SpeedSaham: Trade Bila Kita Free

Cuti sekolah dah habis bro….Best tak dapat bawa anak jalan-jalan?

Tapi yang tak bestnya bila kita terpaksa mengharungi jem yang luar biasa. Apa boleh buat. Gabung sekali dengan cuti sekolah, memang bergandalah aliran trafik keluar dari Kuala Lumpur.

Masa cuti sekolah haritu sempat tengok pasaran saham? Kelebihan SpeedSaham ni, kita trade ikut masa kita.

Ada orang free pagi, trade pagi.
Ada orang free petang, trade petang.
Bila kita sibuk dengan urusan harian, boleh duduk tepi minum kopi dulu.

Prestasi SpeedSaham

“Gila kau, Bursa tengah teruk kot”

Pasaran saham yang tak menentu baru-baru ni, boleh lagi ke kita buat duit?

Sembang banyak pun tak guna, apa kata kita throwback prestasi SpeedSaham.

Tak perlu untuk kita trade hari-hari pun kan? Kalau teknik BTST tak jadi, kita layan swing.

Sebab tu kami kata SpeedSaham ni sangat sesuai untuk mereka yang bekerja dan tak sempat nak kaji saham-saham yang berpotensi.

Tapi bila ada masa dalam setengah jam atau sejam tu, boleh buka SpeedSaham dan beli saham berdasarkan ilmu Technical Analysis dan Fundamental Analysis yang korang dah belajar tu.

Trading Plan kena ada, Cut Loss kena jaga.

Korang pun mesti busy kan? Bila cuti sekolah, balik kampung, takde masa nak menghadap market, tak payah nak mengada-ngada nak trade. Hanya bila ada masa untuk fokus, baru buka SpeedSaham.

Kejap, Apa Itu SpeedSaham?

Opss, kepada pembaca yang belum tahu, SpeedSaham ni bukan skim cepat kaya kumpul duit orang ramai lepas tu tolong laburkan. SpeedSaham ni screener saham berasaskan web menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

Maaf, nak cakap awal-awal ni, SpeedSaham ni memang bukan untuk newbie.

Saham Short Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa sejam, 2 jam, 3 jam atau sehari dua.

Saham Mid Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa seminggu dua.

Saham Long Term?

Sesuai untuk pelabur simpan dan peram, buat duit dalam masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Berapa Harga SpeedSaham?

  • Buat masa ini RM400 untuk langganan SpeedSaham selama setahun. (Kalau rasa dah power dan tak perlu sesi previu, boleh pilih yang ini)
  • RM799 pula untuk langganan SpeedSaham selama setahun + BONUS sesi separuh hari bersama founder SpeedSaham untuk dapatkan teknik penggunaan dan pengalaman peribadi beliau.

Ada Trial Tak?

Alhamdulillah ada, jemput datang ke sesi previu kami, dan trial 7 hari akan diberikan. InshaAllah semoga lebih ramai dapat menjana pulangan yang baik di pasaran saham patuh shariah.

Berminat Nak Langgan SpeedSaham?

Klik untuk melanggan atau tempah tempat duduk anda di sesi previu SpeedSaham. Sesi previu adalah sangat limited, jadi daftar sekarang supaya dapat datang sesi awal.

*Penafian: Sebarang tindakan atau keputusan untuk berdagang/melabur berdasarkan saham-saham yang berpotensi ini adalah keputusan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keuntungan atau kerugian anda apabila berdagang/melabur.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.