Bursa Bekukan Had Atas NOTION (0083), NOTION-WC (0083WC), HLT (0188), HLT-WA (0188WA) & ESCERAM (0100)

Tahniah diucapkan kepada para pemegang saham Notion, Notion-WC, HLT, HLT-WA dan Esceram (tak patuh syariah). Dua hari berturut-turut harga saham mereka mencecah Limit Up, atau paras tertinggi yang dibenarkan dalam masa sehari.

Namun, disebabkan kenaikan yang luarbiasa dicatatkan bagi kelima-lima saham ini, maka Bursa terpaksa campur tangan dengan membekukan had kenaikan mereka.

Sumber: Bursa Malaysia

Ianya merupakan ketetapan oleh Bursa Malaysia di bawah Chapter 8.13 (5) TRADING dan Trading Manual Chapter 4, Reference Price And Price Limits (4.3) Freezing of Price.

Ini bagi mengelakkan ‘panic buying’ untuk hari ketiga. Nak bagi market bertenang dulu.

Apa Itu Limit Up?

Sumber: Trading View

Bagi saham yang berharga atas RM1, maksima kenaikan bagi satu hari adalah 30%. Maknanya, kalau harga saham sekarang adalah RM1, maka kenaikan maksimum dalam masa sehari adalah RM0.30. Daripada RM1, naik ke paras RM1.30.

Sumber: Trading View

Bagi saham yang berharga di bawah RM1 pula, maksima kenaikan bagi satu hari adalah RM0.30. Maknanya, kalau harga saham sekarang adalah RM0.50, maka kenaikan maksimum harga saham tersebut adalah sehingga RM0.80 atau 60%.

Apa Kesannya Kepada Harga Saham Yang Kena Beku?

Sekiranya momentum belian masih kuat, harga berkemungkinan akan kekal di paras tersebut. Kalau jatuh pun sikit saja. Hari selepas pembekuan tersebut diangkat, harga saham berkemungkinan naik lagi.

Tapi sekiranya orang ramai mengambil keuntungan (take profit) secara besar-besaran (terutamanya yang beli pada hari pertama Limit Up), maka harga saham akan merudum. Dan hari selepas pembekuan tersebut diangkat, harga saham berkemungkinan akan turun lagi.

Pembekuan Had Bawah Pun Ada

Kalau nak tahu, perkara yang sebaliknya juga pernah berlaku apabila Bursa Bekukan Had Bawah MYEG dan George Kent. Semuanya gara-gara kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Ke-14 pada bulan Mei 2018 yang lalu.

Saham MyEG dan George Kent telah membuat Limit Down untuk dua hari berturut-turut. Bagi mengelakkan ‘panic selling’ berterusan, maka Bursa pun bekukan had bawah mereka bagi menenangkan suasana.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian