iaitu “compounding interest” atau faedah berganda.

Sikit-sikit lama jadi bukit, pelaburan yang kecil tetapi konsisten akan menjadi besar jumlahnya selepas tempoh masa tertentu. Cukuplah untuk buat sebagai simpanan persaraan kelak, daripada terus hidup di dalam kemiskinan dan perlu bekerja walaupun sudah bersara.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengenalan Semula Program Cukai Pengakuan Sukarela Akan Bantu Tambah Hasil Kerajaan

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Pengenalan semula program pengakuan sukarela khas mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Dis 2024 akan membolehkan pengampunan ke atas penalti 100 peratus terhadap cukai langsung dan tidak langsung yang tidak dibayar akan membantu menambah hasil kerajaan selain memberi manfaat kepada pembayar cukai yang ingin memanfaatkan inisiatif tersebut.

Pengenalan semula program itu diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Presiden Chartered Tax Institute Malaysia (CTIM) Chow Chee Yen berkata keinginan pembayar cukai untuk tampil mendedahkan cukai yang belum dibayar secara sukarela mungkin tidak begitu kuat melainkan terdapat alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

“Komunikasi daripada jangkaan dan ketelusan antara pihak berkuasa cukai dan pembayar cukai turut dijangka memberi kesan kepada hasil yang diinginkan daripada program tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pengurangan kadar cukai sebanyak dua mata peratusan untuk banjaran pendapatan boleh cukai RM35,001 hingga RM100,000 dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2.4 juta pembayar cukai daripada kumpulan M40 berpendapatan sederhana.

“Ini adalah satu pengiktirafan bahawa kenaikan kos sara hidup turut melanda kumpulan M40 selain kumpulan B40 yang menerima sebahagian besar daripada bantuan kerajaan.

“Didapati bahawa kerajaan bersedia untuk melanjutkan pengurangan kadar cukai kepada mereka yang berada dalam banjaran boleh cukai RM35,001 hingga RM50,000 yang bukan penerima untuk cadangan yang sama (sebelum ini),” katanya.

Sebaliknya, Chow berkata kerajaan telah mencadangkan untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 0.5 hingga dua mata peratusan untuk banjaran boleh cukai RM100,001 hingga RM1 juta, yang dijangka memberi kesan kepada kira-kira 150,000 pembayar cukai.

“Pelarasan semula kadar cukai untuk banjaran tersebut konsisten dengan apa yang dilihat sebagai pemikiran kerajaan untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dan memperluas asas cukai kepada mereka yang mampu,” katanya.

— BERNAMA