Boleh Jual Saham Anda Jika Keluar 3 Tanda Ini

Untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya, kita perlu sentiasa membuat analisa pada carta dan mempunyai trading plan. Kita perlu fahamkan pattern-pattern perubahan trend dan mempunyai kepakaran untuk mengesannya.

Daripada segi analisa teknikal, ada banyak jenis pattern dalam carta yang boleh memberikan tanda awal untuk kita mula melepaskan pegangan saham kita.

Mari kita tengok bagaimana untuk mengesan tanda-tanda awal sesuatu saham itu akan jatuh.

1. Three Black Crows

This image has an empty alt attribute; its file name is Tiga-Tanda-Tanda-Awal-Untuk-Menjual-Pegangan-Saham-Anda2.jpg
Kredit: Investopedia

Pattern ini adalah pattern yang jelas di mana harga akan terus turun ke bawah.

Candlestick hitam yang pertama muncul dan telah mempengaruhi harga ke bawah diikuti dengan dua lagi candlestick hitam yang menolak harga ke bawah.

Ketiga-tiga candle ini adalah tanda yang jelas pelabur menjual saham tersebut dengan cepat. Emosi ketakutan telah mula menghantui pelabur kerana takut kehilangan modal dan mereka menjual pegangan mereka.

Menurut Thomas Bulkowski yang merupakan seorang penulis dan trader tegar, pattern ini menjangkakan penurunan harga dengan kadar ketepatan sebanyak 78%.

2. Evening Star

This image has an empty alt attribute; its file name is Tiga-Tanda-Tanda-Awal-Untuk-Menjual-Pegangan-Saham-Anda3.jpg
Kredit: Investopedia

Pattern evening star adalah berlawanan dengan morning star. Morning star selalunya muncul, di dalam aliran downtrend manakala evening star muncul dalam aliran uptrend.

Evening star berlaku apabila pembeli berpusu-pusu membeli saham tersebut dan menyebabkan satu candlestick putih besar muncul.

Namun, pada candlestick kedua pembeli yang baru berkurang dan menyebabkan candlestick putih kecil terbentuk. Minat belian berkurang dari sebelumnya.

Candlestick ketiga melengkapkan pattern evening star apabila candlestick hitam muncul dan menolak harga ke bawah.

Menurut Thomas Bulkowski, pattern ini menjangkakan penurunan harga dengan kadar ketepatan sebanyak 72%.

3. Two Black Gapping

This image has an empty alt attribute; its file name is Tiga-Tanda-Tanda-Awal-Untuk-Menjual-Pegangan-Saham-Anda1.jpg
Kredit: Investopedia

Candlestick pertama di dalam kawasan petak biru adalah candle shooting star di mana merupakan tanda awal penolakan harga ke bawah akan berlaku.

Candlestick kedua pula adalah candlestick bearish engulfing di mana pembeli mula melepaskan saham mereka dan menyebabkan harga jatuh ke bawah.

Pada candlestick ketiga, penjualan panik berlaku di mana harga terus gap down ke bawah dan membentuk satu candlestick panjang berwarna hitam. Ini telah melengkapkan pattern Two black gapping dan harga dijangka akan terus ke bawah.

Menurut Thomas Bulkowski, pattern ini menjangkakan harga akan turun ke bawah dengan kadar ketepatan sebanyak 68%.

Jika kita melihat ketiga-tiga tanda ini muncul dalam aliran uptrend, kita boleh bersedia untuk melepaskan pegangan saham kerana ia menunjukkan harga akan terus jatuh ke bawah.

Walaubagaimanapun , kita perlu bersedia dengan trading plan. Ini kerana sebagai seorang pelabur kita perlu tahu nak buat apa sekiranya pasaran bergerak melawan arus agar dapat mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

ebook reversal candlestick

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Dapatkan eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.