Tukar Kad Debit Maybank Anda Tanpa Perlu Ke Bank & Kad Dihantar Terus Ke Rumah

Tahukah anda bahawa kad debit yang kita pakai setiap hari itu, ada tarikh luputnya. Apa jadi kalau kad debit tersebut sudah luput tarikh penggunaannya? Sudah pasti, kad tersebut tidak dapat digunakan lagi. Jadi, anda perlu menukar kad tersebut di bank.

Dengan penularan wabak COVID-19 yang masih aktif di negara kita, pasti ramai yang mengambil langkah-langkah pencegahan terutamanya untuk tidak berkumpul di satu tempat dengan kapasiti orang yang ramai. Berita baik buat pemegang kad debit Maybank, anda boleh menukar kad debit Maybank secara online sahaja.

Nak tahu cara-caranya? Jom saya kongsikan.

1. Log Masuk Ke Maybank2u

Log masuk ke akaun Maybank2u anda. Masukkan maklumat yang diperlukan, username dan password.

2. Klik Setting

Selepas selesai log masuk, di bahagian atas kanan ada pautan Setting. Klik pada pautan tersebut.

3. Klik Cards

Seterusnya, klik pada pautan Cards.

4. Pilih Debit Card – Replace, Activate & Block

Selepas melihat paparan ini, pilih Debit Card – Replace, Activate & Block. Apabila pilihan dibuat, klik pada titik tiga seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

5. Masukkan Alamat

Selepas selesai membuat perkara di langkah 4, paparan seperti gambar di atas akan kelihatan. Masukkan maklumat alamat anda dengan lengkap.

6. Klik Replace Card dan Masukkan TAC

Langkah ini merupakan langkah akhir. Klik pada Replace Card dan paparan seperti di atas akan muncul. Buat permohonan TAC, masukkan TAC yang dihantar ke inbox anda.

Selesai ! Kad baru anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari (dalam Malaysia) dan 30 hari (luar Malaysia) berdasarkan kepada tarikh permohonan kad baru anda.

Pertukaran kad ini akan dikenakan caj sebanyak RM12.00 yang akan ditolak terus melalui akaun bank simpanan atau semasa anda.

Sampai je kad baru nanti, anda perlu mengaktifkan kad tersebut dalam tempoh 90 hari. Terdapat dua cara untuk anda aktifkan kad tersebut iaitu melalui mesin ATM atau secara online.

Pengaktifan Melalui Mesin ATM

  1. Pergi ke mesin ATM terdekat, masukkan kad
  2. Pilih bahasa
  3. Masukkan nombor PIN
  4. Pilih transaksi lain
  5. Pilih perkhidmatan lain
  6. Tekan skrin berikutnya
  7. Pilih pengaktifan kad

Pengaktifan Secara Atas Talian

  1. Log masuk ke Maybank2u
  2. Pilih Setting
  3. Klik Cards
  4. Klik Manage Debit Cards
  5. Klik Activate

Anda masih boleh menggunakan PIN sebelum ini dan tidak perlu untuk membuat ketetapan PIN yang baru. Namun, jika anda ingin menukar PIN sedia ada, anda boleh berbuat demikian di mana-mana ATM Maybank.


Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.