4 Soalan Bocor Ejen Takaful Kepada Bakal Klien

Jika dulu, orang akan menjauhkan diri daripada ejen takaful dan cakap takaful tipulah, ambil duit oranglah dan bermacam-macam lagi stigma negatif.

Tetapi bila musibah menimpa, mereka ini jugalah yang akan tercari-cari ejen takaful.

Kerana apa?

Terdesak kerana perlukan sejumlah wang segera untuk dapatkan rawatan pakar di hospital swasta.

Jika benda dah jadi, maaf tiada mana-mana operator takaful akan layan permintaan anda. Ketika inilah “Money Is King”. Ada wang, boleh teruskan, kalau tiada terpaksa adakan juga sebab nak keluar hospital perlu bayar kos.

Dah guna khidmat doktor pakar, jururawat, ubat, kemudahan elektrik dan air di hospital; takkan semuanya nak percuma?

Kita sudah rancang sebaiknya, namun realitinya siapa yang tahu?

Takaful ini adalah konsep menderma. Tiap-tiap bulan kita mencarum bukan untuk diri sendiri saja, tetapi untuk keperluan orang lain juga. Sampai satu ketika tak terjangka, giliran kita pula, maka bersyukurlah ada takaful pada ketika itu.

Zaman sekarang memang ada kemudahan untuk melanggan takaful secara dalam talian. Namun khidmat manusia masih diperlukan juga. Oleh itu, soalan asas seorang ejen takaful akan tanya adalah :

1. Berapa Pendapatan Sekarang?

Ejen sekadar ingin tahu bajet yang bersesuaian dengan pendapatan. Kami tak cakap gaji kerana takaful is for all. Pakcik yang berniaga nasi lemak boleh ambil, apa lagi abang yang bekerja di ofis yang sejuk.

Nanti mereka boleh usulkan pelan yang bersesuaian. Jika mahal sangat dan anda tidak mampu bayar ia akan memberi kesan kepada prestasi laporan ejen juga.

2. Berapa Komitmen Sekarang?

Perlu tahu juga liabiliti dan hutang yang ada supaya ia tidak membebankan anda untuk mencarum takaful. Ianya seumpama bayaran seumur hidup untuk perlindungan kewangan anda.

RM100 bayar takaful anda akan dapat bantuan kewangan RM50,000 ketika anda masuk hospital atau RM200,000 tunai kepada orang tersayang apabila anda meninggal dunia. Sedih sudah tentu, tapi kehidupan mereka di dunia perlu diteruskan.

Hutang anda di dunia siapa yang akan bayarkan? Sudah tentu waris terdekat.

Mungkin macam susah nak percaya, tapi cuba tanya rakan yang pernah masuk hospital atau mereka yang pernah terima pampasan kematian keluarga.

3. Berapa Simpanan Yang Ada Untuk Kekalkan Gaya Hidup Sekarang?

Soalan ini ada kaitan juga dengan bajet. Jika tiada simpanan langsung walaupun RM1,000, parahlah nanti nak bayar takaful sekiranya ditakdirkan kehilangan kerja atau sakit dan tak mampu nak bekerja nanti.

Kemungkinan takaful untuk lapsed selepas tidak bekerja atau tiada pendapatan adalah sangat tinggi. Dan apabila ianya telah lapsed, polisi tidak lagi dilindungi, melainkan anda bayar semula premium.

Itu pun di atas budi bicara operator takaful untuk mengaktifkan balik polisi anda atau pun tidak.

4. Apa Yang Anda Tahu Mengenai Takaful?

Kebanyakan orang akan jawab kad perubatan atau medical card. Sebenarnya produk takaful ada pelbagai bukan hanya terhad kepada kad perubatan semata-mata.

Ada produk pelaburan, hibah, pendidikan dan juga persaraan. Takaful boleh dilanggan bukan kepada orang Islam saja, tetapi kepada semua kaum dan bangsa pun boleh kecuali mereka yang telah bertukar jantina.

Ianya agak mengelirukan kerana kad pengenalan lelaki tetapi sudah mengubah bentuk fizikal kepada wanita sejati. Jika terjadi apa-apa kepada mereka, agak sukar untuk pihak operator takaful bertanggungjawab.

Melainkan mereka tinggal di luar Malaysia, mungkin ada produk insurans yang khas untuk golongan seperti ini.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.