
Sub Topik
Salah satu kaedah pelaburan dalam value investing yang paling popular adalah fundamental analysis. Namun, kaedah fundamental analysis bukanlah sesuatu yang mudah kerana prosesnya yang agak rumit dan mengambil tempoh masa yang lama hanya untuk mengkaji satu syarikat.
Itu belum lagi masuk proses due diligence yang perlu dilakukan seperti mengkaji latar belakang pihak pengurusan, supply chain, market research dan banyak lagi faktor yang membuatkannya lebih sukar untuk dilakukan.
Bayangkan nak buat semua ini untuk 30 syarikat di dalam shortlist anda?
Systematic Value Investing
Namun, ada teknik analisis pelaburan yang lebih mudah dari fundamental analysis sendiri, iaitu systematic value investing. Systematic value investing menggunapakai satu kaedah yang dinamakan screener ataupun penapis.
Di seluruh dunia, mungkin terdapat jutaan syarikat yang boleh anda lihat dan kaji. Namun anda tiada masa nak kaji kesemuanya. Jadi, apa yang anda boleh buat ialah anda boleh tapis mengikut kriteria anda sendiri.
Contohnya, anda adalah seorang yang amat mementingkan dividend yield, lalu anda senaraikan semua syarikat tersebut mengikut syarikat yang memberikan kadar dividen paling tinggi. Lalu anda pilih 30 saham teratas. Mudah kan?
Anda hanya perlu mencari beberapa angka untuk setiap syarikat, tidak perlu buat kajian yang mendalam. Malah, anda bernasib baik kerana banyak laman web yang menyediakan screener secara percuma, anda hanya perlu cari di Google.
Mencari Screener Terbaik
Namun, memilih kriteria yang baik bukanlah semudah yang disangka. Kita tak tahu sama ada screener yang kita pilih itu bagus atau tidak. Boleh jadi kriteria yang anda pilih itu membuatkan portfolio anda underperform. Oleh itu, eloklah jika kita buat pembacaan dahulu untuk pilih screener yang terbaik.
Di sini ada beberapa contoh screener popular yang boleh kita ikut.
1. Nisbah Price-to-Book
Ini screener yang paling mudah untuk diikuti kerana ia hanya ada satu kriteria, iaitu nisbah price-to-book (P/B). Nisbah P/B membandingkan nilai pasaran saham sesebuah syarikat dengan nilai buku sahamnya.
Nisbah ini didapati dengan membahagikan nilai pasaran dengan nilai buku. Lebih rendah nisbah tersebut, maksudnya saham tersebut lebih murah. Senaraikan saham-saham mengikut mana yang lebih rendah nilai P/B-nya, kemudian ambil saham top 30 untuk dijadikan portfolio anda.
Mudah sangat!
2. Piotroski F-score
Piotroski F-score ialah sebuah kaedah tapisan yang dicipta oleh seorang profesor Stanford iaitu Joseph Piotroski. Kaedah Piotroski menggunakan 9 kriteria dimana sekiranya syarikat tersebut memenuhi kesemua kriteria tersebut, ia diberikan 9 markah.
Pelabur perlu memilih syarikat-syarikat yang mendapat markah yang tertinggi iaitu 8 atau 9 dan elakkan dari melabur ke dalam syarikat yang mempunyai markah yang rendah.
9 kriteria Piotroski:
1. Return on Asset (1 markah sekiranya positif)
2. Cash Flow Return on Asset (1 markah sekiranya positif)
3. Change in Return on Asset (1 markah sekiranya positif)
4. Quality of Earnings (1 markah sekiranya kriteria 2 lebih tinggi dari kriteria 1)
5. Change in Gearing or Leverage (1 markah sekiranya gearing lebih rendah dari tahun sebelumnya)
6. Change in Working Capital (1 markah sekiranya current ratio lebih tinggi dari tahun sebelumnya)
7. Change in Shares in Issue (1 markah sekiranya jumlah shares sama atau lebih rendah tahun ini)
8. Change in Gross Margin (1 markah sekiranya gross margin tahun ini lebih tinggi)
9. Change in Asset Turnover (1 markah sekiranya asset turnover tahun ini lebih tinggi)
3. Magic Formula
Screener ini dicipta oleh Joel Greenblatt di dalam bukunya yang bertajuk “The Little Book that Beats the Market”. Untuk menggunakan screener ini, anda perlu ikut 9 langkah:
- Letakkan had minimum market cap (contohnya RM500 juta). Buang semua yang di bawah RM500 juta.
- Buang semua saham utiliti dan kewangan dari senarai.
- Buang saham dari negara asing.
- Kira earnings yield iaitu earnings before interest and tax dibahagi dengan enterprise value.
- Kira return on invested capital iaitu earnings before interest and tax dibahagi dengan net fixed assets + working capital.
- Senaraikan ikut turutan, syarikat dengan earnings yield dan return on capital paling tinggi duduk di atas.
- Laburkan dalam saham top 20-30.
- Rebalance setiap 12 bulan dengan mengulang langkah 1-8.
- Labur dalam jangkamasa panjang.
4. ERP5
Kaedah tapisan ERP5 dicipta oleh MFIE Capital pada tahun 2010. Ia adalah pengubahsuaian dari Magic Formula dengan menambah dua lagi kriteria selain earnings yield dan return on invested capital iaitu 5-year return on invested capital dan price-to-book.
Alasannya ialah syarikat tersebut perlu menunjukkan ia boleh meneruskan return on invested capital yang baik dalam masa yang panjang (5-year return on invested capital tinggi) dan harga pasaran sahamnya juga mestilah murah (nisbah price-to-book mestilah rendah).
Cara menggunakan screener ini ialah menyenaraikan kedudukan setiap saham menggunakan setiap kriteria. Saham-saham dengan kedudukan terbaik (earnings yield tinggi, return on invested capital tinggi, 5-year return on invested capital tinggi, price-to-book rendah) dipilih untuk dimasukkan ke dalam portfolio.
Menurut beberapa kajian, ERP5 menghasilkan return yang lebih baik dari Magic Formula.
Sumber Rujukan:
Selamat melabur!
Ditulis oleh Azam, seorang pengurus dana saham antarabangsa di sebuah institusi kewangan di Malaysia.
Penafian: Artikel ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi mana-mana individu/organisasi. Penulis tidak menerima sebarang bayaran pengiklanan dari mana-mana individu/organisasi yang disebutkan di dalam artikel ini.
Panduan: