Takut Nak Guna Duit Betul Beli Saham? Boleh Beli Saham Olok-Olok Di BursaMarketPlace

Jangan takut sangat nak mula melabur saham. Takut rugi? Kita perlu lalui proses ini supaya lebih cepat pandai.

Jika masih tak yakin, kalian tak perlu terus beli saham tu betul-betul. Setelah kalian konsisten membuat keuntungan maka anda boleh beralih ke pasaran saham sebenar.

Kalian boleh beli olok-olok di Bursa Market Place dan KLSE Screener. Praktikkan ilmu yang anda miliki dan acah-acah beli saham tersebut.

Baca lagi Jika Tiada Asas Analisa Teknikal (Technical Analysis), Jangan Gatal Beli Saham.

BURSAMARKETPLACE

BursaMarketPlace ini adalah sebahagian dari Bursa Malaysia.

1. Layari http://www.bursamarketplace.com. Login dengan memasukkan email dan kata laluan yang diisi semasa anda daftar (register).

Nak lebih mudah boleh login menggunakan akaun Facebook anda.

2. Tekan butang My Market > pilih My Portfolio. Anda mungkin keliru sedikit, Portfolio bermaksud saham-saham yang kita nak beli dan simpan, Watchlist pula bermaksud saham-saham yang kita perhatikan dan tunggu masa untuk beli dan simpan dalam Portfolio.

Klik Create Equity Portfolio. Katakanlah kita nak beli dan simpan saham-saham teknologi. Masukkan nama ‘Saham Teknologi’. Masukkan juga modal permulaan (hentam saja dekat bahagian ini). Katakanlah RM10,000.

Klik Buy/Sell Stock. Pilih saham yang kita nak beli. Katakanlah INARI. Harga saham dia akan auto keluar. Harga semasa saham INARI adalah RM3.22. Dekat ruangan Amount tu masukkan berapa banyak unit yang kita nak beli. Default dia 100.

Tahniah. Anda kini pemegang 100 unit saham INARI. Perhatikan jumlah wang tunai yang ada dalam tangan, dan saham apa yang anda pegang di dalam MY PORTFOLIO.

3. Jom kita tengok apa lagi kita boleh buat dalam Bursa Marketplace ni.

4. Pilih Share Market > Overview.

5. Anda boleh perhatikan prestasi Bursa Malaysia sepanjang hari ini, atau 3 bulan atau pun untuk tempoh setahun. Kenapa perlu tengok? Supaya anda tahu arah tuju pasaran, samada menaik, menurun atau mendatar. Kalau pasaran menaik, peluang nak untung sangat cerah, kalau menurun susah sikit nak untung sebab tak banyak saham yang akan lawan arus.

Dan apabila prestasi saham mendatar, masih ada peluang untuk untung kalau anda pandai cari saham yang berpotensi.

6. Scroll bawah sikit, untuk tahu sama ada siapa yang banyak jual beli.

7. Kini anda boleh perhatikan jumlah saham yang bertukar tangan, berapa banyak saham yang untung, rugi dan tidak berubah harganya.

Oh sebelum terlupa, kalau anda orang Islam – pastikan anda On-kan Mode Shariah. Ianya terdapat di Menu sebelah atas kanan. Pastikan anda jual beli hanya saham yang patuh shariah.

8. Jom tengok pula saham-saham yang paling banyak naik harganya, dan yang paling banyak turun harganya dalam sehari dagangan. Klik pada nama saham, untuk tahu lebih lanjut pasal sesuatu saham tersebut.

9. Sebagai contoh, saham bernama FEHS (Far East Hold) yang merupakan di antara saham yang untung sampai RM0.30 sehari atau naik sebanyak 3.57%.

10. Macam-macam maklumat kita boleh perolehi di sini. Carta pergerakan harga saham, profail syarikat, berapa nilai-nilai penting syarikat yang membentuk Fundamental Analysis (FA) sesebuah syarikat. Anda tak pasti apa itu FA, boleh baca dulu Apa Itu Fundamental Analysis.

11. Kemudian anda boleh ADD TO WATCHLIST, jika anda mahu perhatikan saham ini untuk hari-hari yang mendatang, TRADE IT untuk beli saham tersebut, atau DOWNLOAD REPORT untuk dapatkan analisa yang lebih mendalam tentang syarikat tersebut.

12. DOWNLOAD REPORT dan inilah hasilnya.

Ada 11 mukasurat yang menceritakan daripada A-Z tentang syarikat tersebut. Pastikan anda telah study betul-betul sesebuah syarikat dan dapatkan maklumat seperti siapa ahli lembaga pengarah syarikat, syarikat menceburkan diri dalam industri apa, apa barang yang dijual serta perkhidmatan yang diberikan, untung ke tak syarikat, aliran tunai syarikat cantik ke tak, berapa dividen yang diberi syarikat kepada pemegang saham dan banyak lagi.

Nak Melabur Saham, Kena Ada Ilmu

Banyak sebenarnya yang perlu anda lakukan, siapa kata pelaburan saham ni senang? Dan yang paling penting sekali, saham ini bukanlah judi. Hanya dengan ilmu barulah anda boleh maksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.