2 Analisis Teknikal Yang Power Dalam Swing Trading

Dalam dunia pelaburan, analisis teknikal adalah salah satu elemen penting yang perlu dikuasai oleh pelabur. Analisis teknikal membantu kita dalam membuat keputusan bila hendak beli saham dan bila hendak jual saham.

Swing trading biasanya mengambil masa di antara beberapa hari hinggalah beberapa minggu. Dalam analisis teknikal untuk swing trading, pelabur boleh melihat beberapa pattern dan indicator yang mudah untuk difahami.

1. Chart Pattern

Chart pattern sangat sesuai digunakan dalam swing trading. Hal ini kerana pattern-pattern yang terjadi selalunya mengambil masa beberapa hari dan minggu. Antara chart pattern yang boleh pelabur gunakan adalah Double Bottom.

Double Bottom

Gambar 1: Double Bottom

Gambar 1 menunjukkan harga saham berada dalam keadaan bearish dan melakukan penurunan. Namun begitu, pada lekuk putih dalam gambar, permulaan pada pattern double bottom.

Ini menunjukkan pembeli mula menunjukkan minat dalam saham tersebut. Saham-saham yang mempunyai pattern double bottom sangat berpotensi untuk membuat kenaikan yang baru.

Kehadiran volume yang konsisten semasa pembentukan pattern ini menguatkan lagi kebarangkalian kenaikan harga saham tersebut. Apabila harga melepasi garisan resistance, Swing trader boleh mengambil posisi dalam pasaran.

2. Candle Heikin Ashi

Candle jenis Heikin Ashi ini berasal dari Jepun yang bermaksud average bar dalam Bahasa Jepun. Dalam carta Heikin Ashi, ianya lebih mudah untuk kita mengenal pasti trend yang berlaku.

Candle jenis ini juga membantu pelabur membuat keputusan membeli dan menjual dengan cepat. Namun kekurangan heikin ashi adalah tidak praktikal apabila pasaran berada dalam keadaan sideways. 

Candle Heikin Ashi

Gambar 2: Contoh Heikin Ashi

Gambar di atas menunjukkan carta yang menggunakan candle heikin ashi. Cara menggunakan heikin ashi seperti berikut. Swing trader boleh memasuki pasaran apabila melihat candle hijau pertama muncul selepas beberapa candle merah.

Candle hijau menunjukkan permulaan baru dalam trend dan candle merah menunjukkan perubahan trend bullish to bearish. Bagi yang baru terlibat dalam pasaran, penggunaan heikin ashi sangat membantu kita dalam melaksanakan transaksi jual dan beli.

Walaubagaimanapun, emosi adalah elemen terpenting dalam saham. Belajar mengawal emosi sangat penting untuk berjaya dalam pelaburan saham.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.