Ilmu Technical Analysis: Moving Average Convergence Divergence (MACD)

Moving Average Convergence Divergence (MACD) merupakan indicator bagi menentukan momentum harga dan short-term trend. Indicator ini mempunyai dua garisan dan satu histogram.

Garisan MACD dilukis berdasarkan perbezaan di antara Exponential Moving Average (EMA) 12 hari dan EMA 26 hari, manakala garisan signal pula dilukis berdasarkan EMA 9 hari bagi garisan MACD. Histogram bagi indicator ini pula mewakili perbezaan antara garisan MACD dan garisan signal.

Moving Average Convergence Divergence (MACD): Petunjuk Belian dan Jualan

Petunjuk untuk membuat belian bagi indicator ini adalah apabila garisan MACD (berwarna biru) bersilang dan bergerak ke atas garisan signal (berwarna oren) seperti bulatan B dan D diatas. Ini menandakan terdapat momentum peningkatan harga saham.

Petunjuk untuk membuat jualan pula adalah apabila garisan MACD bersilang dan bergerak ke bawah garisan signal seperti bulatan A dan C menandakan berlakunya momentum penurunan harga.

Selain memberi petunjuk untuk membuat belian dan jualan, indicator ini juga boleh digunakan bagi mengesan perubahan trend yang bakal berlaku dengan menggunakan teknik MACD Divergence.

MACD Divergence

MACD Divergence adalah keadaan di mana pergerakan tinggi dan rendah garisan MACD, tidak selari dengan pergerakan tinggi dan rendah pada harga saham. Terdapat dua jenis MACD Divergence iaitu Bullish Divergence dan Bearish Divergence.

1. Bullish Divergence

Bullish Divergence terjadi apabila harga saham membuat lower low (paras lebih rendah berbanding paras rendah terdahulu), tetapi garisan MACD menunjukkan higher low (paras lebih tinggi berbanding paras rendah terdahulu).

Keadaan ini memberi petunjuk awal bagi pergerakan uptrend yang akan berlaku.

Gambar di atas menunjukkan contoh Bullish Divergence. Situasi lower lows bagi harga saham dapat dilihat pada titik A, B dan C dimana harga pada titik B lebih rendah berbanding titik A dan harga pada titik C lebih rendah berbanding titik B.

Namun, keadaan ini berbeza pada garisan MACD yang membuat higher lows dimana titik E berada pada kedudukan lebih tinggi berbanding titik D dan titik F berada pada kedudukan lebih tinggi dari titik E. Higher lows pada garisan MACD menandakan momentum penurunan harga semakin berkurang.

Ini memberikan petunjuk kemungkinan akan berlaku kenaikan harga dan perubahan trend.

2. Bearish Divergence

Bearish Divergence pula adalah keadaan di mana harga saham membuat higher high (paras lebih tinggi berbanding paras tinggi terdahulu), tetapi garisan MACD membuat lower high (paras lebih rendah berbanding paras tinggi terdahulu).

Keadaan ini memberi petunjuk awal bagi pergerakan downtrend yang akan berlaku.

Gambar diatas menunjukkan contoh bagi Bearish Divergence. Garisan pada titik A, B dan C menunjukkan keadaan uptrend pada harga saham. Harga pada titik B lebih tinggi berbanding titik A dan harga pada titik C pula lebih tinggi berbanding titik B, menandakan harga saham membuat higher highs.

Keadaan ini berbeza dengan garisan MACD yang membuat lower highs dimana titik E berada pada kedudukan lebih rendah berbanding titik D dan titik F berada pada kedudukan lebih rendah berbanding titik E. Lower highs pada garisan MACD menandakan momentum kenaikan harga semakin berkurang.

Ini memberi petunjuk awal kemungkinan akan berlaku penurunan harga dan perubahan trend.

Dengan penguasaan teknik ini, kita akan dapat mengelakkan daripada membuat kesilapan membeli saham pada harga yang tinggi. Ia juga dapat memaksimakan keuntungan dengan megesan pergerakan harga saham dengan lebih awal.

Previous ArticleNext Article

Air Selangor Selesai Terbit Sukuk SRI Bernilai RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata terbitan tersebut merangkumi lima siri sukuk dengan tempoh matang antara tujuh hingga 25 tahun.

Ia merupakan terbitan kelapan di bawah Program Sukuk Murabahah Air Selangor yang dinaikkan hadnya kepada RM20 bilion bagi menyokong keperluan infrastruktur jangka panjang dan matlamat kemampanan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali berkata sambutan yang menggalakkan terhadap sukuk SRI sebelum ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap daya tahan kewangan syarikat serta komitmen bersama ke aras kemajuan mampan.

Beliau berkata untuk terbitan kali ini, ia menerima permintaan tinggi daripada pelabur, dengan lebihan langganan sebanyak 2.51 kali dan jumlah nilai perolehan kontrak mencecah RM3.77 bilion, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Air Selangor dalam pasaran sukuk mampan.

“Program Sukuk Murabahah itu turut menerima pengukuhan semula penarafan kredit AAA jangka panjang dengan tinjauan stabil oleh RAM Rating Services Bhd pada 28 Ogos 2025, membuktikan asas kredit program yang kukuh,” katanya.

Air Selangor berkata hasil daripada penerbitan sukuk SRI ini akan digunakan bagi membiayai projek-projek layak yang sejajar dengan keutamaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) syarikat serta Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Pembangunan Mampan.

Antara projek utama yang bakal menerima pembiayaan termasuk inisiatif bekalan air mampan dan pengurusan sumber air seperti Skim Bekalan Air Rasau serta program penggantian paip, yang mencerminkan komitmen Air Selangor dalam memastikan jaminan bekalan air jangka panjang untuk generasi akan datang, kata syarikat itu.
— BERNAMA