Seminar Berani Melabur Artificial Intelligence, Melabur Saham Cara Bijak Pandai

Buat pertama kalinya, dunia pelaburan saham di Malaysia bakal dihiasi dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk membantu kita menjadi pelabur yang lebih bijak.

Zaman orang nak mudah, buat apa nak susah-susah.

Gabungan 2 ikon yang dicemburui.

Mentor pelaburan saham #1 Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri telah melahirkan ribuan pelabur bijak di Bursa Malaysia yang SAH dan PATUH SYARIAH.

Kita juga bertuah kerana adanya Datuk Dr Mohd Daud Bakar, tokoh kewangan Islam terkemuka yang juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Dua ikon terbesar tanahair dalam dunia pelaburan dan kewangan Islam kini sekali lagi bergabung!

Kejap, Apa Itu Artificial Intelligence Dan Kenapa Ianya Penting Dalam Pelaburan Saham?

Artificial Intelligence mengikut Wikipedia bermaksud:

In computer science, artificial intelligence (AI), sometimes called machine intelligence, is intelligence demonstrated by machines, in contrast to the natural intelligence displayed by humans. Colloquially, the term “artificial intelligence” is used to describe machines/computers that mimic “cognitive” functions that humans associate with other human minds, such as “learning” and “problem solving”.

Memang power AI ni, dia boleh belajar dan menyelesaikan masalah macam manusia.

Jadi mengapa kita perlu guna AI sebelum nak beli saham?

Emosi Manusia Sangat Merbahaya

Eh, kenapa pula merbahaya? Jom kita ambil contoh seorang pelabur dan situasi biasa apabila beli sesuatu saham.

Sebelum nak beli mana-mana saham, kita disarankan untuk mempunyai Trading Plan. Kita ada:

  • Entry Price, harga kita beli
  • Target Price, harga kita jual dengan keuntungan
  • Cut Loss, harga kita jual saham untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar

Tapi semuanya tak menjadi apabila kita biarkan emosi mempengaruhi keputusan kita.

Bila harga saham naik mencecah Target Price, kita taknak jual. Kita berharap yang harga saham akan naik lagi. Akhirnya, saham kembali turun ke paras Entry Price kita. Lebih teruk kalau ia turun lagi, elok-elok untung terus jadi rugi.

Bila saham turun ke paras Cut Loss pula, taknak jual dengan harapan ianya boleh membuat reversal. Akhirnya semakin besar pula kerugian yang kita alami, itu pun taknak jual juga lagi.

Dengan mengeluarkan faktor emosi dalam pelaburan saham, bila sampai Target Price kita jual. Bila sampai masa untuk Cut Loss, kita jual. Tetap dengan Trading Plan yang kita dah tentukan.

Bro, AI Dah Sampai Di Malaysia!

Jom beramai-ramai ke Seminar Berani Melabur Artificial Intelligence pada 21 Julai @ SACC, Shah Alam bersama dengan mentor saham Tuan Haji Mohd Asri dan Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Dah tiba masanya untuk kita melabur menggunakan AI untuk membantu kita berjaya. Boleh ke sini untuk mendaftar ->

Kami di Majalah Labur juga akan buat special launching aplikasi SPEEDSAHAM dalam seminar ini. InshaAllah aplikasi ini dapat membantu memilih saham-saham yang berpotensi “meletup”, sesuai untuk para pedagang dan pelabur.

Nak kaunter Buy Today Sell Tomorrow (BTST)? Sesuai untuk para traders yang nak buat keuntungan dalam masa berjam-jam atau sehari dua.

Atau anda nak tahu kaunter-kaunter mana yang sesuai untuk Swing? Sesuai untuk mereka yang nak meraih keuntungan dalam masa beberapa minggu.

Bagaimana pula dengan pelabur yang nak amalkan teknik simpan dan peram? Jangan risau, kami pun ada pilihan kaunter yang boleh anda beli dan tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk meraih keuntungan.

Klik link ini dan masukkan nama dan emel, nanti kami hantar details >

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ACSR Keluar Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk Membimbing Syarikat mengenai Piawaian ISSB

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) hari ini mengeluarkan Laporan Kemampanan Ilustrasi (ISR) berdasarkan Piawaian ISSB , untuk menyokong pendedahan kemampanan di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Dua ISR tersebut disediakan untuk sektor perladangan dan pembinaan. Matlamat keduadua laporan adalah untuk menyediakan rujukan ilustrasi kepada syarikat apabila menggunapakai keperluan IFRS S1 dan IFRS S2 dalam pendedahan kemampanan mereka.

Laporan ini adalah sebahagian daripada PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan), iaitu inisiatif ACSR yang menyediakan panduan dan pembinaan kapasiti untuk pelaporan kemampanan.

ISR telah disediakan dengan memberi fokus kepada industri untuk mencerminkan laporan sejajar ISSB praktikal. Dalam membangunkan ISR, ACSR telah melibatkan pemain industri untuk memahami cabaran praktikal dalam keperluan pelaporan.

Pengerusi SC dan ACSR Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, “ISR menawarkan panduan tepat pada masanya dan menyediakan contoh terperinci untuk membantu syarikat menyediakan laporan kemampanan mereka selaras dengan Piawaian ISSB.”

Inisiatif PACE lain termasuk Program Penyedia NSRF (NPP). RFN telah dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), cabang latihan SC. Sesi pertama telah dijalankan pada 15 Julai 2025, dengan sesi selanjutnya dijadualkan sepanjang tahun.

Ia termasuk modul mengenai pelaporan kemampanan menurut Laporan Kemampanan Ilustrasi, pengiraan dan pelaporan pelepasan GHG Skop 3, dan analisis senario berkaitan iklim.

ISR boleh didapati di www.sc.com.my/nsrf/resources. Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di [email protected].