Senarai Syarikat Di Bursa Yang Beri Dividen

Dalam pelaburan saham, ada dua cara seseorang pelabur boleh mendapat keuntungan. Pertama, kita boleh untung sekiranya saham yang kita beli itu, naik harganya berbanding harga yang kita beli. Dan cara yang kedua, kita juga boleh untung sekiranya syarikat tersebut mengisytiharkan dividen kepada pemegang saham mereka.

Mesti nak tahu syarikat mana yang bagi dividen, dan berapa peratus dividen yang diberi?

Daripada 686 Saham Patuh Syariah, 358 Ada Beri Dividen

Bukan semua ya saham patuh Syariah yang ada di Bursa Malaysia memberikan dividen kepada pemegang saham. Hanya 52.2% syarikat yang beri dividen, dan kita dapat lihat jurang yang sangat besar di antara dividen yang paling sedikit (0.31%) berbanding dividen yang paling tinggi (65.64%).

Nak paparkan kesemua 358 saham, banyak sangat pula. Jadi kami lampirkan 20 saham dengan Dividend Yield yang tertinggi dan 20 saham dengan Dividend Yield yang terendah.

Senarai 20 Syarikat Teratas Dividend Yield

Sumber: KLSE Screener

Senarai 20 Syarikat Terbawah Dividend Yield

Sumber: KLSE Screener

Kalau nak tengok senarai penuh kesemua 358 saham patuh Syariah yang ada beri dividen, silakan ke KLSE Screener dan masukkan nilai 0.1 iaitu nilai minima bagi Dividend Yield. Dan jangan lupa tick pada Shariah Compliant ya.

Kajian 10 Syarikat Teratas Daripada Segi Dividen Dan Kenaikan/Penurunan Harga Untuk Tempoh Setahun

  1. Marine & General (M&G)

Harga Saham 9 Januari 2017: RM0.30

Harga Saham 9 Januari 2018: RM0.225

Kerugian: RM0.075 atau 25%

Dividend Yield: 65.64%

Keuntungan Setahun: 65.64% – 25% = 40.64%

  1. Ekovest

Harga Saham 9 Januari 2017: RM0.94

Harga Saham 9 Januari 2018: RM1.13

Keuntungan: RM0.19 atau 20.2%

Dividend Yield: 24.63%

Keuntungan Setahun: 20.2% + 24.63 = 44.83%

  1. Aluminium Company of Malaysia (ALCOM)

Harga Saham 9 Januari 2017: RM0.94

Harga Saham 9 Januari 2018: RM1.01

Keuntungan: RM0.07 atau 7.4%

Dividend Yield: 20.02%

Keuntungan Setahun: 7.4% + 20.02% = 27.42%

  1. Komarkcorp

Harga Saham 9 Januari 2017: RM0.28

Harga Saham 9 Januari 2018: RM0.205

Kerugian: RM0.075 atau 26.8%

Dividend Yield: 18.16%

Kerugian Setahun: 26.8% – 18.16% = 8.64%

  1. Star Media Group

Harga Saham 9 Januari 2017: RM2.25

Harga Saham 9 Januari 2018: RM1.49

Kerugian: RM0.76 atau 33.7%

Dividend Yield: 12.1%

Kerugian Setahun: 33.7% – 12.1% = 21.6%

  1. Jaycorp

Harga Saham 9 Januari 2017: RM1.40

Harga Saham 9 Januari 2018: RM1.37

Keuntungan: RM0.03 atau 2.1%

Dividend Yield: 10.95%

Keuntungan Setahun: 2.1% + 10.95% = 13.05%

  1. JCY International

Harga Saham 9 Januari 2017: RM0.51

Harga Saham 9 Januari 2018: RM0.475

Kerugian: RM0.035 atau 6.9%

Dividend Yield: 10.53%

Keuntungan Setahun: 10.53% – 6.9% = 3.63%

  1. Sime Darby

Harga Saham 24 November 2017 (Selepas Berpecah Tiga): RM2.85

Harga Saham 9 Januari 2018: RM2.69

Kerugian: RM0.16 atau 5.6%

Dividend Yield: 9.85%

Keuntungan Setahun: 9.85% – 5.6% = 4.25%

  1. Tambun Indah Land

Harga Saham 9 Januari 2017: RM1.40

Harga Saham 9 Januari 2018: RM1.05

Kerugian: RM0.35 atau 25%

Dividend Yield: 9.49%

Kerugian Setahun: 25% – 9.49% = 15.51%

  1. Taliworks Corporation

Harga Saham 9 Januari 2017: RM1.46

Harga Saham 9 Januari 2018: RM1.09

Kerugian: RM0.37 atau 25.3%

Dividend Yield: 9.18%

Kerugian Setahun: 25.3% – 9.18% = 16.12%

Beli Saham Sebab Fundamental & Technical Analysis Yang Bagus, Dividen Itu Bonus

Akhir kata, kalau nak beli sesuatu saham itu; kita perlu tengok pada fundamental & technical saham tersebut. Sebab itu merupakan indikator yang lebih tepat bagi memberi petunjuk samada saham itu berpotensi untuk naik. Kalau syarikat tersebut mengisytiharkan dividen, kira bonus lah.

Kalau nak untung disebabkan dividen semata, dan tiada risiko turun naik harga saham – lebih baik melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Kita dapat lihat bagaimana Pulangan ASB Lebih 1 Sen Berbanding Tahun Lepas.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.