Gula Bertapis Kekal Tidak Dikenakan Cukai Di BawahSemakan SST – MOF

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataannya hari ini, MOF berkata gula mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran gula halus akan dikenakan Cukai Jualan sebanyak lima peratus.

“Namun, seperti yang telah diumumkan sebelum ini, pengilang dan penapis gula seperti MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) layak memohon pengecualian cukai ke atas bahan mentah dan inputnya.

“Sehubungan itu, tiada sebab berlaku sebarang kenaikan harga gula bertapis, lebih-lebih lagi kerana penapis gula seperti MSM terus menerima insentif bulanan daripada kerajaan bagi memastikan kestabilan bekalan dan harga,” katanya.

Kenyataan MOF itu sebagai mengulas kenyataan MSM mengenai kesan semakan semula Cukai Jualan ke atas gula mentah.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa kerajaan MADANI telah mengambil pendekatan bersasar dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan keperluan rakyat seperti gula, garam, ayam, telur, daging, ikan, sayur-sayuran, minyak masak dan beras.

“Ini bertujuan memastikan rakyat terbanyak tidak akan terkesan dengan semakan semula SST,” katanya.

Pada masa sama, katanya, penapis dan pengilang gula di Malaysia boleh memohon pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang diperuntukkan di bawah Butiran 1, Lajur (2), Jadual B dalam Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan daripada Pembayaran Cukai).

Semalam, media melaporkan bahawa MSM yang juga pengeluar gula bertapis nasional, sedang meneliti semula kesan peluasan lima peratus SST melibatkan gula mentah dan meminta penjelasan lanjut daripada kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Syed Feizal Syed Mohammad berkata harga runcit gula di Malaysia dihadkan pada RM2.85 sekilogram sejak 2011, meskipun harga gula mentah global meningkat sejak tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata jika cukai itu dikenakan kepada gula mentah, pengeluar gula bertapis negara boleh melepaskan kos berkenaan kepada industri.

“Namun kami tidak boleh berbuat demikian bagi gula (yang dijual di rak-rak runcit) yang berada di bawah harga kawalan,” katanya yang turut menambah sekitar 75 hingga 80 peratus kos pengeluaran MSM berasal daripada gula mentah.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama