Jom, Mulakan Kebangkitan 1 Januari Ini

Ramai mencari peluang untuk menggandakan duit simpanan. Macam-macam cara ada. Sehingga ada yang keliru sehingga terjebak dengan instrumen yang tidak patuh syariah.

Ada yang berminat nak tahu pasal pelaburan saham, tapi tak tahu cara untuk bermula?

Jom kita tengok 8 sebab mengapa kita kena datang Seminar Jom Saham yang bakal diadakan pada hari Jumaat 1 Januari 2021 dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

1. Diketuai Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Beliau tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri kewangan dan pelaburan. Dr. Zaharuddin Abd Rahman mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang korporat, perbankan dan kewangan, termasuklah struktur produk, perundangan, audit dan risiko.

Beliau merupakan Pengarah Urusan bagi Kumpulan Elzar dan merupakan pengasas ShariahScreener.com dan MyClaaz.com. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Shariah di Exim Bank Malaysia, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Onexox Malaysia.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan ahli Majlis Panel Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), ahli Jawatankuasa Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dr. Zaharuddin juga merupakan ahli Majlis Syura Pulau Pinang dan Majlis Fatwa Perlis.

Memang bukan calang-calang orangnya, beliau juga sering ke udara di stesen televisyen dan radio bagi membincangkan isu-isu berkaitan muamalat dan kewangan Islam.

2. Dibarisi Speaker-Speaker Yang Berpengalaman

Kita juga berpeluang untuk belajar daripada 3 orang speaker yang berpengalaman dalam pelaburan saham. Siapa mereka ini?

Eza Ezamie, COO MajalahLabur dan CEO TheKapital

Eza merupakan Ketua Pegawai Operasi dan co-founder Majalah Labur, portal kewangan dan pelaburan paling popular di Malaysia. Beliau juga baru melancarkan laman web The Kapital yang fokus berkongsi tentang ilmu pelaburan saham.

Berpengalaman luas dalam bidang penulisan di laman web dan blog, kini beliau sering ke udara di kaca televisyen dan stesen radio untuk membantu orang ramai yang mempunyai masalah kewangan dan pelaburan.

Izrul Zainal Abidin, Remisier Malacca Securities (M Plus)

Izrul berpengalaman luas dalam pelaburan saham sebagai seorang remisier dan pernah memenangi Anugerah Bursa Malaysia Top Remisier pada tahun 2018. Beliau juga merupakan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputra (PRIBUMI).

Beliau juga pernah menjadi seorang Speaker Antarabangsa apabila berucap di Persidangan IFTA tahun 2018. Izrul juga pernah menjadi hos rancangan Nadi Ekuiti di Bernama News Channel.

Chef Saham, Dealer Salah Sebuah Investment Bank

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Rafiq dan beliau merupakan seorang Certified Technical Analyst (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe). Chef Saham mempunyai lesen sebagai Dealer Profesional pada tahun 2012.

Chef Saham telah menguruskan portfolio bernilai puluhan juta ringgit serta menjadi penasihat kepada pelabur-pelabur beliau termasuk beberapa pelabur luar negara seperti Singapura, Perancis, United Kingdom serta Brunei.

Dengan lebih daripada 85,000 pengikut di Facebook, beliau aktif menyebarkan kesedaran dan berkongsi maklumat sejak tahun 2016 lagi.

3. Azam Tahun Baru

Tarikh 1 Januari 2021 adalah hari pertama tahun baru 2021. Bagi mereka yang nak berubah, ini adalah masanya.

Mungkin inilah yang dikatakan takdir, mungkin inilah seminar yang akan membantu anda memperbaiki tahap kewangan dan pelaburan. Mulakan tahun baru dengan melakukan sesuatu yang baru.

4. Belajar Secara Online

Zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita digalakkan agar tidak banyak keluar rumah. Dengan kemudahan teknologi dan internet, sekarang kita dah boleh belajar di mana saja kita berada.

Rebut peluang untuk belajar menggunakan laptop atau telefon pintar di rumah, cuma pastikan line internet adalah stabil.

5. Sarat Dengan Maklumat

Bermula dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari, ianya penuh dengan informasi. Di antaranya:

1. Basic Labur Saham
2. Labur & Judi?
3. Bagaimana Labur & Dagang Saham?
4. Prospek pelaburan saham tahun 2021
5. Beli dan Jual saham atas berita?
6. Analisa Teknikal Ilmu Tilik?
7. Mengapa pelaburan saham mesti dipertimbangkan?
8. Labur Saham di NASDAQ & S&P500 (saham Amerika)
9. Bagaimana cara dan elak riba dari broker konvensional semasa trade di saham USA.
10. Saham dari sudut syariah
11. Persiapan melabur saham
12. Bagaimana boleh gandakan wang dalam pelaburan saham
13. RM 1 Juta dalam 5 tahun?
14. Cara santai labur saham
15. Saham adalah perniagaan
16. Risiko melabur saham
17. Fundamental – baca news (covid – healthcare naik)

Dengan speaker yang berpengalaman dan trusted, dapat juga menjawab soalan-soalan yang selama ini terbuku di minda dan ilmu nak kembangkan duit dengan cara yang betul.

6. Buat Waktu Cuti

Sibuk bekerja? Kami buat hari cuti, jadi tiada lagi alasan tak dapat cuti atau terpaksa bekerja pada hari tersebut.

“Tapi Tahun Baru kan hari cuti? Baru nak rilek-rilek di rumah.”

Ianya diadakan secara online, sambil santai-santai di rumah, sambil kita menuntut ilmu.

7. Pemulihan Ekonomi

Kalau tahun 2020 kita dilanda pandemik Covid-19 yang mengakibatkan kegawatan ekonomi berlaku di seluruh dunia, tahun 2021 dijangka pemulihan ekonomi akan berlaku.

Tengok saja krisis sebelum-sebelum ini. Tahun 1998 kita ada Krisis Kewangan Asia, tahun 2008 kita ada krisis Subprime dan memang tidak dinafikan ekonomi memang jatuh merudum. Tetapi apa yang jadi 1-2 tahun selepas krisis?

Orang kata, saham adalah petunjuk kepada tahap ekonomi. Biasanya saham jalan dulu, baru ekonomi akan ikut. Sebab itulah kita kena rebut peluang, kerana tahun 2021 pasaran saham dijangka akan meningkat naik ke paras tertinggi apabila vaksin mula diambil penduduk dunia dan norma baru menjadi sebati di dalam kehidupan seharian.

8. Harga Tak Masuk Akal

Dah bersemangat nak belajar pasal pelaburan saham? Dah tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang peluang yang ada?

Kejap, mesti mahal harganya kan? Biasanya harga untuk seminar sebegini, boleh mencecah ratusan ringgit.

Kalau nak tahu, tiket untuk Seminar Jom Saham hanyalah RM19. Daftar sini sekarang -> https://www.majalahlabur.com/SeminarJomSaham

Kami nak buat percuma, tapi nanti mesti ada yang tak datang. Kami nak buat percuma, tapi nanti dah daftar mesti banyak alasan.

Sebab itu kami letak harga RM19 saja sebagai yuran komitmen. Agar anda bertindak cepat dan daftar sekarang juga.

Kami nak lebih ramai orang yang melabur ke tempat yang sah dan patuh syariah.

Kami taknak orang ramai terjebak dengan skim pelaburan yang entah apa-apa. Akhirnya bukan pelaburan, tetapi peleburan.

Kami juga nak lebih ramai orang kaya agar lebih ramai orang yang akan bayar zakat. Lebih ramai orang kaya dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Jadikan pelaburan saham ini sebagai saham akhirat kita semua.

Daftar sekarang, sebelum harga naik atau tiket sold out -> https://www.majalahlabur.com/SeminarJomSaham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.