Kisah Bagaimana Hedge Fund Terkenal Era 90-an Lingkup Akibat Short Selling Pada Waktu Yang Salah

Pelaburan yang menggunakan khidmat hedge fund merupakan pelaburan yang berisiko sangat tinggi. Walaupun begitu, ramai orang yang menggunakan hedge fund sebagai aset pelaburan mereka kerana mereka boleh mendapat keuntungan tinggi dalam tempoh yang singkat.

Disebabkan perkara tersebut, terdapat 3600 hedge fund di Amerika Syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelaburan kepada golongan yang mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

Terdapat juga beberapa hedge fund yang moden pada waktu ini yang membangunkan algorithm mereka sendiri untuk mecari keputusan yang tepat dalam pelaburan seperti Bridgewater Associates, Renaissance Technologies,Two Sigma dan juga D. E. Shaw & Co.

Hedge fund ini terkenal dengan kajian data pasaran yang terperinci sebelum membuat sebarang pelaburan. Walaupun hedge fund ini menggunakan teknik pelaburan yang sangat kompleks, ia tidak menjamin hedge fund tersebut berjaya dan sesetengah daripada mereka terpaksa menutup operasi hedge fund disebabkan oleh kerugian yang sangat besar dalam pelaburan.

Kredit Gambar:FT

Pada artikel kali ini, kita akan melihat bagaimana sebuah hedge fund terkenal di dunia pada tahun 1980-an tersungkur akibat daripada kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak pengurusan hedge fund tersebut.

Hedge fund yang dimaksudkan adalah Tiger Management yang diuruskan oleh Julian Robertson. Pada era tersebut, beliau dikenali sebagi God Father off Wall Street kerana kemampuan menewaskan pasaran saham.

Sejarah Penubuhan Tiger Management

Pada permulaan, hedge fund yang ditubuhkan pada tahun 1980 itu mengamalkan kaedah value investing seperti yang diamalkan oleh Warren Buffett. Baginya, teknik tersebut merupakan jalan yang terbaik untuk mengembangkan wang pelaburan apabila melibatkan pelaburan yang sangat  besar.

Beliau kemudian mengembangkan lagi kaedah pelaburan yang menggunakan short selling. Beliau mengamalkan short selling dan kaedah tersebut amat sesuai dengan teknik pelaburannya kerana dapat memberi pulangan yang memberangsangkan dalam tempoh yang singkat.

Selain melakuan pelaburan dalam saham, Tiger Management juga turut melakukan pelaburan dalam pertukaran mata wang asing. Pada awal era 1990-an, ia adalah era emas bagi hedge fund tersebut kerana berjaya mendapat pulangan pelaburan yang sangat tinggi.

Selain itu, hedge fund ini telah menjadi hedge fund kedua terbesar di dunia dari segi aset pengurusan yang dipegang mereka yang berjumlah $20 bilion.

Langit tidak selalu cerah dalam dunia pelaburan. Pada akhir era 1990-an, hedge fund ini mula ditimpa masalah. Ia bermula dengan kesilapan short selling yang dilakukan oleh Julian Robertson. Beliau melakukan short selling terhadap kadar tukaran mata wang asing Jepun.

Mengikut pandangannya, Yen akan mengalami kejatuhan yang teruk akibat keadaan ekonomi Jepun yang dilihatnya mendatar lebih dari sedekad. Beliau beranggapan bahawa Yen Jepun akan lemah berbanding dolar Amerika Syarikat disebabkan keadaan ekonomi yang tidak berkembang.

Malangnya jangkaannya itu meleset apabila ekonomi Jepun naik disebabkan oleh kadar faedah yang rendah pada ketika itu. Disebabkan kesilapan yang dilakukanya itu, beliau telah kehilangan sebanyak $2 bilion wang pelaburan hedge fund-nya yang merangkumi nilai 10% dari jumlah aset yang diuruskan.

Short Selling Pada Waktu Yang Salah 

Kesilapan itu tidak berakhir di situ sahaja. Kesilapan yang paling besar adalah ketika hedge fund ini melakukan short selling terhadap saham syarikat teknologi pada akhir 1990-an. Menurut Julian Robertson, beliau telah melihat  kebanyakan syarikat teknologi ini tidak mempunyai masa depan yang cerah dan harga yang ditawarkan di pasaran adalah terlalu tinggi berbanding dengan pencapaian syarikat itu sendiri.

Oleh yang demikian, Julian Robertson telah melakukan short selling besar-besaran dalam pasaran yang akhirnya memakan dirinya sendiri.

Kredit Gambar: News Gcase

Selain daripada kehebatan dan pengalaman dalam pasaran saham, nasib juga memainkan peranan yang penting. Ketika Julian Robertson melakukan short selling saham terhadap syarikat teknologi terutamanya internet, pada ketika itu, kenaikan saham syarikat internet melambung tinggi yang menyebabkan Tiger Management tidak mampu menanggung kerugian yang begitu besar.

Akhirnya beliau tewas kepada market walaupun tindakannya itu tepat, masa pula tidak menyebelahi dirinya. Tindakan short selling tersebut tidak meyebelahinya dan ketika dotcom bubble sudah pecah, ia telah terlambat.

Beliau menutup dan mengembalikan semua wang pelaburan kepada pelanggan mereka. Kebanyakan bekas pekerja yang pernah bekerja di bawah Julian Robertson telah membuka hedge fund mereka sendiri dan kumpulan ini dikenali sebagai Tiger Club.

Paling terkenal untuk tahun ini adalah Bill Hwang yang baru baru ini mengalami nasib yang sama apabila kerugian sebanyak $35 billion dalam tempoh 10 hari.

Baca: Kisah ‘Archegos Capital Margin Call’, Jerung Pun Boleh Rugi USD35 Bilion

Walaupun beliau telah menutup hedge fund, ia tidak menamatkan karier Julian Robertson sebagai seorang pelabur malah beliau terus melabur dalam pasaran saham menggunakan wangnya sendiri.

Kini kekayaan Julian Robertson dianggarkan sebanyak $4 bilion. Kekayaan itu lebih tinggi berbanding ketika beliau memegang jawatan sebagai ketua hedge fund Tiger Management.

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.