Pasaran Saham Malaysia Merupakan Satu-satunya di Asia Yang Jatuh Tahun Ini

Laporan daripada Bloomberg memetik bahawa:

  • FBMKLCI merupakan satu-satunya indeks di Asia yang membuat penurunan pada tahun ini
  • Ketidaktentuan politik, perolehan yang lemah memberi kesan kepada pasaran saham

Tengok saja carta FBMKLCI di bawah:

Sumber: Trading View

Berbanding dengan Singapura yang meningkat 5% dan Indonesia yang meningkat 3%.

Trend penurunan ini dikatakan bakal berterusan untuk Malaysia, dan para pelabur mengamalkan sikap ‘tunggu dan lihat’ bagi inisiatif yang akan dijalankan kerajaan Malaysia dalam memotong defisit belanjawan, melawan rasuah dan meningkatkan kuasa membeli rakyat.

Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng menyaran para pelabur untuk membeli aset-aset Malaysia sekarang, sebelum ia menjadi mahal sebaik sahaja situasi ekonomi Malaysia kembali pulih dalam tempoh tiga tahun. Kerajaan baru telah menjalankan operasi pembersihan, dengan membatal serta menyemak semula projek-projek mega dan menggantikan ramai CEO-CEO di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bukan itu sahaja, keputusan kewangan syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti Axiata dan Nestle tidak membantu keadaan. Perolehan Malaysia turun sebanyak 3.15% tahun lalu, berbanding peningkatan 8.8% yang dicatatkan Singapure dan peningkatan 18% yang dicatatkan Indonesia. Perolehan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 1% ke 2% tahun ini.

Fenomena Yang Biasa Dilihat Selepas Pertukaran Kerajaan

Keadaan ini bukanlah unik bagi Malaysia saja, kerana perubahan kerajaan di India dan Indonesia turut menyaksikan pasaran saham tempatan turut mengalami kesan kejatuhan. Indeks S&P BSE di India turun 5% pada tahun 2015 berikutan pilihanraya yang berlaku di sana, sebelum meningkat 2% pada tahun 2016. Indeks Jakarta Composite Index Indonesia pula turun sebanyak 12% pada tahun 2015, setahun selepas pilihanraya yang diadakan di sana, sebelum meningkat 15% pada tahun 2016.

Sumber: Bloomberg

Tahun Yang Sukar Untuk Pasaran Saham Malaysia?

Adakah kita bakal berdepan dengan tahun yang sukar untuk Malaysia? Tapi kalau dilihat kepada Prestasi Tahunan FBMKLCI Dari 1982-2019, tahun 1989, 1999 dan 2009 menunjukkan kenaikan yang mendadak.

Diharapkan tahun 2019 bakal menunjukkan kenaikan yang mendadak juga. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Air Selangor Selesai Terbit Sukuk SRI Bernilai RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata terbitan tersebut merangkumi lima siri sukuk dengan tempoh matang antara tujuh hingga 25 tahun.

Ia merupakan terbitan kelapan di bawah Program Sukuk Murabahah Air Selangor yang dinaikkan hadnya kepada RM20 bilion bagi menyokong keperluan infrastruktur jangka panjang dan matlamat kemampanan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali berkata sambutan yang menggalakkan terhadap sukuk SRI sebelum ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap daya tahan kewangan syarikat serta komitmen bersama ke aras kemajuan mampan.

Beliau berkata untuk terbitan kali ini, ia menerima permintaan tinggi daripada pelabur, dengan lebihan langganan sebanyak 2.51 kali dan jumlah nilai perolehan kontrak mencecah RM3.77 bilion, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Air Selangor dalam pasaran sukuk mampan.

“Program Sukuk Murabahah itu turut menerima pengukuhan semula penarafan kredit AAA jangka panjang dengan tinjauan stabil oleh RAM Rating Services Bhd pada 28 Ogos 2025, membuktikan asas kredit program yang kukuh,” katanya.

Air Selangor berkata hasil daripada penerbitan sukuk SRI ini akan digunakan bagi membiayai projek-projek layak yang sejajar dengan keutamaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) syarikat serta Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Pembangunan Mampan.

Antara projek utama yang bakal menerima pembiayaan termasuk inisiatif bekalan air mampan dan pengurusan sumber air seperti Skim Bekalan Air Rasau serta program penggantian paip, yang mencerminkan komitmen Air Selangor dalam memastikan jaminan bekalan air jangka panjang untuk generasi akan datang, kata syarikat itu.
— BERNAMA