Risiko Melabur Dalam Waran

Sebelum ini kami ada berkongsi Apa Itu Waran Dan Panduan Melabur Dalam Waran, jadi diharapkan anda dah tahu tentang kewujudan waran sebagai alternatif kepada saham.

Dan seperti mana-mana pelaburan, anda dinasihatkan untuk tahu apakah risiko yang terlibat sebelum membuat sebarang pelaburan.

Untuk itu, jom kita tengok perkongsian daripada Bijak Labur – sebuah inisiatif daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang menerangkan tentang risiko melabur dalam waran.

Waran merupakan produk pelaburan yang memberi peluang kepada pelabur untuk mempelbagaikan pelaburan mereka. Ia popular di kalangan pelabur runcit, kerana ia tidak memerlukan modal yang besar dan berpotensi memberikan pulangan yang tinggi. Ini sekaligus menjadikan ia pilihan kepada pelabur kecil-kecilan yang tidak mempunyai banyak modal tambahan.

Walau bagaimanapun, ramai yang melabur dalam waran tanpa memahami sepenuhnya bagaimana ia berfungsi dan risiko yang bakal dihadapi. Di akhir artikel ini, anda akan dapat memahami asas-asas pelaburan waran dan implikasinya ke atas keputusan pelaburan yang dibuat

Kesan Penggearan (Gearing Effect)

Antara sebab utama waran menarik minat pelabur adalah kosnya yang kecil berbanding dengan harga saham tetapi pada masa yang sama menawarkan pulangan yang agak besar, sama ada positif atau negatif.

Mari kita lihat contoh saham ABC yang berharga RM2.00 seunit di pasaran. Pelabur A melabur RM2,000 untuk membeli 1,000 unit saham. Pelabur B pula membuat keputusan untuk melabur modal yang sama sebanyak RM 2,000 dalam waran yang bernilai RM0.50 setiap waran. Dengan jumlah pelaburan yang sama, Pelabur B memiliki 4,000 saham.

Jika saham ABC mendapat keuntungan RM0.30 atas setiap unit saham, maka harga tutup saham adalah RM2.30 memberikan peratusan keuntungan sebanyak 15%. Walau bagaimanapun, dengan keuntungan RM0.30 dalam waran itu, dari RM0.50 kepada RM0.80, peratusan keuntungan itu akan menjadi 60%.

Inilah contoh kesan penggearan waran. Walau bagaimanapun, dengan adanya kemungkinan mendapat keuntungan yang besar, anda juga mungkin kerugian besar. Dalam jangka hayat sesuatu waran, lazimnya harga waran bergerak selari dengan harga saham pendasar. Namun, oleh kerana wujudnya kesan penggearan, penurunan kecil dalam harga saham pendasar akan mengakibatkan kejatuhan ketara dalam harga waran.

Menggunakan contoh di atas, jika harga saham pendasar berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.80, penurunan peratusan ialah 10%. Tetapi, dengan jumlah yang sama iaitu pengurangan sebanyak RM0.30 dalam waran tersebut akan menyebabkan penurunan sebanyak 60% dalam nilai waran.

3 Risiko Dalam Dagangan Waran

1. Risiko Pasaran

Nilai pasaran waran adalah bergantung kepada situasi yang mempengaruhi permintaan dan penawarannya. Sekiranya harga saham pendasar jatuh di bawah harga laksana pada tarikh matang waran, pemegang waran akan mengalami kerugian dalam pelaburan mereka. Sebagai ilustrasi, satu waran opsyen beli mempunyai harga laksana sebanyak RM20 dan berharga RM1.50 setiap waran. Setiap waran membolehkan pemegang untuk membeli waran pada harga laksana. Jika harga pasaran saham pada akhir kematangan ialah RM15, pemegang satu waran akan mengalami kerugian pelaburan sebanyak RM1.50.

Formula bagi pengiraan:
Harga laksana saham (RM20) + Kos waran (RM1.50) = RM21.50 (Harga penuh penyelesaian)
Pasaran pasaran saham pada tarikh matang waran = RM15

Oleh kerana harga penyelesaian adalah lebih tinggi daripada harga pasaran, pelabur waran akan mengalami kerugian sebanyak RM1.50 bagi setiap waran yang dipegang.

