Apple, Syarikat Pertama Cecah Market Cap USD3 Trilion

Tahniah Apple kerana berjaya menjadi syarikat pertama di Amerika Syarikat yang berjaya mencecah market capitalization (market cap) sebanyak USD 3,000,000,000.00. Banyak betul kosong tu, harap tak salah titik perpuluhan.

2 Ogos 2018: Pertama kali cecah USD1 Trilion
19 Ogos 2020: Pertama kali cecah USD2 Trilion
3 Januari 2022: Pertama kali cecah USD3 Trilion

Kenaikan yang sungguh menakjubkan ini memang sungguh luar biasa. Di kala pandemik melanda dan banyak sektor lain yang terkesan, harga saham Apple terus-menerus meningkat sehingga sentiasa berjaya mencecah paras All-Time-High yang baru.

Fundamental Yang Padu

Tengok saja perolehan (revenue) dan keuntungan (profit) yang meningkat setiap tahun. Sudah menjadi lumrah, syarikat dengan fundamental yang padu akan menarik minat ramai pelabur. Apabila permintaan untuk sesuatu saham meningkat, maka harga saham juga akan meningkat.

Agak-agaknya tahun yang mendatang akan semakin meningkat atau tak? Bila perolehan dan keuntungan semakin meningkat saban tahun, agak-agaknya harga saham akan turut meningkat saban tahun tak?

Ada 5 Syarikat Di Amerika Syarikat Dengan Market Cap Melebihi USD1 Trilion

Setakat 3 Januari 2022, ada syarikat yang mempunyai market cap melebihi USD1 Trilion.

Microsoft mengekori rapat Apple dengan market cap sebanyak USD2.5 Trilion. Rasanya tunggu masa juga untuk Microsoft menyertai Apple dalam mencapai USD3 Trilion.

Seterusnya kita ada Alphabet (Google), Amazon dan Tesla dalam kategori USD1 Trilion pula.

Dan rasanya Meta (Facebook) juga tak lama lagi bakal menyertai kelab USD1 Trilion dengan projek metaverse yang hangat diperkatakan.

Sumber Rujukan: CompaniesMarketCap

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

SanDisk vs. Western Digital: Saham Memori Mana Paling Padu?

Pertarungan antara SanDisk (SNDK) dan Western Digital (WDC) pada tahun 2026 ini bukan sekadar persaingan biasa, tetapi merupakan kesan langsung daripada keputusan strategik “perpisahan” atau spin-off besar-besaran yang berlaku pada tahun 2025. Sebelum ini, SanDisk berada di bawah naungan Western Digital selama hampir sedekad sejak pengambilalihan pada 2016, namun pasaran melihat potensi SanDisk lebih besar jika bergerak sendiri sebagai pakar flash memory.

Western Digital (WDC) kini lebih memfokuskan kepada perniagaan terasnya iaitu cakera keras (HDD) kapasiti tinggi dan infrastruktur storan awan (cloud storage).

Secara teknikalnya, NAND flash yang dihasilkan oleh SanDisk mempunyai kelebihan dari segi kelajuan capaian data berbanding Hard Disk Drives (HDD) keluaran Western Digital. Model AI, terutamanya semasa fasa latihan (training) dan inferens, memerlukan data diproses dalam kadar milisaat. SSD berasaskan NAND flash mampu menghantar data hampir serta-merta, manakala HDD yang bergantung pada piring berputar fizikal mempunyai had kelajuan mekanikal yang tidak mampu menandingi keperluan kitaran pemprosesan GPU moden.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menolak terus peranan Western Digital. Walaupun NAND flash adalah pilihan utama untuk prestasi, HDD masih lagi memegang takhta dari segi kos per gigabait dan kapasiti storan pukal. Dalam ekosistem AI, data yang sangat besar (terabait hingga petabait) sering disimpan di dalam HDD kerana ianya jauh lebih murah untuk skala besar, manakala hanya data yang “aktif” sahaja dipindahkan ke NAND flash untuk diproses.

Ringkasnya, SanDisk adalah untuk kelajuan AI, manakala Western Digital adalah untuk arkib data AI.

Sumber: Google Finance

1. SanDisk (SNDK): Macam Roket, Tak Reti Berhenti

Siapa yang beli saham SanDisk awal Januari haritu, memang boleh senyum sampai telinga. Setakat 8 Mei 2026, harga saham SNDK dah mencecah $1,562.34.

Dalam masa tak sampai 5 bulan, saham ni dah meroket sebanyak +558.16%! Selepas bulan April je dia terus “pacak” naik atas. Ini petanda pelabur memang yakin habis dengan teknologi atau jualan SanDisk sekarang.

2. Western Digital (WDC): Naik Juga

Western Digital (WDC) sebenarnya tidaklah teruk. Harga dia sekarang kat tahap $480, naik lebih kurang +178.64% sejak awal tahun.

Walaupun naik hampir dua kali ganda (satu pencapaian yang hebat sebenarnya), prestasi WDC nampak “biasa-biasa” bila duduk sebelah SNDK. Sesuai untuk mereka yang tak suka tengok harga turun naik terlalu drastik.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Baca lagi : Nak Buka Akaun Saham (Bursa Malaysia & Global) Online Dengan Webull? Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Webull Malaysia kini telah menawarkan pilihan deposit ke akaun Islamik untuk kemudahan pengguna Muslim di Malaysia. Sebelum ini, semua deposit akan diletakkan dalam bank JP Morgan Malaysia. Dengan pilihan perbankan Islam, deposit pengguna akan diletakkan dalam HSBC Amanah. Promosi terkini: Depositkan RM1,000 dan kekalkan selama 60 hari dan dapat saham NVIDIA percuma bernilai RM200!

MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan pautan tersebut. Terima kasih!