Kenapa China Menghalang IPO Ant Group?

Tidak dinafikan bahawa China merupakan kuasa ekonomi yang bakal menggugat negara-negara Barat yang sebelum ini merupakan kuasa besar ekonomi dunia sejak dari dulu lagi.

Ekonomi China berkembang dengan begitu pesat lebih daripada 10% setiap tahun sejak tahun 1979 dan kini mereka merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia di belakang Amerika Syarikat.

Berbanding dengan negara maju yang lain seperti G7, China masih lagi mengamalkan dasar ekonomi komunis yang merunsingkan pihak Barat yang mengamalkan sistem kapitalis.

Kedua-dua sistem ekonomi ini sangat bertentangan di antara satu sama lain dan ini telah mewujudkan perang dingin di antara kedua-dua blok sebelum ini.

Bagaimana Bank Di China Berfungsi?

Kredit Gambar: Caixin Global

Disebabkan China mengamalkan polisi ekonomi komunis, sistem perbankan yang dimilikinya juga merupakan milik kerajaan.

Asas kepada sisitem ekonomi komunis ini adalah negara mempunyai semua hak pemilikan rakyat dengan tidak ada mana-mana rakyat yang hidup terlalu kaya atau yng terlalu miskin.

Semua rakyat hidup di dalam kehidupan yang saksama daripada segi kekayaan. Itulah asas yang dipegang oleh China tetapi mereka telah menukar dasar tersebut dari semasa ke semasa.

Walaupun begitu, institusi perbankan di China masih lagi mengamalkan sistem state-owned dan hanya sedikit sahaja bank konvensional yang wujud di sana.

Disebabkan sistem state-owned ini, ianya memberi kesan buruk terhadap perkembangan ekonomi bagi peniaga kecil.

Kerajaan China jarang memberi pinjaman kepada mana-mana peniaga kecil yang ingin membuat pinjaman kecuali dengan melakukan cagaran yang sesuai dengan jumlah yang dipinjam.

Hal ini akan membantut perkembangan ekonomi bagi peniaga kecil yang tidak mempunyai harta untuk dicagar.

Bagaimana Ant Group Bakal Mendominasi Sistem Kewangan Di China?

Walaupun begitu, Ant Group telah hadir dalam sistem kewangan negara tersebut bagi mengisi kekosongan ada. Syarikat ini yang dimilki oleh Alibaba telah menyediakan penyelesaian masalah terhadap sistem kewangan bagi para peniaga kecil.

Dengan mempunyai lebih daripada 700 juta pengguna aktif setiap bulan yang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ant Group ini, pengaruh mereka terkadap sistem ekonomi China dapat menggugat sistem ekonomi yang sedia ada sekarang.

Ant Group memberi pinjaman mudah kepada mana-mana peniaga kecil yang ingin meminjam duit untuk mengembangkan perniagaan mereka tanpa sebarang karenah birokrasi.

Jack Ma sebelum ini telah lantang mengkritik kerajaan China mengenai sistem pinjaman yang menyaksikan Ant Group terpaksa menangguhkan IPO mereka.

Kerajaan China bertindak demikian kerana jika Ant Group berjaya di IPO, ianya akan menggugat ekonomi negara tersebut di mana sistem komunis masih lagi menebal dalam sistem ekonomi negara.

Sebab Kerajaan China Menghalang Ant Group

Selain bimbang akan menggugat ekonomi negara, ada beberapa faktor lain mengapa Ant dihalang daripada melakukan IPO.

Salah satunya kerana presiden China sekarang iatu Xi Jinping ketika mengangkat sumpah sebagai presiden negara tersebut telah berjanji akan menghalang mana-mana ahli parti komunis terlibat dalam syarikat di negara tersebut bagi mengelakkan rasuah berlaku.

Antara pemegang saham individu Ant Group adalah anak bekas presiden China sebelum ini iaitu Jiang Zemin. Sekiranya IPO berjaya, anak bekas presiden tersebut akan menjadi jutawan dan akan mencemarkan imej parti komunis yang memerintah.

Kredit Gambar: Forbes

Selain itu juga, China ingin menghalang krisis subprime yang pernah berlaku di Amerika Syarikat daripada turut berlaku di China.

Walaupun Ant Group dilihat dapat memberi kemajuan di dalam ekonomi peniaga kecil, sikap yang ditunjukkan oleh syarikat itu lebih kepada tindakan popular dengan memberi pinjaman kepada peminjam dengan begitu mudah. Ia bakal memberi impak yang sangat buruk jika peminjam tidak mampu untuk membayar balik hutang mereka.

Selain itu juga, Ant Group hanyalah perantara seperti orang tengah yang memberikan perkhidmatan pinjaman dengan menggunakan duit para pelabur, bukan duit daripada poket sendiri.

Dengan sebab itu, kerajaan China terpaksa campur tangan dalam isu ini untuk mengelakkan kejadian yang buruk berlaku kepada sistem ekonomi negara mereka.

Previous ArticleNext Article

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.