2. Risiko Kredit

Risiko kredit ialah risiko yang mana penerbit waran tidak mampu memenuhi tanggungjawabnya (iaitu untuk mengakses penarafan kredit waran atau jaminan prestasi syarikat induknya) ketika pelaksanaan waran. Untuk mengelak daripada risiko ini, pelabur mesti mengambil inisiatif untuk mengakses risiko kredit yang berkaitan dengan penerbit waran.

3. Jangka Hayat Terhad Waran

Waran mempunyai tarikh luput dan setiap masa, nilai masa waran berkurangan. Katakan semua yang lain adalah sama, lebih banyak masa yang tinggal sebelum tarikh luput, lebih besar peluang waran menjadi lebih beruntung melalui pergerakan yang baik pada masa hadapan. Apabila waran hamper luput, ia tidak mempunyai nilai masa. Waran boleh luput sebelum jangkaan pelabur direalisasikan, menjadikan ia tidak bernilai. Tempoh matang waran adalah tetap dan tidak boleh dilanjutkan. Oleh itu, pelabur mesti memilih waran yang mempunyai masa yang cukup bagi memenuhi jangkaan mereka.

Kawalan Risiko

Dengan risiko tinggi sebegini, pelabur yang berminat dalam waran harus memahami sepenuhnya tahap toleransi risiko mereka sendiri. Pelaburan yang terlalu banyak dalam waran boleh menyebabkan portfolio pelaburan mereka terdedah kepada risiko yang berlebihan. Ramai pelabur cenderung untuk membeli waran yang sangat aktif dalam pasaran tanpa banyak pengetahuan mengenai produk pelaburan tersebut.

Oleh kerana waran juga popular di kalangan spekulator jangka pendek, waran yang aktif didagangkan mungkin tidak sesuai bagi pelabur yang berhasrat untuk memegang waran untuk jangka masa panjang.

Nilai yang sedia ada mungkin diwujudkan oleh pelabur-pelabur jangka pendek yang membuat spekulasi dan cuba untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat. Oleh itu, adalah penting bagi pelabur untuk memberi perhatian kepada jenis pelabur yang berminat dalam waran itu.

Membeli waran pada kedudukan “berwang” boleh menawarkan keuntungan yang sedikit tetapi risikonya lebih rendah berbanding dengan waran “pada wang”. Apabila waran berkedudukan “pada wang”, ia kurang sensitif kepada pergerakan harga saham pendasarnya. Ini bererti walaupun harga saham meningkat, harga waran mungkin tidak mempunyai pergerakan yang ketara, seperti yang kita harapkan daripada waran “berwang”. Lebih teruk lagi, jika jangka hayat waran itu menghampiri dengan tempoh matangnya; nilai waktunya akan menurun secara drastik.

Seperti dalam mana-mana pelaburan, seseorang pelabur harus memastikan bahawa mereka benar-benar memahami ciri-ciri waran sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam produk pelaburan tersebut. Ini akan membolehkan pelabur membuat keputusan yang bersesuaian dan mampu membuahkan hasil yang diinginkan.

Sumber: InvestSmart SC

Potensi Nak Untung Besar, Tapi Potensi Risiko Juga Besar

Semuanya bergantung kepada berapa yang sanggup anda rugi, sebab risiko untuk rugi besar dalam waran sangatlah besar jika dibandingkan dengan saham biasa.

Sesuai untuk mereka yang berjiwa kental, suka merempit, dan intraday. Untung sikit pun dah jual, sebelum rugi sikit tapi tak jual-jual. Akhirnya rugi besar pula yang terpaksa ditanggung.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Artikel di atas benar-benar membantu saya memahami tentang saham waran. Di samping ilmu-ilmu saham yang lain yang telah saya perlajari samada melalui sifu-sifu saham dan juga melalui pembacaan seperti Majalah Labur dan lain-lain, kini saya sangat yakin untuk melabur di dalam saham waran walaupun ianya sangat berisiko tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.