Bursa Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Sebanyak RM667,000

Pada 2 Mac 2021, Selasa lalu, Bursa Malaysia Berhad (Bursa) telah membuat pembayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM667,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Menurut Bursa, ini adalah pembayaran Zakat Perniagaan kali pertama yang pernah dibuat sejak penubuhannya.

Jumlah itu mewakili jumlah pembayaran Zakat Perniagaan Bursa bagi tahun kewangan 2020. Pembayaran zakat itu merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporatnya yang sejajar dengan ikrar Bursa untuk menyumbang satu peratus daripada keuntungan selepas cukainya kepada projek komuniti yang akan membawa perubahan positif dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Pada bulan Februari 2021, Bursa mengumumkan jumlah keuntungan selepas cukai, Zakat dan kepentingan minoriti (PATZAMI) sebanyak RM377.7 juta. Ia adalah peningkatan 103.2 peratus berbanding RM185.9 juta yang dicatatkan dalam tahun kewangan 2019.

Prestatsi ini disumbang oleh prestasi luar biasa Pasaran Sekuriti dan Derivatif, yang merekodkan pendapatan operasi lebih tinggi sebanyak RM778.8 juta berbanding RM480.1 juta pada tahun kewangan 2019 iaitu kenaikan sebanyak 62.2 peratus.

Ia juga prestasi kewangan tahunan tertinggi Bursa sejak menjadi syarikat yang disenaraikan di Pasaran Bursa Malaysia pada tahun 2005.

Selari dengan jumlah keuntungan yang melonjak lebih 100 peratus itu, Bursa turut mengumumkan dividen sebanyak 0.26 sen seunit dan dividen istimewa sebanyak 0.08 sen seunit bagi pemegang saham Bursa (1818).

Berdasarkan kepada pengumuman itu dan bayaran Zakat Perniagaan oleh Bursa, pemegang saham Bursa tidak perlu membayar Zakat ke atas dividen yang diterima kerana Zakat telah pun dibayar.

Boleh rujuk di pautan berikut: https://www.bursamalaysia.com/reference/faqs/islamic_market/faqs_on_zakat_on_shares

Selain daripada itu , Bursa memaklumkan bahawa pembayaran Zakat Perniagaan ini adalah tepat pada masanya memandangkan saham Bursa (1818) baru disenaraikan sebagai saham patuh Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti dan dimasukkan ke dalam senarai sekuriti patuh Shariah pada bulan Mei 2019.

Bursa juga telah melakar sejarah apabila melancarkan Bursa Malaysia-i yang merupakan platform pelaburan patuh Shariah pertama di dunia pada tahun 2016. Sehingga hari ini, terdapat 16 broker patuh Shariah yang berdaftar iaitu:

  1. Affin Hwang Investment Bank Berhad (window)
  2. Alliance Investment Bank Berhad (window)
  3. AmInvestment Bank Berhad (window)
  4. BIMB Securities Sdn Bhd (full-fledged)
  5. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (window)
  6. Hong Leong Investment Bank (window)
  7. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd (window)
  8. Kenanga Investment Bank Berhad (window)
  9. Malacca Securities Sdn Bhd (window)
  10. Maybank Investment Bank Berhad (window)
  11. MIDF Amanah Investment Bank Berhad (window)
  12. Public Investment Bank Berhad (window)
  13. RHB Investment Bank Berhad (window)
  14. TA Securities Holdings Berhad (window)
  15. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd (window)
  16. KAF Equities Sdn Bhd (window)

Broker yang menawarkan perkhidmatan “Islamic Window” merupakan sebahagian daripada entiti Institusi Kewangan Konvensional yang menjalankan aktiviti pelaburan patuh Syariah manakala broker “Full-fledged” adalah sebahagian daripada entiti Institusi Kewangan Islam yang menawarkan perkhidmatan patuh Syariah sepenuhnya.

Sebagai pelabur Muslim, pastikan akaun pelaburan (Trading Account) kita dibuka di mana-mana daripada 16 senarai syarikat tadi bagi menjamin kelangsungan pelaburan yang patuh Shariah.

Semoga langkah ini menjadi panduan dan contoh kepada syarikat-syarikat yang disenaraikan di Pasaran Modal Bursa Malaysia dan yang tidak disenaraikan untuk membayar Zakat Perniagaan masing-masing.

Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus kepada pengurusan kewangan, pembasmian kemiskinan, dan pembinaan masyarakat madani. Beliau boleh dihubungi di [email protected].

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.