ShareInvestor Station Lebih Mahal Daripada Bursa Station? Ini Sebabnya

Sebelum ini kami ada ceritakan serba-sedikit tentang dua tools yang sangat power dan popular di kalangan para pelabur saham iaitu ShareInvestor Station dan Bursa Station. Sila rujuk Bursa Station vs ShareInvestor Station – Yang Mana Satu Untuk Saya?

Ada yang tertanya-tanya kenapa ShareInvestor Station ni mahal? Berbaloi ke nak subscribe?

Tapi sebelum tu, tanya dulu soalan-soalan berikut:

  • Ada 694 saham patuh syariah, mana satu nak beli ni?
  • Bila masa terbaik untuk beli saham?
  • Sering tersalah beli di puncak?
  • Masih harapkan buy call daripada berpuluh-puluh group yang anda join?

Kalau rasa-rasa anda perlukan bantuan untuk atasi masalah di atas, jom kita tengok perbandingan berikut pula:

Sumber: FB ShareInvestor Malaysia

Nak dipendekkan cerita, jika anda seorang yang gemar membuat Fundamental Analysis dalam pemilihan saham, maka ShareInvestor WebPro adalah terbaik untuk anda. Senang nak tahu saham apa yang boleh beli dan simpan untuk long-term.

Kalau anda seorang intraday trader ke swing trader ke yang banyak bergantung kepada ilmu carta dalam membuat Technical Analysis, maka Bursa Station dah memadai untuk anda. Tengok chart beserta dengan indicator ditambah pula dengan screener dan data real-time, sangat sesuai untuk pelabur short-term.

Nak merasai kehebatan Technical Analysis dan Fundamental Analysis, maka ShareInvestor Station jawabnya. Apa yang Bursa Station ada, ShareInvestorStation ada ditambah dengan features berikut:

  • Carta (Customisable Indicator Database, Enhanced Drawing Tools, Performance Comparison of Counters, Factsheet Charts dan Trade Summary Charts)
  • Fundamental (Events Calendar, Dividend Analysis, Annual Reports, Stock Comparison, Consensus Estimates (Singapore), Consensus Estimates (Malaysia) dan Discussion Forum (Read and Post)
  • News (Dow Jones Newswires (Singapore), Dow Jones Market Talk (South East Asia), BT Breaking News dan SGX Announcements / Bursa Link)
  • Mobile Platform (Native iPhone App dan Native Android App)
  • Pasaran Saham (Singapura dan Global)

Begitu juga halnya, Apa yang ShareInvestor WebPro ada, ShareInvestor Station ada ditambah dengan features berikut:

  • Data Ekuiti Real-Time (10 Levels Market Depth dan Dynamic Data Exchange (DDE))
  • Pemantauan (Price Spread Calculator)

Kiranya ShareInvestor Station ada semua yang anda perlukan dan lebih lagi.

Kredit Gambar: Gecko & Fly

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.