Carl Icahn vs Bill Ackman, Peristiwa Perang Mulut Paling Popular Di Wall Street Sedekad Yang Lalu

Perang mulut di antara para pelabur di Wall Street sangat jarang berlaku apabila melibatkan tokoh pelabur yang bertaraf bilionaire. Berbeza hal yang berlaku di antara pengurus syarikat teknologi yang sering berperang mulut di Silicon Valley.

Peristiwa yang menjadi perhatian para pelabur adalah peristiwa yang melibatkan seorang pelabur lagenda yang terkenal di Wall Street iaitu Carl Icahn, yang bertikam lidah dengan seorang lagi pelabur yang meningkat naik iaitu Bill Ackman yang berlaku pada tahun 2013.

Apa yang menarik mengenai pertikaman lidah dua pengurus hedge fund  itu adalah, ianya berlaku secara langsung di media yang terkenal iaitu CNBC.

Perbalahan di antara dua orang tokoh pelabur terkenal di Wall Street itu bermula apabila melibatkan sebuah syarikat terkenal dalam makanan kesihatan iaitu Herbalife. Ianya merupakan syarikat yang fokus kepada makanan kesihatan yang dikenali di seluruh dunia.

Apa yang telah berlaku adalah, Bill Ackman melakukan short terhadap saham Herbalife yang dengan harapan harga saham tersebut akan jatuh.

Bagi mereka yang tak tahu, short bermaskud pelabur membuat duit apabila sesuatu saham itu jatuh yang bertentangan dengan yang biasa dilakukan oleh orang ramai yang mendapat keuntungan apabila harga saham itu naik. Jika saham itu meningkat, pelabur yang melakukan short akan mengalami kerugian yang besar.

Bill Ackman yang melakukan short terhadap saham Herbalife kerana beliau mendapat tahu bahwa Carl Icahn bakal menjual saham Herbalife dalam kuantiti yang besar yang besar kemungkinan menyebabkan harga saham tersebut akan merudum.

Beliau yang mendapat tahu melalui investment bank Jefferies Group bahawa Carl Icahn mahu menjual saham beliau di dalam Herbalife. maka Jefferies Group memberitahu berita tersebut kepada Bill Ackman.

Daripada situ, Bill Ackman telah melakukan short terhadap saham Herbalife malangnya Carl Icahn tidak menjual saham tersebut dan peristiwa itu telah menyebabkan Bill Ackman rasa tertipu.

Kemuncak pertengkaran di antara kedua tokoh tersebut berlaku apabila Bill Ackman menuduh Herbalife adalah sebuah syarikat yang melakukan skim piramid. Carl Icahn yang berang dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Bill Ackman akhirnya menambah lagi pegangan saham Herbalife.

Saham Herbalife telah meningkat disebabkan kerajaan Amerika mengesahkan bahawa syarikat tersebut bukanlah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan skim piramid.

Akhirnya pada tahun 2018, setelah 5 tahun memegang saham Syarikat Herbalife, Bill Ackman telah menjual kesemua saham tersebut dan mengalami kerugian yang besar iaitu sebanyak USD1 bilion manakala Carl Icahn yang mendapat kemenangan daripada pertembungan mereka ini.

Walaupun Bill Ackman mendapat kerugian yang besar dalam pertembungan tersebut, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang di dalam dunia pelaburan saham. Buktinya, tahun ini merupakan tahun yang sangat cemerlang bagi Bill Ackman.

Ketika ramai pelabur mengalami kerugian akibat pandemik yang melanda seluruh dunia, Bill Ackman berjaya menggandakan wang pelaburannya dan. Paling mengejutkan dunia, beliau berjaya menggandakan wang berjumlah USD27 juta kepada USD2.6 bilion dalam tempoh sebulan.

Inilah yang dikatakan semangat juang yang tinggi di dalam pasaran saham dan tidak mudah berputus asa.

Sumber Rujukan: CNBC

Bagi mereka yang terlepas menonton webinar ‘Dari Malaysia Ke Wall Street’ yang lalu, Tuan Mukhriz ada hadiah untuk kita semua. Kalau nak watchlist saham-saham Amerika Syarikat beliau yang mantap, klik sekarang untuk mendapatkannya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.