Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

Sebelum ini, kami ada bercerita tentang kewujudan IdealRatings Untuk Semak Saham Global Patuh Syariah Atau Tidak. IdealRatings ada mengeluarkan Laporan Pematuhan yang mengandungi Saringan Perniagaan dan Saringan Kewangan syarikat-syarikat global.

Namun ianya merupakan laporan berbayar, dan agak sukar bagi pelabur runcit macam kita untuk mengeluarkan duit untuk mendapatkan laporan setiap syarikat global yang ingin kita labur.

Jadi apakah pilihan lain yang ada?

Alhamdulillah, di sebalik laporan berbayar yang dikeluarkan IdealRatings – mereka juga ada menyediakan cara mudah untuk semak status patuh Syariah saham Global menggunakan aplikasi telefon pintar.

Memperkenalkan Aplikasi Islamic Investor

Bagi pengguna Android, boleh muat turun di sini.

Bagi pengguna Apple pula, boleh muat turun di sini.

1. Dah muat turun, boleh launch aplikasi tersebut. Boleh pilih nak guna bahasa English atau Arab, pilih English.

2. Daftar sebagai pengguna baru atau create akaun baru. Boleh juga login sebagai guest kalau taknak daftar.

3. Kalau nakkan akses kepada pasaran saham Amerika Syarikat, klik Deny. Kalau klik Allow, sistem akan mengesan lokasi kita dan memilih Bursa Malaysia. Maka kita hanya dapat tengok saham-saham Malaysia saja.

4. Bergantung kepada pilihan di #3 tadi, jika kita memilih Allow, maka kita akan dapat lihat saham-saham di Malaysia. Kalau tersalah pilih dan nak tengok saham-saham Amerika Syarikat, perlu Uninstall dan Install semula.

Bila kita klik Deny, sistem secara default akan paparkan saham-saham di Amerika Syarikat.

Iklan

5. Nak tengok saham yang kita minat dan nak tahu status patuh Syariah, klik pada ikon Kanta untuk Search dan masukkan nama syarikat.

6. Maka keluarlah status patuh Syariah. Kalau Pass menandakan ianya patuh Syariah. Contoh syarikat yang patuh Syariah adalah Apple, Facebook, Google (Alphabet), Microsoft.

McDonalds dengan Starbucks pun patuh Syariah tau.

7. Contoh saham syarikat yang tak patuh Syariah yang mempunyai status Fail pula adalah Amazon.com, Netflix, Boeing, American Express dan Goodyear Tire.

Sekarang dah tahu cara-cara nak semak status patuh Syariah sesuatu saham Global, maka rebutlah peluang untuk melabur di pasaran saham Global.

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bahana Politik Punca Saham Syarikat Super Ring Naik?

Apabila teringat video yang membuatkan keropok Super Ring viral beberapa bulan lepas membuatkan kita geli hati melihat gelagat seorang wanita yang membuat bantahan di perkarangan Dataran Merdeka sekitar bulan Mac yang lalu.

Ketika itu bantahan ditujukan kepada kerajaan baru selepas Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri ketujuh. Semuanya tampak serius pada mulanya sehinggalah beberapa bait-bait lucu dikeluarkan oleh wanita tersebut di hadapan khalayak ramai sehingga mengaitkan snek popular kegemaran rakyat Malaysia iaitu keropok ‘Super Ring’.

“Orang cakap orang Malaysia ni diam diri, tak kesah kalau politik tukar, tak kesah! duduk boleh makan keropok Super Ring dengar berita, hey aku tak macam tulah! aku marah!”

Demikianlah bait-bait wanita itu yang mengundang viral di media sosial sehingga tidak dijangka populariti keropok Super Ring semakin meningkat saban hari.

Dalam tempoh beberapa bulan lamanya ia dijadikan sebagai bahan jenaka sehinggalah ia terus dipopularkan oleh mantan perdana menteri ke-enam Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka yang ditudingkan kepada pihak pembangkang selepas kerajaan baru tertubuh pada bulan Mac yang lalu.

Ironinya sejak bulan Mac 2020 juga saham syarikat pengeluar produk ini membuat kenaikan yang meyakinkan hingga mencapai paras tertinggi dua tahun lepas.

Pergerakan Harga OFIH Sejak Mac 2020. Sumber: Tradingview

Jadi, siapakah syarikat pengeluar Super-Ring?

Syarikat tersebut adalah Oriental Food Industries Holdings Berhad (OFIH). Syarikat ini beroperasi dalam tiga segmen perniagaan iaitu: Pembuatan dan pemasaran makanan berasaskan snek; pembangungan hartanah, dan syarikat pemegang pelaburan.

Iklan

Subsidiari di bawah syarikat ini termasuklah Oriental Food Industries Sdn Bhd., OFI Properties Sdn Bhd. dan Oriental Food Marketing (M) Sdn Bhd. Salah satu anak syarikatnya Oriental Food Industries Sdn. Bhd menjalankan perniagaan dalam pembuatan dan pemasaran makanan berasaskan snek yang mana terbahagi kepada empat kategori iaitu snek, wafer, snek potato dan produk bakeri.

Antara produknya yang popular adalah di bawah jenama Rota, Super Ring, Jacker dan Oriental. Kilang pengeluaran produk-produk ini pula terletak di Air Keroh Industrial Estate, Melaka.

Pergerakan Saham OFIH Sejak Mac 2020

Walaupun pada awal bulan Mac itu terdapat penurunan oleh saham OFIH daripada sekitar RM0.675 kepada paras terendah bulan tersebut RM0.45, tetapi sejak dari itu ia merekodkan kenaikan dua bulan berturut-turut pada April dan Mei.

Kenaikan OFIH berterusan sehingga mencecah paras tertinggi yang pernah dicapai dua tahun lalu di sekitar harga RM0.81 sesaham pada 11 Jun 2020.

Setakat pada hari ini (30 Julai 2020) saham OFIH berlegar di sekitar harga RM0.73 dengan modal pasaran keseluruhan berjumlah RM175.2 juta.

Boleh beli ke saham ni? Beli memang boleh, tetapi dah ada akaun CDS belum? Yakin ke harga saham tu boleh naik lagi?

Baca lagi Cara Buka Akaun CDS

Iklan

Anda Peminat Sushi King? Rupanya Saham Syarikat Mereka Tersenarai di Bursa Malaysia

Jenama Sushi King sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat sushi tempatan. Setiap kali mereka mengadakan Promosi Sushi King Bonanza, pastinya outlet berkenaan sesak dipenuhi orang ramai.

Tahukah anda Sushi King sebenarnya merupakan jenama buatan Malaysia?

Ia diasaskan oleh Tan Sri Dr. Fumihiko Konishi seorang usahawan yang berasal dari Nanao, Jepun. Beliau telah jatuh cinta dengan Malaysia dan membuat keputusan untuk membina empayar bisnesnya di sini.

Tan Sri Dr. Fumihiko Konishi, founder Sushi King

Sushi King membuka outlet pertama mereka di Kuala Lumpur pada 1995. Idea untuk memperkenalkan sushi kepada rakyat Malaysia sebenarnya diusulkan oleh pemilik pasaraya Yaohan Malaysia yang terletak di The Mall (kini dikenali sebagai Sunway Putra Mall). Beliau mencabar Dr Konishi pada ketika itu kerana Konishi seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak pernah mengatakan tidak.

Dr Konishi berjaya meyakinkan Ahli Lembaga Pengarah syarikatnya, Texchem dan berjanji untuk menutup operasi bisnes dalam masa 9 bulan jika bisnes ini tidak mendapat sambutan. Agak mengejutkan, ketika hari pertama outlet Sushi King dibuka, orang ramai beratur sepanjang 50 meter!

Menyedari akan potensi makanan halal, Sushi King berusaha untuk mendapatkan sijil halal sejak tahun 2000 dan pada tahun 2016, mereka berjaya memperolehi status halal. Bermula dengan sebuah outlet dan kini mereka sudah berkembang melebihi 100 cawangan di sekitar Lembah Klang dan kebanyakan bandar-bandar utama seluruh Malaysia.

Iklan

Texchem Resources Yang Disenaraikan Di Bursa Malaysia, Tak Patuh Syariah

Parent company kepada Sushi King Sdn Bhd ialah Texchem Resources Berhad. Texchem merupakan syarikat dalam sektor Industrial Products dan Services. Mula tersenarai di Papan Kedua (Second Board) KLSE pada tahun 1993 dan pada Jun 2001 ia ditukar penyeneraian ke Papan Utama (Main Board) Bursa Malaysia.

Texchem diasaskan oleh Dr Konishi sendiri pada 1973 yang juga merupakan Group Executive Chairman. Syarikat ini bermula dengan menjalankan perniagaan berasaskan textile chemical dan kemudian berkembang kepada pebagai perniagaan lain. Empat teras perniagaan utama mereka dalam kategori Restoran, Perindustrian , Pemakanan & Kejuruteraan Polymer.

Penerangan lanjut mengenai setiap division seperti berikut:

  1. Industrial division – This division is involved in the marketing, sales and distribution of industrial raw materials, manufacturing of textile auxiliaries and chemicals and provision of analysis solutions on laboratory services.
  2. Food division – This division is involved in integrated seafood operations and exports seafood products including frozen seafood, fresh seafood, value-added seafood, Sashimi grade seafood, Surimi, Surimi-based products, fishmeal and dried seafood to international market.
  3. Restaurant division – This division is involved in the operation of a range of restaurant brands catering for diverse market segments including, Sushi King, Miraku, , Goku Raku Ramen, Tim Ho Wan, Yoshinoya, Hanamaru Udon, and Doutor Coffee.
  4. Polymer engineering division – This division is involved in design, tooling, production and sale of thermoforming packaging products, extruded plastic sheets, polymer compounds, precision injection moulded trays/parts and mould.

Seperti yang kami beritahu awal tadi, saham Texchem tak patuh Syariah. Walaupun tak boleh beli, tapi anda masih boleh jadikan syarikat ini untuk tujuan kajian saham. Sejak tahun 2015, keuntungan tahunan syarikat semakin berkurang tapi mereka tetap memberikan pulangan dividen yang stabil pada kadar 10 sen kepada pemegang saham syarikat.

Sumber Rujukan: Forbes Asia

Sumber: Bursa Marketplace

Iklan

Ambil Tahu 11 Perkara ini Sebelum Nak Melabur Saham Wellcall

Tersenarai pada Julai 2006, Wellcall Holdings Bhd ialah syarikat pembuatan hos getah untuk penggunaan industri yang terbesar di Malaysia. Hos getah Wellcall boleh digunakan dalam pelbagai jenis industri seperti air dan udara, automobil, pembinaan kapal, gas dan kimpalan, minyak, dan pembuatan produk makanan.

Baru sahaja, Wellcall telah menerbitkan laporan tahunan 2018. Maka, saya ingin memberikan ‘update’ mengenai keputusan kewangan Wellcall terkini dan menilai sahamnya secara objektif dengan penggunaan metrik penilaian.

Jom kita tengok 11 perkara yang anda harus tahu tentang Wellcall sebelum nak melabur ke dalamnya.

1. Kepentingan Jualan Eksport bagi Wellcall

Bagi tahun 2018, 89% daripada perolehan Wellcall disumbangkan oleh jualan eksport ke pelanggannya yang terletak di lebih daripada 70 buah negara. Pasaran utama mereka adalah Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Asia Pasifik dan juga Timur Tengah. Sumbangan jualan daripada pasaran tersebut ialah:

No. Pasaran Utama Jualan 2018 (RM ‘000) Jualan (%)
1 Amerika Syarikat & Kanada 43,115 25.2%
2 Asia & Timur Tengah 42,043 24.6%
3 Eropah 29,443 17.2%
4 Australia & New Zealand 20,449 11.9%
5 Pasaran Lain 36,074 21.1%
Jumlah Keseluruhan 171,124 100%

Sumber: Laporan Tahunan Wellcall 2018

2. Pembinaan Kilang #3 di Mukim Sungai Terap, Perak

Pada tahun 2013, Wellcall telah membeli sebuah tanah milik sementara yang saiznya 8.16 ekar di Perak dengan harga RM4.63 juta. Selepas dibeli, ia telah membina kilang ketiganya di atas tanah dan kilang tersebut telah mula beroperasi pada tahun 2016.

Pada hari ini, Wellcall kini sedang beroperasi dengan 3 buah kilang pembuatan hos getah di Malaysia.

3. Perolehan Meningkat 9.0% Setahun

Wellcall telah menambahkan perolehan keseluruhannya dengan kadar 9.0% setahun. Ia menambah dari RM79.0 juta pada 2009 kepada RM171.1 juta pada 2018.

Kejayaan ini disumbangkan oleh peningkatan jualan ia ke pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Australia, New Zealand dan pasaran lain seperti Malaysia and Amerika Selatan.

Sumber: Laporan Tahunan Wellcall

4. Keuntungan Bersih Meningkat 10.1% Setahun

Wellcall telah meningkatkan keuntungan bersih dengan kadar tahunan 10.1% dari RM 13.3 juta pada tahun 2009 kepada RM 31.6 juta pada tahun 2018.

Ia merupakan sumbangan daripada peningkatan jualan secara berterusan pada masa 10 tahun tersebut dan pengawalan margin keuntungan secara stabil pada tahap 15% – 20% daripada jualannya.

Sumber: Laporan Tahunan Wellcall

5. Return on Equity (ROE) Purata Sebanyak 29.0% Setahun

Wellcall telah mencapai ROE purata sebanyak 29.01% setahun pada 10 tahun terkini. Ini bermaksud, daripada tahun 2009 ke tahun 2018, ia berjaya menjana keuntungan bersih sejumlah RM29.01 dari setiap RM100.00 dalam ekuiti pemegang saham.

Nota: ROE = (Untung Bersih / Ekuiti Pemegang Saham) x 100%

6. Wellcall Bijak Pengurusan Aliran Tunai

Pada tahun 2009 ke 2018, Wellcall telah menerima sejumlah RM303.4 juta dalam aliran tunai operasi. Daripada jumlah tersebut, ia telah:

– Melabur RM 74.2 juta ke Capital Expenditures (CAPEX)

– Membayar dividen RM 230.5 juta ke pemegang sahamnya

Wellcall telah berjaya mengawal baki tunainya dalam lingkungan RM35 – RM45 juta dalam tempoh 10 tahun tersebut. Ini membuktikan bahawa Wellcall bijaksana dalam pengurusan aliran tunai dan mempunyai keupayaan untuk membayar dividen ke pelabur dalam jangka masa yang panjang.

Iklan

Sumber: Laporan Tahunan Wellcall

7. Kewangan Wellcall Terkini Tetap Kukuh

Pada 30 September 2018, Wellcall telah merekodkan sebanyak RM 4.9 juta dalam liabiliti bukan semasa dan sejumlah RM 107.5 juta di dalam ekuiti pemegang saham. Maka, ‘gearing ratio’ terkini bagi Wellcall ialah 4.6%.

Nota:
Gearing Ratio
= (Liabiliti Bukan Semasa / Ekuiti Pemegang Saham) x 100%

Pada masa itu, Wellcall telah merekod sejumlah RM69.7 juta di dalam aset semasa dan sejumlah RM18.2 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa bagi Wellcall ialah 3.83.

Nota:
Nisbah Semasa = Aset Semasa / Liabiliti Semasa

8. Siapa Pemilik Utama Wellcall?

Pada 21 Disember 2018, Tan Kang Seng ialah pemilik terbesar Wellcall kerana beliau memiliki saham Maximum Perspective Sdn Bhd, pemilik utama Wellcall dengan pemegangan saham sebanyak 11.0%. Kini, Tan dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif Wellcall.

Selain daripada itu, Huang Sha yang mempunyai pemegangan saham sebanyak 3.4% kini dilantik sebagai Pengarah Urusan Wellcall. Beliau merupakan bapa kepada Huang Yu Fen dan Huang Kai Lin yang kini dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Pengurus Besar bagi Wellcall.

9. P/E Ratio Kini 19.65

Setakat 28 Januari 2019, harga saham Wellcall adalah RM1.25. Pada tahun 2018, mereka telah mencatatkan Earnings Per Share (EPS) sebanyak 6.36 sen.

Maka, P/E Ratio terkini bagi Wellcall ialah 19.65, berhampiran dengan P/E Ratio tertingginya dalam 10 tahun tersebut.

10. P/B Ratio terkini ialah 5.79

Pada tahun 2018, Wellcall telah mencatat aset bersih sejumlah 21.59 sen bagi setiap saham. Maka, P/B Ratio terkini bagi Wellcall ialah 5.79, terendah dalam masa 4 tahun yang terkini.

11. Kadar Dividen Terkini ialah 4.36% Setahun

Pada tahun 2018, Wellcall telah membayar sebanyak 5.45 sen dalam Dividend Per Share (DPS). Jika ia berupaya mengekalkan DPS bagi masa ke hadapan pada tahap 5.45 sen, kadar dividen terkini ialah 4.36% setahun bagi pelabur yang membeli saham Wellcall dengan harga RM1.25.

Sudut Pandangan

Wellcall telah mencatatkan pertumbuhan secara berterusan dari pelbagai aspek seperti perolehan dan keuntungan bersih bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Ia juga mengekalkan pembayaran jumlah dividen dan menunjukkan prestasi kekuatan kewangan sepanjang tempoh tersebut.

Ini telah menyebabkan kenaikan harga saham Wellcall secara konsisten untuk jangka masa yang panjang. Market capitalization-nya telah meningkat daripada RM154.2 juta pada tahun 2009 kepada RM621.9 juta setakat ini.

Maka, Wellcall merupakan satu contoh saham yang telah: Naik Keuntungan, Naik Nilai Saham di dalam jangka masa yang panjang.

Jadi, adakah ini masa yang sesuai untuk melabur saham Wellcall?

Jawapannya bergantung kepada kamu. Adakah kamu berasa Wellcall pada P/E Ratio sebanyak 19.65, P/B Ratio sebanyak 5.79, dan kadar dividen pada 4.36% setahun ialah penilaian yang terbaik pada masa kini?

Selamat Melabur!

Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth PersonValue Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.
Iklan

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2020

Sepertimana yang kita tahu, kegawatan ekonomi kini telah pun tiba. Pasaran saham telah pun memasuki ‘bear market’, setelah jatuh 20% daripada paras tertinggi yang pernah dicapai.

Kali terakhir ini berlaku adalah pada tahun 1998 yang dikenali sebagai Krisis Kewangan Asia dan tahun 2008 yang dikenali sebagai Krisis Subprime. Kitaran yang berlaku setiap 10-12 tahun ini telah pun tiba.

Jom kita tengok prestasi FBM KLCI bagi bulan Mac 2020:

Indeks FBM KLCI 2 Mac 2020: 1,482.60 Mata

Indeks FBM KLCI 5 Mac 2020 Paras Tertinggi Bulan Mac: 1,497.30 Mata

Indeks FBM KLCI 17 Mac 2020 Paras Terendah Bulan Mac: 1,212.00 Mata

Indeks FBM KLCI 31 Mac 2020: 1,350.90 Mata

Penurunan Sebulan: -131.70 Mata atau -8.88%

Indeks FBM KLCI memang turun dengan banyak sekali, pernah mencecah pasar 1,212 mata. Hampir setiap hari kaunter rugi mengatasi kaunter yang untung.

Namun begitu, tidak dinafikan ada saja saham-saham yang harganya naik sepanjang bulan lepas. Tak percaya?

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2020 seperti berikut:

Sumber: Screener iSaham

1.Euro Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Iklan

2. LKL International  

Sumber: Bursa Marketplace

3. Eurospan Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

4. SMIS Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

5. MQ Technology

Sumber: Bursa Marketplace

6. Nationwide Express Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Tiger Synergy

Sumber: Bursa Marketplace

8. Permaju Industries

Sumber: Bursa Marketplace

9. Careplus Group

Sumber: Bursa Marketplace

10. Sin Heng Chan (Malaya)

Sumber: Bursa Marketplace

Semuanya Adalah Saham Bawah RM1

Memang tidak dinafikan bahawa saham penny stock adalah pilihan kebanyakan pedagang runcit. Cepat naik, tetapi cepat juga turunnya. Pastikan anda tahu risiko berdagang saham-saham sebegini: Trading Plan kena ikut ketat-ketat, Cut Loss bila perlu dan Take Profit apabila dah mencapai sasaran.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Kalau korang beginner dan baru nak belajar pasal macam mana nak buat duit dekat pasaran saham, jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Iklan

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!