Apa Kata Pensyarah Ekonomi Tentang Manifesto BN Dan PH?

Bahang Pilihan Raya Umum ke-14 semakin panas. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh-tarikh penting berikut:

Hari Penamaan Calon : 28 April 2018 (Sabtu)
Hari Mengundi Awal : 5 Mei 2018 (Sabtu)
Hari Mengundi : 9 Mei 2018 (Rabu)

Menariknya juga, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan manifesto masing-masing untuk memenangi hati dan meraih undi.

Dari aspek ekonomi dan pembangunan negara, kedua-dua belah pihak cuba memberi harapan dan perancangan terbaik sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara.

Profesor Madya Dr. Mohd. Azlan Shah Zaidi

Berbicara tentang manifesto yang diumumkan, Pensyarah Ekonomi daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd. Azlan Shah Zaidi berkata, sesiapa sahaja yang terpilih menerajui kerajaan, perlu mengotakan manifesto yang telah dibuat.

Mengulas tentang kedua-dua manifesto yang telah dibincangkan, Dr. Mohd. Azlan memberitahu, kedua-dua pihak ada menyatakan manifesto atau usul yang berkaitan dengan ekonomi dan pembangunan negara.

Manifesto BN Menyeluruh Dan Teliti

“Manifesto yang dibentangkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu nampak menyeluruh dan teliti.

“Saya sifatkan manifesto yang dibentangkan sebagai pelengkap kepada program-program yang lain yang telah dilaksanakan oleh BN sebelum ini,” katanya kepada Majalah Labur.

Menyentuh dari aspek ekonomi, Dr. Mohd. Azlan berkata, manifesto yang dibawa merupakan usaha yang menarik dan bagus kerana membela golongan berpendapatan rendah dan menangani isu terdekat dengan mereka iaitu kos sara hidup yang makin tinggi dan masalah perumahan.

Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

Mengambil contoh intipati manifesto Kediaman 1Negaraku yang melantik Bank Khas untuk uruskan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah RM300,000 ke bawah, beliau menyifatkan ia sebagai usaha yang baik berikutan kos rumah yang semakin mahal belakangan ini.

“Jika tidak, golongan berpendapatan rendah hanya mampu dengar dan tengok sahaja tapi tak mampu nak beli rumah kerana harga yang mahal,” ujar Dr. Mohd. Azlan.

Menurut beliau, dengan manifesto tersebut, ia membawa satu harapan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Ia juga kesinambungan kepada program yang telah dijalankan sebelum ini seperti Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan rumah Mesra Rakyat,” jelasnya.

Ke Arah Ekonomi Digital

Di samping itu, menyentuh intipati memperkasakan digital dengan mewujudkan 1 juta usahawan digital, menjihadkan ekonomi halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara dan mewujudkan 3 juta peluang pekerjaan, Dr. Mohd. Azlan menyambut baik usaha tersebut yang dilihat mampu melonjakkan ekonomi negara.

Menjanjikan peluang pekerjaan dan menyediakan kemahiran dalam usaha ke arah negara industri berteknologi tinggi, ia adalah usaha yang mampu membawa negara menuju negara maju.

Katanya, dengan kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta dalam membincangkan mekanisme upah yang lebih tinggi dan mengurangkan pengambilan pekerja asing, beliau yakin usaha untuk memajukan negara dapat dicapai.

Usaha untuk menyemarakkan industri berteknologi tinggi juga membuka lembaran baru buat pekerja tempatan. Namun Dr. Mohd. Azlan menegaskan, rakyat perlu bersedia ke arah itu dengan diberi latihan dan bimbingan dari institusi pendidikan atau kemahiran.

Manifesto PH Mesra Rakyat

Ketika diminta mengulas manifesto daripada PH iaitu menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat, jelasnya manifesto tersebut dari perspektif rakyat adalah baik dan disukai.

Bagaimanapun, PH perlu menjelaskan dengan lebih terperinci adakah sumber pendapatan negara yang lain (untuk gantikan GST dan penghapusan tol) diwujudkan atau akan diperkenalkan sistem percukaian yang baharu?

Menyentuh perihal menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar, jika ia melibatkan pasaran domestik sahaja, Dr. Mohd. Azlan berkata, ia mungkin boleh dilaksanakan.

Perlu Cari Pendapatan Lain Untuk Negara

Namun jelasnya, sekiranya GST dihapuskan, satu sumber pendapatan negara yang baru perlu dicari untuk menjadi sokongan apabila pelaksanaan subsidi dilaksanakan. PH perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana sistem percukaian mesra rakyat yang akan diwujudkan.

PH juga ada menyatakan dalam manifesto mereka untuk mengkaji semula kadar cukai pendapatan peribadi dalam usaha mengurangkan beban golongan pertengahan dapat dikurangkan.

Menurutnya, ia adalah langkah yang wajar kerana golongan M40 merupakan golongan yang berada di sempadan yang bila-bila masa sahaja boleh ke bawah atau ke atas.

Secara kesimpulannya menurut Dr. Mohd. Azlan, manifesto BN bersifat pelengkap dan kesinambungan kepada usaha-usaha yang telah dilakukan dan diterangkan secara teliti sebelum ini manakala manifesto PH pula bersifat umum dan perlu dijelasnya dengan lebih lanjut kepada rakyat.

Itu pendapat pakar ekonomi, jemput baca pula pendapat kami di Majalah Labur yang tak seberapa mengenai Manifesto Barisan Nasional, Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan – Sudut Kewangan.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.