Saham Yang Baru Breakout 52-Weeks High Berpotensi Untuk Naik Lagi

Analisis teknikal adalah sangat penting dalam pelaburan saham. Dengan bantuan analisis teknikal kita dapat mencari harga terbaik untuk membeli dan menjual. Kita juga boleh mengetahui bila waktu yang sesuai untuk membeli dan menjual.

Terdapat beberapa teknik mudah untuk mencari entry point dalam saham. Salah satunya adalah dengan mencari saham-saham yang membuat tujahan resistance dalam tempoh 52 minggu.

Nama popularnya adalah Breakout 52-Weeks High.

Saham-saham yang mencapai paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu adalah saham-saham yang berpotensi untuk meneruskan aliran menaik. Hal ini dikuatkan lagi jika tujahan paras harga tersebut disertai dengan kehadiran volume yang besar.

Saham yang membuat 52-weeks breakout ini selalunya telah berada dalam fasa pengumpulan (accumulation) selama setahun atau lebih. Baca juga Saham-Saham Ini Untung Besar Selepas Breakout 52-Week High.

Terdapat banyak faktor yang boleh melonjakkan saham tersebut ke paras 52-weeks high antaranya adalah terdapat catalyst terbaru dari syarikat tersebut. Selain itu, pengumuman kewangan syarikat juga boleh menjadi faktornya.

Mari kita lihat saham-saham yang membuat tujuhan paras 52-weeks high dan pergerakannya selepas itu.

Contoh 1:

Kredit: Trading View

Saham di atas telah berada di dalam fasa pengumpulan selama 8 bulan bermula April 2020 hingga November 2020. Bermula pada bulan Disember 2020, harga saham mula membuat kenaikan.

Cubaan pertama memecahkan paras halangan 52 minggu pada RM1.385. Namun, harga membuat pullback sehingga paras 1.20. Cubaan kali kedua berjaya mengekalkan harga di atas paras RM1.385.

Seterusnya, harga meneruskan kenaikan lebih daripada 50% sehingga paras RM2.35 pada penghujung Februari 2021.

Contoh 2 :

Kredit: Trading View

Saham kedua pula mempunyai paras halangan 52 minggu pada paras RM1.19. Saham ini juga berada di dalam fasa pengumpulan (accumulation) yang agak lama.

Namun, pada bulan Disember 2020 harga mula membuat kenaikan. Cubaan memecah paras halangan RM1.19 berjaya pada awal Januari 2021.

Harga berjaya dikekalkan di atas paras RM1.19 dan kemudiannya meneruskan aliran uptrend. Teknik pelaburan saham ini sesuai untuk mereka yang ingin mengambil swing position.

Tempoh pegangan saham ini selalunya lebih daripada sebulan. Teknik ini juga adalah salah satu teknik yang memang sudah terbukti akan memberikan pulangan yang baik.

Baca juga Kami Cuba Sendiri Teknik Buy On Breakout Dan Untung RM9,000

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.