Apa Kuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Untuk Dapatkan Maklumat Kita? Dan Selamatkah Data Kita?

Musim cukai kembali lagi, ramai yang sudah mula membuat e-filing apabila ianya dibuka pada 1 Mac 2021. Bagi cukai taksiran tahun 2020, pihak LHDN telah memberikan lanjutan 15 hari sehingga 15 Mei 2021 untuk membuat e-filing ini.

Tetapi persoalan yang bermain di minda, apakah kuasa yang pihak LHDN ada untuk mendapatkan maklumat kita?

Jom kita sama-sama ambil tahu mengenainya.

Program Pengumpulan Maklumat

Sumber: Laman Web LHDN

Melalui e-SMUP (Sistem Pengumpulan Maklumat), ianya merupakan program pengesanan dan pematuhan yang dijalankan oleh LHDNM melalui pengumpulan maklumat tambahan seperti maklumat pelbagai punca pendapatan, maklumat pembelian dan pemilikan aset, maklumat keahlian persatuan / kelab dan sebagainya.

Objektif program ini adalah untuk menyokong aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan yang dijalankan oleh LHDNM, dan menyediakan maklumat bagi tujuan pembesaran asas cukai.

Seksyen 81, Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan kuasa kepada LHDNM untuk meminta maklumat.

Sumber: Akta Cukai Pendapatan 1967 (versi dalam talian pada 1 Januari 2019) – mukasurat 259

Agensi Kerajaan/Syarikat swasta/individu dan orang perorangan yang yang dikehendaki untuk membekal maklumat melalui surat/notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai pendapatan 1967, perlu untuk mengemukakan maklumat dalam format softcopy kepada Cawangan LHDNM yang berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis/surat. Sekiranya memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyediakan maklumat tersebut, permohonan untuk melanjutkan tempoh masa pengemukaan boleh dibuat kepada Cawangan LHDNM yang berkenaan.

Maksudnya kalau ada terima surat / emel dari LHDNM jangan pula buat-buat tak nampak.

LHDN juga tertakluk kepada kerahsiaan di bawah Seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967, yang memperuntukkan bahawa maklumat terperinci berhubung siasatan itu tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga.

Sumber: Akta Cukai Pendapatan 1967 (versi dalam talian pada 1 Januari 2019) – mukasurat 360-363

Selain dariada itu, pihak LHDN juga mempunyai dasar keselematan mereka tersendiri. Ini adalah penting kerana semakin ramai orang yang beralih ke e-filing, maka mereka kena pastikan data peribadi kita semua adalah selamat.

Dasar Keselamatan

Sumber: Laman Web LHDN

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Jom Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pembayar Cukai

Dengan tarikh terakhir untuk submit e-filing adalah pada 15 Mei 2021 bagi tahun taksiran cukai 2020, jom kita buat hari ini juga. Boleh layari laman web LHDN di https://ez.hasil.gov.my/CI/.

MyTax, Laman Web Baru LHDN

Terkini, pihak LHDN juga baru melancarkan MyTax dengan pelbagai ciri-ciri menarik bagi memudahkan orang ramai untuk membuat e-filing.

Boleh layari https://mytax.hasil.gov.my/

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama