Ini Laman Web Percuma Untuk Dapatkan Maklumat Terbaik Mengenai Saham Global

Untuk membuat kajian tentang saham-saham tempatan, sangat banyak kemudahan yang ada. Di antara laman sesawang untuk pelabur membuat kajian tentang saham-saham tempatan adalah seperti Bursamarketplace, KLSE Screener, Malaysia.biz, TheKapital dan lain-lain lagi.

Namun, ramai juga yang bertanya kepada kami bagaimana pula dengan saham global? Laman web manakah yang boleh membantu kita dapatkan maklumat tentang syarikat-syarikat global? Sebelum itu jemput baca 5 Langkah Buka Akaun Saham Global Dan Mula Melabur Saham Gergasi Dunia

Untuk mengkaji saham global ini, para pelabur boleh menggunakan dua laman web utama iaitu Trading View dan Investing.com. Kedua-dua laman web ini boleh digunakan secara percuma dengan had tertentu. Pelabur juga boleh menjadi pelanggan premium untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih eksklusif.

Jom kita lihat apa maklumat yang ditawarkan oleh Trading View dan Investing.com secara percuma kepada para pelabur.

Maklumat Yang Disediakan Trading View

Trading View berjaya memikat pengguna dengan susunan maklumat tentang syarikat yang ringkas dan padat pada page pertamanya.

1. Ringkasan Maklumat Tentang Saham Oleh Tradingview

Dengan sekali imbas sahaja, kita boleh memperolehi beberapa maklumat penting seperti sektor syarikat, harga semasa syarikat dan juga nisbah-nisbah penting mengenai syarikat.

2. Kemudahan Penyediaan Carta Trading View

Platfrom ini juga meyediakan carta teknikal untuk pelabur gunakan, namun hanya tiga indikator yang boleh digunakan secara percuma. Hanya pengguna premium boleh menggunakan indikator di carta ini tanpa had. Carta yang disediakan juga boleh dikatakan sangat mesra pengguna.

3. Maklumat Lain Yang Disediakan Tradingview

Trading View juga menyediakan ruang untuk membincangkan tentang saham kajian untuk orang ramai menyuarakan pendapat dan berkongsi tentang kajian mereka. Trading View juga menyediakan ramalan teknikal tentang saham berkenaan dan juga maklumat ringkas tentang kewangan syarikat.

Trading View juga memberikan ringkasan tentang latar belakang syarikat beserta berita-berita terkini.

4. Harga Untuk Menjadi Pengguna Premium Tradingview

Tradingview menyediakan beberapa pakej untuk menggunakan perkhidmatan mereka yang berbayar.

Panduan percuma:

Maklumat Yang Disediakan Investing.com

Investing.com dari segi mesra penggunanya mungkin tidak sehebat Tradingview, namun investing.com menyediakan maklumat yang lebih terperinci tentang saham dan syarikat kepada penggunanya.

1. Ringkasan Maklumat Tentang Saham

Ringkasan yang disediakan investing.com ini mungkin tidak selengkap Tradingview. Ini kerana maklumat yang lebih terperinci akan disediakan pada ruang khas tentang maklumat berkenaan.

2. Kemudahan Penyediaan Carta Investing.com

Investing.com juga menyediakan carta percuma kepada pengguna tanpa had penggunaan indicator. Tambahan lagi, carta daripada investing.com ini akan menunjukkan isyarat-isyarat candlestick yang ada pada carta. Ini sangat membantu pelabur baru khususnya untuk melihat isyarat candlestick yang ada pada carta saham kajian mereka.

3. Maklumat Lain Yang Disediakan Investing.com

Maklumat-maklumat yang disediakan oleh investing.com dikelaskan kepada kategori khusus tentang maklumat berkenaan. Antaranya adalah maklumat kewangan syarikat, berita terkini mengenai syarikat dan lain-lain lagi. Pelabur yang mahu membuat kajian yang leih mendalam tenatng sesebuah syarikat itu akan memilih investing.com sebagai sumber rujukan.

Selain itu,  perkhidmatan lain yang disediakan oleh investing.com yang sangat bagus adalah kemudahan untuk menyimpan data-data tertentu dalam bentuk Excel.

Investing.com membenarkan pengguna untuk memperolehi data-data tertentu sesebuah syarikat dalam bentuk Excel secara percuma.

Nisbah yang disediakan oleh investing.com juga dibandingkan dengan industri yang sama dengan syarikat kajian pelabur, ini dapat membantu pelabur membuat penilaian dengan lebih rapi.

Seperti Trading view, investing.com juga menyediakan ramalan teknikal tentang pergerakan harga saham untuk membantu kita membuat penilaian pelaburan.

Maklumat terperinci tentang kewangan syarikat ini sangat membantu pelabur dalam kajian yang dilakukan. Dengan kemudahan illustrasi carta kewangan syarikat berserta perbandingan nisbah syarikat dan industri akan membantu kajian para pelabur.

4. Harga Untuk Menjadi Pengguna Premium Investing.com

Investing.com turut menyediakan beberapa pakej untuk pelabur pilih bagi menggunakan perkhidmatan premium untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik tanpa iklan, maklumat yang cepat dan kemudahan lain yang berbayar.

Baca juga Cara Cari Saham 52-Week High Di Investing.com

Artikel asal diterbitkan oleh TheKapital.

Dapatkan Shariah Screener Hari Ini

Kini pengguna dan peminat dunia pelaburan pasaran saham Amerika Syarikat boleh melanggan perkhidmatan ShariahScreener.com bagi memastikan pelaburan saham kita semua adalah patuh Shariah.

Seperti contoh di atas, buat masa ini (November 2022) saham Apple Inc diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah. Mesti ramai rasa pelik sebab bisnes utama Apple ni dah sah-sah iPhone, tetapi macam mana boleh dikategorikan sebagai tidak patuh syariah?

Sebenarnya Apple Inc juda ada income lain iaitu pendapatan faedah dan dividen. Pendapatan faedah dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah akan dibandingkan dengan hasil utama Syarikat. Bila tak lepas benchmark (contohnya 5%), maka sebab itu dia diklasifikasikan sebagai saham yang tidak patuh syariah.

Berbeza dengan saham Microsoft ($MSFT) yang masih diklasifikasikan sebagi patuh syariah.

Untuk langganan Shariah Screener, klik sini. Eksklusif kepada pembaca Majalah Labur dan The Kapital, diskaun sebanyak 5% menanti anda. Subscribe hari ini juga untuk rebut peluang ini.

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters