Euforia Metaverse – Nak Pilih Saham Roblox Atau Meta (Facebook)?

Apabila Mark Zuckerberg mengumumkan Meta (NASDAQ:FB) sebagai nama baharu untuk Facebook, ia secara tidak langsung mengesahkan model perniagaan Roblox (NYSE:RBLX). Saham RBLX ditutup pada $78.36 pada 11 November, naik 13% tahun sehingga hari ini.

Pesaing Meta dalam ruang Metaverse sekarang adalah Roblox, dunia maya di mana berjuta-juta pemain melepak, bermain bersama, menghadiri konsert atau sekadar berjalan-jalan.

Roblox telah membuka peluang kepada pengguna untuk menjadi pembangun (developer) bagi menghasilkan permainan mereka dan kemudiannya menjual permainan yang telah dihasilkan di dalam platform Roblox itu sendiri.

Roblox mungkin tidak mahu mencipta Metaverse, alam semesta dunia maya yang semuanya saling berkaitan, seperti filem Ready Player One. Sebaliknya, ia mahu penggunanya mencipta Metaverse mereka sendiri.

Roblox baru sahaja mengumumkan yang mereka akan menambah baik sistem avatar semasanya, iaitu makhluk digital yang mewakili watak pemain. Permainan ini telah lama mempunyai avatar yang ikonik tetapi agak tidak menarik, tetapi semua itu akan berubah. Mereka ingin melabur dalam avatar yang jauh lebih realistik. Baca lagi Roblox pushes toward avatar realism, plans to add NFT-like limited-edition items.

Roblox mempunyai peluang yang baik untuk membangunkan dunia metaverse lebih awal daripada Meta. Para pelabur pastinya menaruh harapan yang Facebook akan mengambil alih pegangan ke atas Roblox atau menerima dana pelaburan daripada gergasi sosial media itu.

Ekonomi Dalam Permainan Maya

Roblox membenarkan pengguna membuat ubahsuai ke atas avatar, dan menjual item-item seperti topi atau jaket untuk watak (dan memberikan royalti kepada pemain yang membuat item tersebut).

Roblox juga mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan item edisi terhad, cara baharu untuk pengguna (Roblox Creator) menjana pendapatan (dalam bentuk Robux, yang boleh didagangkan dengan wang sebenar). Pengguna boleh meletakkan item yang direka bentuk untuk dijual untuk tempoh masa yang ditetapkan atau dalam jangka masa terhad.

Sedikit fakta tentang Roblox:

  • Menurut anggaran daripada RTrack, sehingga April 2021, Roblox mempunyai 202 juta pengguna aktif bulanan.
  • Terdapat 9.5 juta pembangun pada platform Roblox.
  • 5.7 juta pengguna serentak semasa penggunaan puncak platform sepanjang masa.
  • Pembangun komuniti memperoleh lebih $328 juta.
  • Roblox mempunyai lebih 40 juta permainan.
  • 67% pengguna Roblox berumur bawah 16 tahun.
  • Pengguna aktif harian Roblox menghabiskan purata 156 minit (2.6 jam) sehari.

Bagaimana Roblox Membuat Keuntungan?

Permainan dalam Roblox adalah percuma. Roblox menjual mata wang permainan yang dikenali sebagai Robux kepada pengguna. Itulah cara utama mereka membuat keuntungan. Tetapi pengguna boleh memilih untuk membelanjakan Robux dengan membeli skin, pakaian, aksesori dan sebagainya untuk menjadikan avatar mereka lebih unik.

Mereka turut memperkenalkan langganan bulanan yang dipanggil Roblox Premium. Pengguna akan mendapat akses kepada aksesori yang eksklusif dan premium beserta diskaun kepada pembelian Robux.

Saham FB Vs. RBLX YTD Performance

Carta :

Berdasarkan kepada harga saham FB pada 4 Januari 2021 sehingga 5 November 2021, terdapat peningkatan sebanyak 26.84% manakala bagi harga saham RBLX pula, bermula 10 Mac 2021 sejak disenaraikan sehingga 5 November 2021, sebanyak 12.21% peningkatan harga direkodkan. Berdasarkan data ini, saham FB lebih banyak membuat kenaikan berbanding RBLX.

Namun begitu, sekiranya dibandingkan prestasi saham FB dan RBLX dalam tempoh yang sama bermula 10 Mac 2021 sehingga 5 November 2021, FB mencatatkan kenaikan sebanyak 28.78%. Saham FB masih mendahului saham RBLX sebanyak 16.67% dalam tempoh tersebut.

Sumber : MIDF Invest

Hasil carian di MIDF Invest juga menunjukkan bahawa saham RBLX dan FB adalah merupakan saham patuh syariah.

Jadi, saham mana yang anda pilih? Keputusan berada dalam tangan anda sendiri.

Sumber rujukan : Forbes.com, Investorplace.com, Roblox.com

Dapatkan Shariah Screener Hari Ini

Kini pengguna dan peminat dunia pelaburan pasaran saham Amerika Syarikat boleh melanggan perkhidmatan ShariahScreener.com bagi memastikan pelaburan saham kita semua adalah patuh Shariah.

Seperti contoh di atas, buat masa ini (November 2022) saham Apple Inc diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah. Mesti ramai rasa pelik sebab bisnes utama Apple ni dah sah-sah iPhone, tetapi macam mana boleh dikategorikan sebagai tidak patuh syariah?

Sebenarnya Apple Inc juda ada income lain iaitu pendapatan faedah dan dividen. Pendapatan faedah dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah akan dibandingkan dengan hasil utama Syarikat. Bila tak lepas benchmark (contohnya 5%), maka sebab itu dia diklasifikasikan sebagai saham yang tidak patuh syariah.

Berbeza dengan saham Microsoft ($MSFT) yang masih diklasifikasikan sebagi patuh syariah.

Untuk langganan Shariah Screener, klik sini. Eksklusif kepada pembaca Majalah Labur dan The Kapital, diskaun sebanyak 5% menanti anda. Subscribe hari ini juga untuk rebut peluang ini.

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters