Tips Hadapi Banjir Dan Bencana Alam

Setiap tahun, banyak kemusnahan yang berlaku akibat banjir dan bencana alam yang lain. Kita semua harus bersiap sedia sekiranya banjir atau bencana alam terjadi supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini. 

Bukan sahaja perlindungan diri dan keluarga, tetapi penting juga kita bersiap sedia untuk selamatkan barangan seperti dokumen penting dan lain-lain lagi. 

Jom lihat beberapa tips hadapi banjir dan bencana alam.

1. Mengikuti Perkembangan Banjir Dan Bencana Alam Yang Terbaru

Banjir atau bencana alam sememangnya boleh terjadi dalam tempoh beberapa jam, malahan ada juga dalam masa beberapa minit pun tidak mustahil dapat memusnahkan pelbagai harta benda. 

Selain itu, terdapat juga tempat yang tidak ditimpa bencana alam tetapi menerima impak yang sama akibat kerosakan yang terjadi. Jadi, pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di media sosial mengenai banjir dan bencana alam yang berlaku di kawasan anda.

2. Sentiasa Berwaspada Apabila Notis Amaran Dikeluarkan

Bagi mengelakkan terjadinya kemalangan jiwa dan memudahkan pasukan penyelamat yang bertugas, pastikan anda sentiasa berwaspada apabila notis amaran dikeluarkan oleh radio tempatan dan siaran televisyen.

Selain itu, anda juga boleh mengikuti berita-berita banjir atau bencana alam melalui media sosial seperti Instagram atau Facebook. Pastikan anak-anak anda juga tidak bermain air banjir dan elakkan berjalan di kawasan yang dipenuhi air banjir.

3. Simpan Semua Dokumen Yang Penting

Sekiranya terjadi banjir atau bencana alam, pastikan anda menyimpan semua dokumen yang penting seperti kad pengenalan, passport, geran tanah, polisi insurans dan dokumen berharga di dalam bekas yang kalis air. 

Pastikan dokumen tersebut juga disimpan di tempat yang tinggi dan selamat dari dimasuki air. Jangan lupa untuk menyemak polisi insurans anda sebagai langkah berjaga-jaga untuk menampung kerugian yang berlaku.

4. Sediakan Kit Persediaan Dan Perlindungan

Anda juga harus menyediakan kit persediaan untuk menghadapi banjir atau bencana alam seperti bekalan ubat-ubatan, air minuman, makanan dalam tin, baju hujan, bateri dan juga keperluan kanak-kanak. Ianya perlu dilakukan untuk mengelakkan terjadi sebarang perkara yang tidak diingini sekiranya terjadi banjir atau bencana alam.

Gambar: BHarian

5. Pindahkan Barangan Berharga Ke Tempat Yang Lebih Tinggi

Jika anda mempunyai banyak barangan yang berharga, anda perlu memindahkannya ke tempat yang lebih tinggi di seperti di loteng atau di atas almari untuk mengelakkan kerosakan. Antara barangan yang berharga adalah jam, cincin, alatan pekerjaan anda, stok barang bisnes, perhiasan emas dan sebagainya.

6. Berpindah Ke Pusat Pemindahan Sementara Dan Kawasan Selamat Jika Diarahkan

Sekiranya diarahkan untuk berpindah dari kediaman anda sendiri, pastikan segera berpindah dan jangan degil. Jika tidak, anda akan menyusahkan pihak penyelamat dan juga orang lain. Namun begitu, jika belum dengar berita apa-apa tetapi paras air makin meningkat, sebaiknya anda terus bergerak ke tempat yang selamat.

7. Meninggalkan Kenderaan Dengan Segera Sekiranya Tersangkut Atau Rosak

Semasa terjadinya banjir atau bencana alam, kenderaan yang kita naiki mungkin akan rosak atau tersangkut pada kayu atau air banjir yang deras. Oleh itu, anda disarankan untuk keluar segera daripada kenderaan tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kesimpulannya, tips di atas perlu diikuti oleh kita semua untuk menyelamatkan diri dan harta benda yang berharga sebaik mungkin sekiranya terjadi banjir dan bencana alam. Ikut arahan pihak berkuasa.

Semoga dengan entri ini, ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda dalam menghadapi banjir dan bencana alam.

Rujukan

  1. https://www.portalmalaysia.com/11-tips-hadapi-banjir/
  2. https://bpbd.pangkalpinangkota.go.id/berita/read/10/2019/tips-dan-persiapan-menghadapi-musibah-bencana-banjir
Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.